engkau boleh !!

Saturday, September 21, 2013

Macam-macam hal

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Sudah dua minggu Wida memulakan sesi kuliah di Fakulti Perhutanan dan dalam masa dua minggu tu Wida dah balik kampung pada minggu pertama kuliah. Maklum la hari jumaat memang Wida takde class and than kebetulan pulak hari isnin cuti sempena 1 Malaysia. Maka 5 hari la Wida di kampung. Sebenarnya rindu dengan mak. Masa hari pertama sampai tu, Wida makan nasi macam nak menangis. Ye la dr bulan 6 balik dari kem hutan sampai cuti bulan 9, Wida akan makan sama2 dengan mak abah tup2 makan sorang2 dalam bilik. Menitis juga air mata Wida ni. Sebak pun ada. Tapi tahan je.


Balik dari cuti tu Wida drive sorang. Ingat nak masuk tol Yong Peng tapi entah berangankan apa sampai tol tu terlepas. Wida boleh pulak ikut jalan nak ke Segamat. Maka dah jauh setengah jalan pulak tu takkan nak patah balik. Wida teruskan je la perjalanan. Entah macam mana Wida rasa tak sedap hati Wida call tanya kawan macam mana nak kuar tol kalau dari Labis. 



Nasib baik kawan tu tahu tapi jalan yang Wida ikut tu jalan kampung la, punya la takut. Tapi dalam hati berdoa je. Harap2 jumpa jalan dan kuar dari jalan kampung tu sebelum maghrib. Nasib baik la Wida bawa laju dapat la memotong kereta yang berderet-deret tu. Kalau diikutkan entah sampai pukul berapa la nak kuar tol. Wida masuk tol Tangkak. Masa tu mak dah call tanya dah sampai mana. Selalunya kalau Wida dari rumah paling2 tak pun kalau 3 jam perjalanan Wida dah sampai Seremban. Ini tidak dah 3 jam perjalanan tapi still lagi di Johor. 



Mak Wida dah risau kenapa tak sampai2. Bateri handphone habis pulak time2 macam tu. Sedih betul la. Dah la sorang2 dalam kereta. Bila dah dapat masuk highway tu terus la pecut tapi tak jauh mana pun sebab sampai kat Rembau jem teruk. Mana taknya semuanya balik cuti sempena cuti 1 Malaysia. Wida pun tak terkecuali. Emm agak sedikit penat la sebab Wida punya kereta kan manual. Kalau auto senang la diaorg tekan minyak and jaga break. 



Akhirnya Wida sampai di UPM pukul 11 malam. Jenuh la kan dalam perjalanan. Dah tu bagi alasan kat guard nak turunkan barang tapi tak pun terus je parking kat dalam area kolej. Penat dah kot nak turunkan barang malam2. Esok lusa je la Wida turunkan barang2. Apa2 pun lepas ni Wida akan lebih berwaspada. Malu je nama orang negeri Johor tapi jalan2 kat Johor belum mahir lagi. 


 
Itu al kisah pasal balik ke UPM. Lepas ni cerita pasal kena tahan dengan guard UPM sebab takde stiker kereta lagi. Tahu tak Wida ni antara orang yang paling awal tau nak mohon stiker kereta tu. Tiba dah kat pejabat tu dia tanya "Awak MTM ke MPP?". Saya bukan semua tu, saya pelajar tahun akhir dan sedang buat Final Year Project. "Oh kalau pelajar macam tu awak tahu tak perlu ada salinan slip pendaftaran pelajar sem ni, surat rasmi dari pengetua kolej dan surat dari PA atau penyelaras FYP?"



Mana la Wida nak tahu semua benda tu kena ada sebab seingat Wida yang di tampal kat softboard depan pejabat tu cuma nak IC, lesen, kad matrik pelajar serta geran kereta tersebut. Eeee....menyusahkan orang betul la. Kenapa la tak cakap awal2. Dah la kalau nak minta surat bagai tu ambil masa yang lama sebab pensyarah pun bukan selalu ada dipejabat. Sepatutnya apa syarat yang dia nak tu kepilkan la sekali kat borang permohonan. GERAM je Wida dengan pengurusan diaorg ni.



Last2 Wida ni asyik jadi mangsa kena tahan dengan guard je. Naik menyampah pulak. Takkan la kalau nak bagi orang peluang tu tunggu la dah akhir sem baru la tanya kenapa takde stiker. Maka orang ni nak pergi kelas lagi, buat assognment lagi. Macam kita ni dah takde kerja lain agaknya. Kerja dia tu lain la, guard orang je keluar masuk. 


Wida pun tahu la nak hormat undang2 dan Wida bukan orang yang jenis suka langgar undang2 walaupun hal kecil. Menguji kesabaran betul. Nanti dah dapat stiker Wida pandai la lekatkan. Tak payah la 100 orang kali nak tanya mana stiker? Lain la kalau dah lepas tamat tempoh permohonan stiker kereta tu boleh la kalau nak tahan tanya mana stiker kereta. Ini baru la dua minggu. Diaorg pun kalau nak keluarkan stiker kereta tu bukan dalam masa 5 minit siap.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :