Assalammualaikum w.b.t & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Kes keberapa entah
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Wida tengah duduk kat meja study sambil search alamat untuk cari tempat nak praktikal. Tiba2 Fathin call minta tolong ambil dia kat TBS. Wida pun setuju la dan siap2 la nak pergi TBS. Dari bilik lagi Wida dah niat dalam hati supaya permudahkan urusan dan yang paling penting sekali Wida mohon agar dapat semula parking keteta kat tempat yang Wida selalu parking.
Wida pun start kereta, dan masa tu terus terfikir nak lalu ikut pagar mana ya. Ikut pagar dekat stadium ke? Ikut pagar dekat padang tenis. Emm...dalam beberapa minit Wida fikir terus Wida menuju ke arah pintu pagar stadium dengan harapan pagar tak tutup lagi. Memang jalan masa tu dah lenggang takde kenderaan langsung. Memandangkan jalan situ yang paling dekat nak keluar ke jalan besar Wida ikut la jalan tu.
Dengan tidak bertemankan sesiapa masa tu Wida sorang2 je, Wida nekad la berhenti bila pak guard tu tahan kereta Wida dari jauh. Wida pun berhenti "Assalammualaikum encik, saya nak keluar untuk ambil kawan di TBS".
"Kamu ada surat dari felo kolej kamu untuk kebenaran keluar lebih dari pukul 12 malam?"
Wida pun geleng la kepala sebab memang Wida tak ada pun surat tu. Selama Wida dekat UPM ni Wida tak tahu pula syaratnya macam tu. Selama ni ok je kalau keluar masuk. Kalau kena tahan dengan guard pun ada alasan yang munasabah. Takkan dalam hal kecemasan macam ni nak cari felo. Fikirkan keselamatan kawan je yang dah tunggu kat TBS tu.
"Felo tu makan gaji buta je. Patutnya dia sediakan surat untuk keluar masuk" kata guard tu. (Wida pun terpinga2 tetiba, kenapa pula pak guard tu cakap macam tu. Apa motif dia????) Selama ni Wida tak pula ambil tahu Felo tu makan gaji buta ke apa. Yang Wida tahu mereka ada kerja dan tugasan yang mereka lakukan tanpa pengetahuan kita.
Lepas tu pak guard minta kad matrik Wida pulak. Aduhaiiii....makin lambat la macam ni kata Wida dalam hati. "Ada encik, kejap ya" penuh sopan bagi siap dengan tali kad matrik lagi. Alamak habis la kalau kena rampas. "Saya pun sebenarnya tak sangka la kawan telefon waktu2 begini nak minta tolong ambil dia di TBS. Saya pun tak tahu sebenarnya kalau nak keluar lebih dari pukul 12 ni kena minta surat dari Felo kolej" panjang lebar Wida bagitahu.
Alasan guard tu memang la munasabah bila dia cakap yang Wida ni keluar seorang. Lepas tu dia cakap pasal keselamatan kita (yes itu betul, Wida memang sokong). Dalam apa jua keadaan kita memang tidak tahu kemungkinan yang akan wujud. Emm...bila terdengar macam2 cerita dari guard tu (kes rompakan di terowong la, kes kena bunuh la, kena langgar la, macam2 lagi) Wida pun ambil keputusan untuk call semula kawan supaya dia naik teksi sahaja dari TBS dan Wida hanya jemput di depan pintu guard je. Tapi mustahil itu akan berlaku.
Dalam hati masih berzikir lagi Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. Moga2 lembut la hati guard tu beri keizinan keluar tapi hampa, dia langsung tak bagi Wida keluar. Wida pun rasa macam dah feed up. Bila call kawan Wida tu dia bagi cadangan supaya keluar ikut pintu lain pulak. Wida pun try la semampu yang boleh. So, Wida lalu semula jalan yang sama Wida parking kereta tadi.
Dari jauh Wida ada nampak lampu kereta lepas tu lampu tu dah tak ada. Bila Wida lalu situ Wida nampak kereta tu dah ambil tempat Wida parking tadi. Dalam hati Wida "Ya Allah selalu engkau tunaikan permintaan hamba mu ini tapi kenapa hari ni engkau tidak tunaikan". Lagi la dua kali rasa hampa. Wida pun berserah je la. Kalau ada rezeki insyaAllah dapat la parking nanti kalau ada kosong.
Wida terus lupakan pasal parking tu, mustahil akan dapat park kat tempat yang sama. Tetiba Wida teringat kata guard tadi pasal Wida sorang je nak keluar dari pagar. So, maknanya kalau ada kawan Wida dapat la keluar kan....cantikkkk!! Terus tangan ni mendail kawan lelaki kelas Wida. Tapi dia tak angkat pulak mungkin dah tidur. So, cepat2 call kawan perempuan kelas Wida. Tut...tut...masih menunggu ni kawan pick up fon.
"Hello Su sorry ganggu dah tidur ke? Nak minta teman ni ambil Fathin kat TBS boleh tak?" cakap laju2 sebab Wida hampir menuju ke laluan kolej Su. "Ok boleh Su pun tak tidur lagi". Alhamdulillah selesai satu hal. Stereng kereta terus membelok ke kolej Su sebab ngam2 lalu kat situ terus Su setuju. Tunggu dalam 5 minit dalam kereta sebelum Su bersiap.
"Sorry Su menyusahkan tapi Wida dah takde pilihan". Wida pun ceritakan la pasal hal tadi. Su dengan Wida pun nekad je lalu kat pagar tenis. Tengok dari jauh macam pagar dah ditutup. Bila dah menghampiri pagar tu Fuhhhhh....Selamat masih buka. Memandangkan guard kat situ tak tahan kereta Wida, Wida pun teruskan la perjalanan. Alhamdulillah. Zikir masih tak henti lagi. Time tu juga terus telefon Fathin bagitau dah keluar dari pintu UPM. Selamat satu hal lagi.
Macam biasa ikut jalan menghala ke arah tol Sg. Besi. Wida dah mahir juga tol dekat situ. Sampai je dekat TBS tu memang dah kosong dan takde orang. Cuma nampak ada pekerja yang bersihkan TBS tu je. Dari jauh dah nampak Fathin dengan Liyana tengah tunggu dalam TBS. Wida sarankan diaorg tunggu kat situ sebab Wida takut nak biarkan diaorg tunggu dekat ERL tu. Dalam TBS tu selamat sikit.
Bila Wida sampai je kat situ, Satu kereta pun takde inikan pulak teksi. Memang takde langsung. Kalau Wida minta kawan Wida tadi naik teksi pun memang takkan ada la teksi tu. Maka dua2 tak pernah simpan no tel teksi. Emmm....nasib la. Apa kan daya. Kawan Wida bagtau kalau nanti nak masuk pintu ke kolej kalau kena tahan dengan guard tunjukkan je boarding pas flight diaorg.
Alhamdulillah selamat satu hal lagi bila guard tak tahan kereta Wida. Lepas hantar Su ke kolej dia Wida teruskan perjalanan untuk ke kolej Wida, Fathin dan Liyana. Emmm...satu hal nak cari parking tapi takde. Full beb. Ternyata pelajar UPM ni semuanya kaya raya sebab semuanya bawa kereta. Diaorg cadangkan Wida masuk je kereta ikut pintu pagar belakang memandangkan pintu depan memang dah tutup awal.
Usha2 tengok guard tidur. Berdesup terus masuk. Alhamdulillah lepas satu hal lagi. Guard tidur so, kami pun masuk la. Hanya kereta yang ada stiker kolej je boleh parking dalam kawasan kolej. Mana2 yang takde stiker kolej minta ampun "SILA PARKING DI LUAR" pandai2 la nak parking mana. Kalau parking kat luar alamatnya pukul 7 pagi dah kena alihkan kereta tak boleh parking kat situ lagi. Jika tidak tunggu la surat saman akan dikeluarkan atau tayar kena clamp.
Minta dijauhkan la daripada terjadi perkara yang macam tu. Wida tak suka kalau nak buat kesalahan ni tapi kalau dah terpaksa buat salah sekali sekala Wida langgar je. Tapi otak penat berfikir la maklum la nak lakukan kesalahan kan.
Akhirnya, Wida dapat parking dalam kawasan kolej dengan keberanian meredah je pintu pagar belakang. "Ya Allah engkau tak sediakan parking aku kat tempat biasa tapi engkau sediakan tempat parking yang luar biasa" dalam kolej lagi. Syukur sangat. Dalam hati lega juga bila dapat parking dalam kolej, jika diluar kolej dan jauh pulak dari kolej susah hati menggunung tinggi. Kesian juga dekat Fathin jalan jauh2 sampai ke kolej. So, bila parking kat dalam kolej tak la jauh Fathin nak jalan. Amin3.
Hebatnya Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir
*Wida ni asyik cerita pasal parking je kan. Nak tau kenapa sebab kerisauan yang 100x ganda dari fikirkan hal lain. Nak memang zikir ini terbukti bila Wida selalu berniat apa yang Wida mahukan. Mana tahu entah2 esok kat kawasan situ kena saman kereta atau sebaliknya. Pernah tau terjadi kereta terbabas lepas tu melanggar deretan kereta kat tempat parking tu. Habis rosak semua kenderaan kat tempat parking tu. Apa boleh buat semua adalah kehendak Tuhan diatas apa yang berlaku.