Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Setelah beberapa minggu bersama Qyla untuk tuition yang secara tidak sengaja diwujudkan itu akhirnya kini tamat juga. Dengan rasminya Wida tidak lagi menemani Qyla untuk belajar tiap petang seperti biasa. Lepas ni pun Wida dah nak mula semester baru. Wida balik UPM 8hb nanti dengan sepupu Wida yang belajar di Seremban.
Petang tadi ibu Qyla dah datang rumah Wida, jumpa Wida dan bagi sedikit saguhati untuk Wida. Ada juga Cik Lyn tanya tentang anak dia punya rancangan untuk masuk ke kolej vokasional. Tapi dia agak keberatan memberi keizinan melangkah ke tahap sebegitu.
Wida faham maksud Cik Lyn dia rasa dia mahukan yang terbaik untuk anak tunggalnya. InsyaAllah Cik Lyn kalau dah rezeki Qyla mana2 yang dapat itu adalah yang terbaik untuknya. Tapi dengan izin dan restu kedua ibubapa juga amat penting. Doanya sentiasa mengiringi anak yang sedang mencari ilmu.
"Qyla, Cikgu Wahida harap kamu dengarlah nasihat ibu dan bapa kamu kerana mereka lebih makan garam dahulu dari kamu". Mereka lebih tahu mana yang baik mana yang tidak untuk kamu. Moga kamu berjaya dengan cemerlang dalam PMR yang bakal kamu hadapi. Amin2. Cikgu Wahida hanya mampu mendoakan kamu dari jauh, insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan semasa menjawab soalan nanti. Diberi ketenangan dan diberi petunjuk.
No comments:
Post a Comment