engkau boleh !!

Saturday, September 21, 2013

Semester Baru Bermula

Assalammualaikum & Salam Ceria
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah setelah lebih dari 2 bulan cuti semester, hari ni hari pertama kuliah bermula. 9 Sept 2013 dah start kuliah. Semuanya berjalan lancar, class start pukul 8 pg untuk subjek Bahasa Inggeris dapat pulak pensyarah yang baik hati dan memang boleh gelak2. Bukan apa sebelum ni Wida pernah drop subjek BI sebab dapat lecturer yang tak sporting. Wida bukan la memilih sangat tapi dengan caranya yang profesional sgt tu sampai Wida tak sanggup nak hadapi demi hari2 yang mendatang. Melayang la RM50 bayar untuk gugurkan kursus. 



InsyaAllah BI kali ni lebih mantap, Wida dengan kawan Wida kata ada harapan la nak dapatkan keputusan baik. Berdasarkan pengalaman kawan2 yang pernah ambil subjek dengan lecturer tu semuanya dapat keputusan baik. Macam budak sekolah pulak sebab first class kena melukis muka sendiri. Lepas tu kertas bertukar tangan dan siapa yang dapat lukisan muka kita tu kena teka siapa pemiliknya kerana lukisan tu tak disertakan nama. 



Macam biasa first class dah ada assignment, tapi tidak la membebankan. Yang simple dan insyaAllah boleh buat dengan baik. Betul atau salah itu lain kira sebab kita kan pelajar, nama pelajar yang masih belajar tak lari dari kesilapan. Kalau dah pandai confirm tak masuk kelas. 



Tamat kelas pukul 10 pg terus pergi kelas penglitup pukul 10 hingga 12 tengahari. Kuliah dah berjalan seperti biasa memandangkan minggu depan takde class sebab cuti hari Malaysia maka ditangguhkan kepada hari lain yang belum ditetapkan. Minggu depannya pulak lecturer tak ada so class cancel lagi. Petang tu sepatutnya ada amali penglitup start pukul 2 hingga 5 tapi ditangguhkan juga pada hari lain. Dengar macam sseronok kan tapi berat nanti nak ganti semula kelas yang dah dibatalkan tu.



Semester ni jadual Wida padat la juga cuma yang bestnya hari jumaat takde class dalam jadual Wida. Emm...boleh la lepak sikit hihihi. Sem ni Wida nak cat bilik Wida. Memandangkan roommate Wida tak balik lagi so Wida cadang nak hias2 sikit bilik ni supaya datang mood nak study sampai ke pagi. Wah berangan pulak Wida ni nak study sampai pagi. Tapi memang pun Wida ni suka sangat tak tidur malam tak tahu la kenapa. Nanti Wida masukkan gambar bilik Wida setelah siap dicat ok.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :