engkau boleh !!

Monday, January 21, 2013

Lab Minda Keusahawanan UPM Part 1

Assalammualaikum & Salam Keusahawanan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tarikh : 14 Januari 2013
Masa : 8-10 Pagi
Tempat : Dewan Putra 1 Kolej 13 UPM

Cuti semester kali ini, Wida tak pulang terus ke rumah di Johor. Wida ambil kesempatan untuk mengikuti Lab Minda Keusahawanan di Tanjung Bidara Beach Resort selama 4 hari. Pagi tu Wida naik bas kolej serumpun dengan beg yang besar dan banyak. Biar la orang tengok dan kata apa pun yang pasti Wida sendiri yang mengangkat barang2 tu sendiri.

Mula2 tu ingat nak jalan kaki sampai kolej 13 tapi memandangkan beg yang banyak tu terus teringat pepatah mengatakan 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Sumpah memang berat, rasanya kalah berat batu bata yang Wida bawa. Dalam cadangan Wida time tu bawa semua beg sebab nak balik terus ke Johor tapi disebabkan bas tak lalu kat terminal bas, terpaksa la Wida balik semula ke UPM nak baik bas dari TBS untuk balik ke Johor.


Dalam bas tu, sebelum sampai kat Dewan Putra 1 Wida cepat2 bangun dan beritahu pada pemandu bas untuk turun kat Kolej 13. Nasib baik la Pakcik Driver tu baik hati, dia b'hentikan Wida tak jauh dari pagar dewan kolej 13 tu. So, tak la jauh Wida nak heret beg2 Wida yang banyak dan berat gila tu.

Lepas tu apa lagi cepat2 la pergi daftarkan diri kat kaunter. Sebelum masuk dewan untuk daftar tu sempat la tegur budak2 kat situ dan Wida perasan ada seorang budak ni pakai baju t'shirt sama dengan Wida. Kebetulan Wida niat memang nak pakai baju kolej 16 so, tak sangka la pulak boleh sama dengan budak tu. Lepas Wida daftar Wida cepat je dapatkan budak tu.

Ok setelah b'kenalan, nama dia Huzaimah Ribut. Asal dari Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Emm...tak sangka kami satu negeri dan asal dari tempat yang sama. Maka, bertambahlah kawan Wida. Wida panggil dia Ema, sambil b'borak2 dengan Ema Wida nampak ada lagi budak2 dari kolej lain yang baru sampai. Hampir pukul 9 pg juga la budak2 ni sampai. Wida sampai situ tak la lewat sangat, ngam2 je.



Ok bermulalah slot pertama kami di dewan putra 1 selepas selesai sesi pendaftaran. Bersama dengan Coach Fadzil Hisham. Time ni dia banyak bertanya pada budak2 apa matlamat dalam usahawan. Jenuh budak2 nak menjawab. At lease dia nak tahu pendapat dikalangan pelajar universiti.


Ada yang kelakar apa yang Coach sampaikan. InsyaAllah kami mesti menggunapakai apa yang telah disampai. Sesungguhnya ia amat berguna untuk kami semua. 


Wida duduk takde la depan sangat tapi ok la. Nampak dengan jelas slide Coach tu. Sambil tu sempat juga la b'kenalan dengan kawan2 yang duduk sebelah Wida. Terasa hebat juga diaorg ni. Wida je terasa kerdil time tu. 


Inilah dia budak satu kolej Wida, Ema nama dia. Ema semester satu. Wida semester 3. Emm...nasib baik Ema pakai baju kolej 16, so senang la Wida nak kenal dia. Masa daftar tu semua pakai baju kurung ala2 formal, tapi nasib baik ada juga yang pakai semi formal maka takde la kami malu sangat.


Ok Wida dah ada dalam bas untuk menuju ke Tanjung Bidara Beach Resort. Lepas kami diberi sarapan pagi, kami terus masukkan beg ke dalam bas. Emm...memang barang Wida paling banyak daripada budak2 lain. Nak buat macam mana, setiap kali cuti semester memang kena kosongkan bilik. Maka segala barang yang tak diperlukan perlu la di bawa balik ke kampung. 

Wida rasa setakat ini dahulu yang Wida nak ceritakan...nantikan sambungannya selepas ini. 

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :