Assalammualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Banyak2 negeri kat Malaysia ni Wida belum pernah pergi Perak. Setakat lalu2 je tu pernah la, kalau nak kata b'malam di Perak belum pernah lagi. Tapi, baru2 ni ada kawan minta teman dia balik Perak untuk hadiri majlis perkahwinan sepupu dia di Seri Manjung. Disebabkan Wida free xde buat apa2 kat kolej dan kawan Wida yang akan support tambang Wida pergi balik so Wida join la.
Tiket dah beli naik kat Pudu Sentral pukul7.30 malam, tapi memandangkan bas lambat sampai kat terminal, terpaksa la kami tunggu sehingga pukul 9 mlm baru bas bergerak meninggalkan Pudu Sentral. Malam tu bas yang kami naik menuju ke Lumut. Lebih kurang 5 jam perjalanan kami dan akhirnya selamat sampai kat tepi jalan area Seri Manjung.
Lebih kurang pukul 2 pagi kami sampai di rumah pengantin a.k.a rumah makcik sepupu kawan Wida. Makcik dia buat majlis kat dewan sebab diaorg kata tak muat kalau nak buat kat rumah. Wida tengok rumahnya takde la kecil sangat. Boleh tahan besar jugak. Mungkin tuan rumah nak buat di dewan supaya mudah tetamu nak tuju ke sana berbanding di rumah.
Sepupu kawan Wida ni dua pasang yang nak kahwin. Adik dan abang. Tapi Wida tak sempat nak tengok majlis perkahwinan diaorg sbb family kawan Wida dah beli tiket untuk balik ke KL pukul 10 pagi. Majlis di dewan b'mula lebih kurang pukul 12 pada hari ahad, so tak dapat la kami pergi tengok.
Tapi hari sabtu tu Wida sempat pergi rumah pengantin perempuan yang tak jah dari rumah lelaki. Beberapa minit je dah sampai. Kami berempat naik kereta adik kepada pengatin lelaki. Adik pengantin lelaki tu kembar perempuan a.k.a sepupu kawan Wida tu la. Tapi mereka kembar tak seiras. Kembar si kakak yang drive pergi rumah pengantin perempuan. Laju juga dia bawa kereta, dua kali lima je dengan Wida bawa.
Mak Wida dah pesan kalau kat rumah org tu jangan berat bontot, ringan2 tulang bantu apa2 yang patut. Entah la Wida pun lupa apa je yang Wida buat kat sana. Wida rasa macam xde buat apa2 kot setakat bungkus2 kan beg buah tangan yang nak diberi kepada tetamu je kot. Yang bab masak2 itu semuanya saudara tuan rumah yang buat.
Masa tengah sibuk2 masukkan telur dalam bungkusannya kawan Wida cakap siap2 kan beg sebab dia kata kami berdua malam tu tidur hotel yang sudah ditempah oleh tuan rumah untuk saudara2nya dan tetamu yang hadir. Hotel tu tak la jauh sangat dengan rumahnya. Dekat je, kalau jalan kaki memang sampai tapi kami memang tak sampai hati nak jalan sebab hujan time tu.
Berhantar berjemput la kami dr hotel ke rumah pengantin. Sebenarnya Wida macam serik la kot pergi majlis kahwin rumah orang yang kita tak kenal ni. Alangkan rumah saudara sendiri pun kita tak betah apatah lagi rumah orang yang kita tak kenal. Wida rasa macam tak layak duduk dengan orang yang kita tak kenali dalam satu2 masa. Wida cuba bertahan, sebab tak lama pun Wida kat situ.
Ada dua tiga perkara juga yang Wida terasa tapi Wida diam dan biarkan saja. Wida janji dengan diri Wida sendiri andai kata ada kawan pada saudara mara Wida mahupun sesiapa saja, kita harus melayannya sebagai tetamu dengan sebaik2nya, menjaga hatinya agar ia tidak tersinggung dengan mana2 perkara kecuali kekurangan yang tidak dapat dielakkan.
No comments:
Post a Comment