Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Wida with Miza at lab chemistry
Em..tadi Wida exam paper ke3 iaitu subjek fizik kayu dan gentian. Aduhai mcm apa je ntah tadi Wida jawab, bab pengiraan tu lost tak tau nak buat. Tapi isi je formula and masukkan maklumat dalam tu. Tak sempat nak kira tiba2 pemeriksa kata "Masa Dah Tamat". Haaa kau...terkial2 lagi dok menekan kalkulator time tu.
Sebenarnya subjek fizik ni Wida tak aspek pun nak belajar, dulu kat sekolah memang tak ambil langsung subjek ni. Tup2 kat universiti kena ambil pulak, nak tak nak kena la pelajari dan lalui. Beza kalau orang ada asas dan orang yang takde asas dalam fizik ni. Fizik yang Wida kena belajar ni berkaitan dengan kayu dan macam biasa kena la kira berkaitan dengan beban yang ditanggung dan tekanan yang diterima oleh kayu. Semua tentang kayu, maklum la ambil kos kayu.
Hari ni pergi exam bersemangat jugak, dah b'siap dari awal kul 9 tapi sebenarnya exam pukul 11.30pagi. Sempat lagi pergi sarapan nasi lemak dengan budak sekelas. Lepas habis makan tu baru teringat yang kalkulator tak bawa. Aduhai walhal itulah yang penting dalam exam ni. Emm...terpaksa la naik semula ke blok tapi sempat lagi call rumate minta dia tolong campakkan ke bawah dan Wida sambut.
Kawan yang makan sarapan sama2 tadi dah jalan dulu naik bas. Bila Wida lalu kat foodcourt serumpun tu Wida dah nampak bas mula bergerak, dalam hati Wida "jangan la jalan dulu wahai pakcik bas". Ehhh...dia jalan jugak, cepat2 Wida turun tangga. Mula tu memang macam takde harapan la dia nak berhenti sebab dia dah tekan minyak, maklum la bas auto bukan manual, so harapan nak b'henti tu payah sikit.
Dari jauh Wida angkat tangan je kat pakcik tu, tup2 dia b'henti dan Wida pun cepat2 la dapatkan bas tu, rupanya belakang Wida pun ada seorang budak nak naik jugak. Selamat la Wida dapat naik bas tu. Ye la kan kalau nak tunggu bas yang seterusnya mau tak berapa minit juga. Dah la nak masuk exam, kalau nak masuk kelas tu lain la cerita kalau lambat 5 minit lecturer masih benarkan masuk lagi.
Apa2 pun nak menunggu exam paper ke-4 pula iaitu kimia kayu dan gentian iaitu pada hari sabtu dan ahad pulak exam paper ke-5 pengenalan kepada undang2 industri kayu. Semua subjek tak lepas dari perkataan kayu biasa la nama pun budak kos kayu. Redha je la.
No comments:
Post a Comment