Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Lagi beberapa hari je lagi Wida dah nak habis cuti sem. Sepanjang cuti sem ni banyak juga la yang Wida dapat buat. Tapi mungkin tak sama dengan orang lain. Kawan2 ada yang tak balik kg sebab siapkan research kat fakulti. Ada yang dah mula buat projek. Tapi Wida duduk kat rumah je.
Sepanjang cuti ni Wida rasa masa Wida banyak dengan keluarga. Membantu adik Wida menguruskan baby dia. Dapat juga la pengalaman menjaga baby yang baru lepas bersalin. Lepas ni rindu la Wida dengan baby Wafa. Kalau dah busy buat projek sem akhir maka tak balik la ke kampung. Kalau diizinkan dan ada kelapangan baru la Wida balik ke kampung.
Start sem ni Wida nak mulakan semula perniagaan menjual barang bundle Wida tu. Sem lepas tergendala dengan macam2 hal lain. Rasanya nak bangkit semula dengan lebih aktif. Berharap agar ada rezeki Wida untuk semester ni. Kereta dah ada senang la nak gerak pergi mana2.
Emm...lepas bulan 6 Wida dah habis semester. So, bulan 9 Wida akan mulakan praktikal. Tapi tak tahu la nak praktikal kat mana. Rasa macam sekejap je dah nak habis belajar. Lepas tu cari kerja and than fikir nak kahwin. Tapi mestilah cari calon dulu.
Mak Wida tu suruh Wida kahwin 27 Julai tahun ni memandangkan umur dah masuk 27 tahun. Satu hasrat dia tu Wida kena tunaikan. Tapi tak tahu la bila. Mak cakap suruh buat majlis 27 Julai tahun ni, tarikh tu jatuh pada hari ahad tapi kan Johor sekarang hari ahad hari bekerja dan kebetulan pula 27 julai tu akhir ramadhan.
Masa akan menentukan segala2nya. Semuanya Wida berserah kepada Allah. Dia yang menentukan kita manusia hanya berusaha.
No comments:
Post a Comment