Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya kita di dalam dunia ini saling memerlukan antara satu sama lain
Wida sebenarnya nak tulis ni dah lama tapi tak berkesempatan nak tulis. Time2 exam ni pulak teringat balik so Wida curi masa sekejap la nak tulis apa yang Wida rasa.
Teman Sahabat Kawan Rakan Kenalan semuanya sama tapi ada bezanya. Ini daripada firasat Wida sendiri la ya Wida cakap tiada copy dari mana2 takde cilok2, jika ada itu hanyalah satu kebetulan.
Sebenarnya Wida terasa dengan kawan Wida sorang ni. Wida tak la sampai tak perlukan kawan bila kat sini of course la kita memerlukan kawan dalam apa juga situasi. Cuma kadang kala Wida lebih gemar berdikari sendiri. Bersendiri bukan bermaksud kita tiada kawan atau kita tak mahu berkawan tapi semua tu ada makna tersendiri.
Wida perasan juga hal ni bila Wida pergi kelas sorang2. Ada kawan tapi cari bila perlu je. Kalau dia ada kawan dia tinggal Wida, apa salahnya jika jalan sama dengan Wida juga. Tapi bila kawan dia tu tak ada dia akan cari Wida untuk pergi sama2. Kenapa dia tak boleh pergi sorang macam Wida pergi s'org. Bila perlukan apa2 baru terhegeh2 nak minta itu dan ini.
Lagi satu, kalau bab tolong menolong ni Wida memang tak marah dan tak rasa menyusahkan walaupun pada pandangan mata orang lain perkara tu sangat menyusahkan. Wida selalu berfikir jika hari ni kita tolong kawan esok lusa diaorang pulak tolong Wida. Tapi tunggu la macam mana sekalipun takkan diaorg nak tolong. Memang Tuhan menghantar orang lain untuk bantu kita. Tapi apa salahnya sebelum Tuhan datangkan orang lain untuk bantu kita, kita sendiri yang balas perbuatan dan pertolongan orang tu terlebih dahulu. Tak salah kan.
Bila nak minta tolong tu amboi manis mulut, lembut gigi dari lidah. Tapi bila tak minta tolong muka kita pandang pun taknak apatah lagi bertegur sapa. Ada juga yang macam tu manusia dalam dunia ni kan. Memang perkara yang Wida kata ni kerap kali kita dengar. Tapi ini dari Wida sendiri bukan dari orang.
Sebenarnya banyak lagi, tapi biarlah Wida cerita dengan Tuhan je. Tuhan kan maha mengetahui segala-galanya. Dia yang mendatangkan seseorang itu untuk kita atas sebab2 tertentu.
Teman = Orang yang selalu ada dengan kita "hari ni teman saya pergi sana sini boleh?"
Sahabat = Sukar dicari untuk kita berkongsi segala-galanya
Kawan = Ramai. Semuanya kita kawan tak kira la budak kecik, beso, tua muda kita kawan
Rakan = Jarang kita manfaatkan kerana dia kawan pada kawan2 yang kita kenal
Kenalan = orang yang kita selalu say hai2 bye2 tapi takde la kenal sangat, biasa2 je
Assalammualaikum...Saya anak ke-2 berasal dari Batu Pahat kini menetap di Pontian. Masih menuntut disalah sebuah universiti tempatan. Suka berangan, suka berbual dengan orang yang suka bercakap sbb kalau dia senyap mmg dia taknak berbual la tu, atau dia takde modal.
engkau boleh !!
Thursday, January 3, 2013
Ianya Sama Tapi Tak Serupa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zone Wida Tersayang
LIKE
: Wida love to talk :: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :
No comments:
Post a Comment