engkau boleh !!

Wednesday, February 26, 2014

Aku Hanya Manusia Yang Lemah

Assalammualaikum & Salam Bahagia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Sains itu saintifik



Seorang budak perempuan yang dulunya tiada kawan, tiada harapan untuk melangkah jauh kerana sering mendapat keputusan yang kurang membanggakan sesiapa dan budak yang selalu dipergunakan oleh sesiapa yang suka mengenakannya. 


Budak perempuan inilah yang cikgu di sekolah memandangnya tidak akan melangkah jauh dan tidak akan kemana-mana. Budak perempuan yang sering berdiam diri didalam kelas dan hingga la sekarang dia begitu diperkatakan oleh sesiapa tentang dia perihal itu dan ini. 


Itulah dia diri aku sebenarnya yang sekarang masih seorang perempuan yang dipergunakan dalam banyak hal tetapi aku rasa aku kadang kala menganggap aku membantu tapi sering disalah ertikan. Sudahnya aku yang menerima tempiasnya semula.


Seorang budak perempuan yang dulunya tiada berteman kini temannya beribu. Maklum la katanya berkawan biar beribu tapi bercinta biar satu, kononnya la tu dulu2 zaman sekolah2. Aku pergi mana2 ada je yang kenal dan tegur aku "Hai Wahid. Hai Wahida. Hai Kak Wida. Hai itu hai ini". Aku membalas dengan senyuman sehinggakan ada kawan yang pelik "Pergi mana2 je ada je org yang kenal dan tegur kau kan". 



Seorang perempuan yang dulunya tiada nampak masa hadapannya kearah mana kini aku telah buktikan aku mampu melangkah jauh. Sejauh aku pergi semuanya aku sudah lalui. Bermacam perkara aku telah rasainya dan mengalaminya. 


Aku tak faham kenapa ada juga orang yang suka suki kata itu dan ini. Aku tolong katanya aku marah2 la itu la ini lah. Hishhhh...tak faham sungguh. Kes2 dulu aku simpan je aku tak heboh dengan orang. Tak sangka pulak bila aku dah takde kau pandai reka cerita ya.


Dari dulu lagi aku dah kena macam2. Masa aku belajar kat giatmara dulu ada orang tuduh aku ni paw duit orang. Paw ni kira macam along minta hutang. Halooo...kau naik kereta aku lepas tu siap berjemput kat depan rumah, balik pun aku hantar kau cakap aku paw kau. Apa ni???? Dulu sebelum naik kereta aku kemain lagi berjanji...nanti nak pergi kelas kitaorang tong2 duit minyak. Lepas aku dah bawa kereta kau cakap aku paw duit kau. Tak berhati perut kau tau tak. Memang patut la kau tong2 minyak nak naik free je kau ingat aku masukkan air ke apa dalam tangki minyak tu. Manusia2...sedihhhhh!!!


Kalau aku tau kau nak buruk2 kan nama aku, time tu aku suruh kau naik bas dan aku taknak tumpangkan kau langsung. Aku pergi sendiri pun boleh la naik teksi atau bas. Tapi disebabkan kau dan kawan2 lain nak naik sekali dan tong2 duit minyak aku setuju bawa kereta. 



Hal yang lain pulak ada orang cakap aku ni macam mak2...suka membebel dan bising2, heloooo kalau kau sayang mak kau, kau fikir la aku penganti mak kau. Orang yang selalu kejutkan bangun pagi untuk kau pergi ke kelas sebab aku taknak kau terlepas kelas dan sibuk mengadu "ala terbangun lambat sebab takde orang nak kejut". Aku banyak bersabar dan bertolak ansur dengan kau tapi apa aku dapat dari kau. Aku dapat apa yang kau kutuk2 pasal aku dari orang lain. 


Siapa cakap aku garang???? Semua orang ada perasaan kot. Sesuka hati kau je cakap aku garang macam kau sama2 sekolah dengan aku je dulu kau dah tau aku ni garang. Dulu kat sekolah aku memang garang sebab budak2 dalam kelas aku selalu bising. 


Aku pun tak faham mana garang aku. Aku selalu la kawal perasaan aku jauh sekali nak marah orang. Buktikan pada aku kalau aku garang dan marah2 kau. Aku banyak berdiam je ada la. Aduhai ada juga manusia macam ni. Kau aku dah tolong itu ini, kawan kau aku anggap kawan aku juga siap aku layan baik2 tiba2 kau dengan kawan2 kau buat muka bodoh je jumpa aku. Perghhhh!!! Kalau aku tau dulu siapa pun kawan kau aku malas la nak pandang. 


Sekarang kita di universiti bukan dekat sekolah lagi. Kalau perangai kau tak serupa budak universiti minta maaf la...kau memang patut kena kaunseling kasi basuh kau punya kepala otak. Tak payah nak tergedik-gedik sangat walaupun kau pandai macam mana. Aku doakan la moga kau berubah dan aku maafkan kau dengan andaian dan kata2 kau pada aku. 


Kau ingat ya satu masa nanti kalau dah takde orang lain yang kau boleh harapkan kau akan minta bantuan dari orang yang engkau kenali. Itu pasti. Aku tak berapa suka sangat luah2 perasaan dalam sini sebab aku masih ada Allah yang selalu mendengar tapi aku rasa orang kat luar sana perlu tahu juga isu2 semasa yang buatkan mereka perlu pertimbangkan kes2 macam ni utk panduan diaorg. 

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :