engkau boleh !!

Tuesday, November 20, 2012

Trip Student BSTK : Madu Lebah Part 1 (Bee)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Mesra Abadi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Wida was here
Kena pegang hujung2 dikhuatiri kalau ada lebah yang tersepit nanti lebah tu mengigit. Tapi sepanjang kami di sana semua lebah baik menyambut kedatangan kami. Hehehe :)


Alhamdulillah akhirnya mendatangkan hasil juga lawatan kami ke Laman Lebah Madu Pak Ali di Kampung Bagan Darat, Rengit Johor. Lebih kurang pukul10 kami tiba di mana Lebah Madu. Jauh juga perjalanan kami memasuki kampung berdekatan dengan ladang nanas. Kami bertiga pergi laman lebah ni sebab projek berkumpulan untuk subjek Hasil Hutan Bukan Kayu yang kami pelajari pada semester 3 kat Fakulti Perhutanan UPM.


Kg. Bagan Darat 
Kami ikut laluan kampung ni supaya lebih dekat dengan tempat yang kami nak tuju. Johor ni banyak jalan shortcut, semua jalan boleh tembus. 




Dengan menaiki kereta Pak Ali kami menuju ke Laman Lebah Madu
Jalan ke sana boleh tahan berlopak juga. Maklum la jalan yang selalu digunakan jentera berat untuk mengambil hasil ladang.




Kami dah sampai. Fendi dan Mastura melalui jalan ke tempat Lebah Madu
Kalau dari luar memang tak nampak langsung kat sini ada lebah. Laluan agak semak sedikit.


Inilah dia, apartment lebah. kalau tak silap ada 20-30 kotak.




Lebah yang berkumpul untuk masuk ke dalam box. Mula2 tengok macam geram je tapi ada rasa geli sikit sebab lebah tu kan banyak.




Ada 8 frame dlm 1 kotak ni. Banyak...bila tengok rasa seram je tapi inilah dia pekerja Pak Ali


Pak Ali mengeluarkan frame dan menunjukkan kepada kami pekerja2 dia.



Pak Ali sedang mencari Ratu Lebah thats why Pak Ali mengangkat semua frame.


Look...what are the different between all the bee? 
Jika kamu perasan ada satu ekor lebah yang saiznya besar sedikit dari yang lain dan tiada belang pada buntutnya. Itulah dia Queen atau nama tempatannya Ratu. 


Agak2 berapa ekor semua ni??? Haaa...sape dapat teka. Tengok macam lalat. 















Getah pokok


Kata Pak Ali tak lama lagi dia boleh mendapatkan hasil madu. Lihat la pada lebahnya yang banyak



Kat sini pun laluan pintu masuk keluar lebah



Pintu rumah lebah. Sinilah pintu keluar masuk lebah


Kata Pak Ali berkemungkinan lebah ni menghasilkan sarang tu dengan menggunakan air liur
Pak Ali sendiri pun tak pernah lihat macam mana lebah tu buat sarang.


Disebabkan cuaca sekarang hujan maka Pak Ali menyediakan makanan sampingan untuk pekerja2nya.


Fokuskan penglihatan anda pada benda yang berwarna kuning tu. Itu adalah propolis. Propolis ni boleh dimakan begitu sahaja. Wida, Mastura dengan Fendi dah rasa propolis tu, rasanya ada manis sedikit tapi dalam 2-3 % je. 


Lihatlah kebesaran TUHAN lebah ini sebagai pekerja Pak Ali yang sedang menjalankan tugasnya tanpa arahan dan hanya mereka saja tahu apa yang mereka lakukan.


Cute kan pekerja Pak Ali. Lebah yang mempunyai kepak atau sayap yang sudah mengembang seperti yang ada dalam gambar ni adalah lebah yang hampir mati.


 Fendi macam takut2 je. Tengok jari tangan kanan dia. Hehehe 



Mastura pun join sekali trip kumpulan Wida



Wida ambil kesempatan bergambar dengan lebih kira2 1000 ekor lebah.
Teruja bila dapat pegang


Lebih jelas, lubang yang tertutup tu sudah penuh dengan madu, yang masih berlubang tu belum penuh dengan madu. Pekerja Pak Ali perlu usaha lagi. Cuaca juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan madu. Sekarang musim hujan jadi lambat sikit la Pak Ali mengutip hasil. 



Ini adalah ladang nanas dan lebah mendapat sumber makanan dari ladang yang berdekatan. Tanaman nanas berperingkat dan tidak pernah putus penanamannya. Oleh itu, lebah sentiasa mendapat sumber makanan untuk menghasilkan madu. Lebah mampu terbang sejauh 3 KM jaraknya. 

Rasa madu yang dihasilkan bergantung pada pemakanan lebah itu sendiri. Jika lebah mendapat sumber makanan dari ladang tumbuhan nanas maka rasa madu itu, lebih ke aras manis buah nanas.


Ini adalah getah dari pokok. Pandaikan lebah ni tinggalkan getah pokok kat bahagian luar kotak. Madu yang diambil dari proses pendebungaan diletakkan di dalam lubang yang dibuat sendiri. Bila madu dah penuh dia tutup.


Macam ni la rupa lebah tu menutup lubang yang sudah penuh dengan madu. Nampak tak yang macam kilat2 tu la madu lebah yang hampir penuh sebelum ditutup.





9 comments:

Areef Ibn Naim said...

salam,

wah menarik entri ni... kalau dpt pakai kamera canggih mesti lg nampak real gambar2 lebah tu...

erm, lebah tk sengat ek? :)

wahid wida said...

haah klu pkai kamera azar ok la...whd pakai cikai2 je...lebah sengat bila dia t'sepit je. klu x tersepit dia ok je

Areef Ibn Naim said...

salam. jom join contest di blog sy. tQ in advance :)

http://ibnunaeem.blogspot.com/2012/11/jom-join-contest-fotografi-ceriakan.html

mademoiselleaini said...

salam....ad x cara nk contact pak ali ni... leh bg no phone DSB?

mademoiselleaini said...

salam... ad x cara nk contact pak ali ni?... ad x phone dsb?

mademoiselleaini said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Asyraf Fadzil said...

assalamuaaikum penulis..sy stdent yg melakukan projek honey extractor..sy nk mintk tlg awk jika awk ada contact no bagi perternak madu di ladang madu yg awk lawati

Asyraf Fadzil said...

assalamualaikum blogger..sy nk mintak jasa baek anda..sy student dan sy sedang mengendalikan prjek pembuatan honey extractor di universiti..sy harap jika anda ada contact no bagi penternak madu yg anda lawati ladangnya tlg sharekan pada sy

wahid wida said...

0197595345 pak ali...

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :