engkau boleh !!

Monday, January 21, 2013

Persiapan Majlis Perkahwinan Ain & Asul Part 1

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ini dah masuk kali kedua cuti semester Wida digunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan adik-beradik Wida. Cuti semester tahun lepas 2012 adik Wida yang kahwin, kali ni kakak Wida pulak yang kahwin. Sebenarnya diaorg memang pilih tarikh cuti semester Wida memandangkan Wida adalah salah seorang kaki tangan yang sangat2 diperlukan. Emm...kira orang penting juga la Wida ni. Tanpa Wida kerja-kerja yang ada kat rumah tu boleh tertangguh. Wida juga yang tolong siapkan. Macam gambar kat bawah ni...


Mak Wida masih sibuk untuk persiapan langsir. Mak dah siap2 potong so, Wida la yang akan ambil alih untuk mencantum dan menyiapkan langsir tersebut. Disebabkan tema kakak Wida warna purple so dia nak langsir purple juga. Emm...ikut je la, untuk hari bahagia dia juga.



Tolakkkk...tolakkk!!! Hehehe

Kat luar rumah pulak sibuk la berlangsungnya kerja-kerja meratakan tanah, pasir dan batu. Actually, sebelum ni dah letak batu juga masa majlis perkahwinan adik tapi dah habis kena lenyek dengan lori, kereta bagai lagi sampai batu2nya habis. Jadi lopak2 pulak depan rumah Wida tu, so tak cantik la kan kalau nak letak khemah nanti. Kesian kat tetamu yang hadir nanti susah nak jalan. 


Kat kawasan ni mula2 mak dah tambak batu tapi tak rata la. Emm...esok kena kerjakan lagi bagi rata. Ingat nak simen je tempat ni senang sikit nak lalu lalang ke pintu dapur.


Kalau pakai GCB ni senang dan cepat. Tapi lain yang disuruh lain yang dibuat. Alahai...



Inilah pakcik saya yang bertanggungjawab membantu kami di sini. Thanks Cik Min.


Emm...kalau Wida yang ratakan batu2 tu mesti cantik. Nasib je tak reti nak pandu jentera tu. Hihihi



Kawasan sebelum batu diratakan...see, sebenarnya tanah tu tinggi rendah kalau hujan air akan turun mengalir ke rumah so, mak kata nak diratakan ke belakang tapi orang tu tak buat pun. 


Hope ruangan ini nanti boleh disimen kemudian. Mesti lagi cantik tempatnya. Memudahkan orang lalu lalang di situ.


Sikit lagi dah nak siap. Wida intai dari dalam rumah je. 




Ok. Dah siap. Tapi tak smart sangat. Emm...boleh la daripada tak ada kan. Bila2 masa je nanti khemah akan didirikan disitu. Hope cukup la kawasan tu nanti. 


Emm...kat dalam rumah masih sibuk nak packing2 beg untuk diberikan pada tetamu yang hadir. Moga dapat diselesaikan sebelum tiba majlis. Walaupun nampak remeh temeh nak masukkan benda alah tu, tapi secara jujur memang mengambil masa agak lama juga. 



Beg biru untuk tetamu abah dan emak. Untuk kawan2 kakak lain pulak. Macam2 ada. Isi dalamnya tu pun macam2 x terduga nak masukkan apa sahaja. 


Esok sambung lagi buat kerja. Malam2 pun Wida dan kakak buat apa2 yang patut. Siang je Wida menjahit untuk menjimatkan elektrik lampu dan kipas. Ok continue esok :)


1 comment:

cenderamata dari hati said...

lampu bola2 kecil (rotan/ benang pelbagai pilihan warna) boleh dijadikan hiasan bilik pengantin/pelamin/tempat mkn/ltk dlm pasu etc

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :