engkau boleh !!

Friday, September 6, 2013

Aku Bukan Tomboy

Assalammualaikum & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Wida - Ira - Mas *Rumah 4 Musim (Salji) Bukit Cerakah, Shah Alam


Wida saja je letak tajuk macam tu. Bukan apa, sebenarnya time taip tajuk ni Wida baru balik dari wayang tengok cerita aku bukan tomboy, tup2 termasuk draf. Bila Wida belek2 semula terjumpa la tajuk ni so why not Wida continue about the story. Hihihi....


Gambar kat atas tu time kami sem satu. Ingat lagi saat ni kami pergi jalan2 Shah Alam berempat. Lagi pun hujung minggu daripada takde aktiviti apa2 di kolej kami pun apa lagi buat la aktiviti sendiri. Time ni Ira still lagi classmate Wida sampai la akhir sem satu sebab dia tukar kos dan tukar universiti kat Terengganu. Itu yang terbaik untuk dia dan pilihan jalan yang dia mahu, so Wida doakan la yang terbaik untuk Ira. InsyaAllah....



Ira ni lucu jugak orangnya. Pernah juga la Wida datang bilik dia masa dia masih sama kolej dengan Wida. Asyik tergelak je dengar apa yang dia cerita. Pernah juga dia cakap kan tentang kawan Wida sorang tu si Mas tu. "Eh Wahid, sepatutnya Mas tu kan lelaki?" kata Ira. Wida yang sengal2 alam ni tak faham apa yang Ira cuba cakap. Wida pun tanya la kenapa?


"Ye la, kan orang2 indon panggil Mas tu abang" terang si Ira. Wida yang terus tangkap maksud Ira tu ketawa terguling2..."Ko ni time2 ni la nak buat lawak" kata Wida. Si Ira ni pulak boleh buat derk2 je. Tapi serius kelakar sebab terkena di hati Wida ni itu pasal la Wida ketawa2.



Teringat alkisah tentang nama Wida dulu2 masa kat Politeknik Shah Alam. Sebelum ni semua orang yang kenal dengan Wida akan panggil Wida ni Wahid. Sampaikan lecturer pun panggil Wahid juga. Bukan takde orang pelik bila mana orang perempuan tetapi dipanggil nama lelaki. Yang lelaki pulak dipanggil nama macam perempuan. Tapi itulah kenyataannya. Nak buat macam mana kan.


Ada satu hari Wida ikut program under kamsis kat PSA. Ada seorang budak ni "Hai nama awak apa? Awak ni kelakar la semalam saya nampak awak masa perjumpaan blok" tegur sorang perempuan yang sama semester dengan Wida. Orangnya cute2 gitu. Sebenarnya dia classmate pada roommate Wida. "Panggil je kita Wahid" jawab Wida ringkas. Bila teringat perjumpaan blok malam tu, memang patut la dia cakap Wida kelakar, mana taknya Wida ni tak sempat pakai tudung cuma pakai tuala untuk tutup kepala, lepas tu kononnya pin tudung tu Wida pakai sepit baju. Patut la kena gelak. Lagi pulak Wida ni ketua aras so warden minta Wida berucap. Makanya semua tengok Wida la. 


Tetiba je budak tu bersuara masa Wida sibuk rakam aksi2 budak2 yang join program tu dengan kamera kesayangan Wida, "Nama saya Kamelia. Apa kata saya tukar nama awak nama perempuan sebab saya rasa nama awak tu nama lelaki la, tak best" terang Kamelia. Wida ni bukan la tak kisah nama Wida macam lelaki. Tapi bila Wida nak tukar nama perempuan tak tahu nak letak nama apa. 



Pernah Wida suruh kawan2 panggil Ida, tapi masa kat bilik air pernah terjadi dua orang sekaligus menyahut nama 'Ida' yang dipanggil. Pulak tu Wida dengan budak lagi sorang tu sama2 saing menyahut. Nama budak tu Hidayah, tapi kawan2 dia panggil Ida. Aduhai termalu sekejap sebab budak yang memanggil tu pun dah confius sebab ada dua Ida. Tapi Wida diam la lepas tu. Takde la malu sangat sebab budak kat luar dan budak yang dalam bilik air tu tak tahu pun siapa Wida. Hahaha sengal betul la time tu. 


Berbalik kepada cerita tadi tu...sebelum naik bas menuju ke tempat program tu Kamelia panggil Wida lagi "Apa kata kalau saya bagi awak nama Wida. Sedap sikit nak panggil dan sebutnya. Tak la macam lelaki. Nanti orang ingat lelaki mana la yang dipanggil tapi yang datang perempuan". Dari situ la Wida dapat nama panggilan "Wida" ni. Terima kasih Kamelia. Dan sepanjang program berlangsung takde kedengaran nama Wahid yang ada cuma Wida sana Wida sini. Wida sana sini. 



Sebenarnya sebelum Wida bersalaman dengan mak selepas mak hantar Wida masuk Politeknik tu, mak Wida ada cakap "Tukar2 la nama tu Wahid. Cuba cari nama perempuan sikit. Sampai bila nama nak macam orang lelaki. Nanti takde orang lelaki yang nak sebab dia ingat kau tomboy". Bila Wida tukar nama Nurul macam ramai la pulak nama Nurul. Lagipun nama Nurul ni nampak gedik sikit la. Wakakaka walhal nama Wida memang ada Nurul dipangkalnya. Tapi tak biasa la. Adik-beradik semuanya nama Nurul, nanti panggil Nurul semuanya menyahut. 



Tak lama pun nama Wida tu kekal. Habis program tu nama Wahid juga yang orang sebut2. Pernah sekali kawan Wida nama Erah. Ni Erah budak PSA bukan Ira yang tadi Wida cerita tu. Erah ni datang bilik Wida tengah malam. Tengah syok buat assignment, mak Erah calling. "Ko kat mana tu dik" tanya mak Erah yang bahasakan diri Erah tu adik. "Adik kat bilik Wahid ni mak" terang si Erah. Tiba2 mak dia menjerit2 kat telefon sampai Wida pun boleh dengar. "Ko buat apa malam2 macam ni pergi bilik lelaki dik, ko jangan buat macam2 dik" sergah mak Erah. 


"Apa mak ni, Wahid tu perempuan la, nama dia Wahida. Kitaorang panggil dia Wahid" jelas Erah pada mak dia sebab tak nak timbul syak wasangka. Minggu depan tu Erah ajak Wida pergi rumah family dia kat Negeri Sembilan. Time tu la Erah kenal kan Wida pada mak dia "Mak ni la Wahid aka Wahida". Kita orang gelak2 time tu. Wida pulak yang malu2. Kesian Erah kena tegur dengan mak dia. Orang memang panggil Wida = Wahid, tapi Wida bukan tomboy okey. Perangai macam tomboy pun takde tapi sikit2 ada kot Wida je yang tak perasan.



Susah juga kan macam ni nama serupa nama lelaki. Macam sekarang kat UPM orang yang mana dah lama kenal Wida semua panggil Wahid Wahid Wahid. Orang yang baru kenal je akan panggil Wida Wida Wida. Tak kisah la nak panggil apa pun janji ada nama. Kadang2 yang tak kenal akan panggil Wida dengan nama Nurul. Naik semester ni tak tahu la kalau budak2 panggil Wida Si Beccek sebab itu nama kem hutan Wida. Beccek pun beccek la. 


Dulu2 ya Wida macam tomboy sebab gaya rambut ala lelaki, jalan tak macam perempuan ada lenggang-lenggok kata mak Wida, pakaian pun macam lelaki. Maybe dulu mak ingat Wida ni lelaki kot. Ye la anak sulong dah perempuan mesti anak kedua nak lelaki tup2 perempuan yang keluar. Kalau abah suruh pergi kedai mesti dia suruh Wida pakai topi, Wida tak nak tapi dah disuruh so pakai je la. 


Tapi sepanjang nama Wida dipanggil Wahid dalam erti kata bahasa arab Wahid itu maknanya satu. Dalam apa juga keadaan Wida selalu yang utama, bila beratur Wida selalu yang berdiri depan. Kalau kat sekolah ada pemeriksaan gigi Wida selalu yang pertama beratur, tapi sebenarnya Wida taknak dan takut. Kalau ada apa2 perkara asyik Wida je yang kedepan. Makna nama seseorang tu sedikit sebanyak mempengaruhi diri orang itu. 


Alhamdulillah Wida dapat rasa juga dalam peperiksaan mendapat no 1. Maklum la nama dah 'pertama = satu' so tak mustahil dengan nama itu membawa nama Wida yang pertama dalam kelas didalam peperiksaan. Bak kata Ira "Nama Wahid ni memang dah nama lelaki. Kalau mas tu pun lelaki juga. Alahai untung la aku dapat kawan namanya lelaki" teringat lagi Ira kata macam ni. Wida tak ambil hati pun. Janji dia boleh terima Wida sebagai kenalan dia. 


Apa2 pun FRIENDSHIP FOREVER "Smile"



No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :