Assalammualaikum & Selamat Pengantin Baru
Tema Purple pilihan pengantin
Dikesempatan Wida ada kat rumah selalu mak akan bawa Wida pergi rumah kenduri kahwin. Kali ni rumah sepupu mak Wida yang jauh dari rumah Wida iaitu di Bandar Tenggara Felda Sibol kalau tak silap Wida. Macam biasa la Wida selalu jadi driver pergi ke mana sahaja yang mak Wida mahu pergi.
Kiranya pengantin ni dua pupu la pada Wida. Wida tak kenal pun pengantin tu sebab kami ni bukannya selalu jumpa apatah lagi time raya tu jarang sangat bertegur sapa. Emm...pada Wida, Wida memang nak kenal dengan semua saudara mara Wida sebab kalau dihitung2 memang ramai sangat saudara mara kita yang masih kita tak kenal sepenuhnya.
Cantik pelamin untuk persandingan raja sehari
Ok ini salah seorang sepupu mak Wida. Wida kenal makcik tu sebab dia rajin datang beraya kat rumah atok Wida kat Kampung Permatang Duku. Rumah keluarganya satu kampung dengan atok Wida.
Tudung pink tu mak Wida
Sempat kami sekodeng pengantin di kamar beradunya sebelum dia bersanding di atas pelamin. Wida pun tak kenal dia. Dia pun terkejut masa kami masuk bilik dia untuk ambil gambar.
Tak ingat la nama dia apa...Mira kot entah la.
Bilik pengantin...hehehehe tema purple semuanya
Dah duduk atas pelamin sambil di apit oleh sepupu sepapatnya utk minta duit tol. Kat Johor je ada tol-tol bila pengantin lelaki nak masuk rumah pengantin perempuan. Paling best siapa yang duduk sebelah pengantin perempuan selalunya dapat duit lebih. Selagi tak cukup org sebelah pengantin tu takkan bangun untuk beri pengantin lelaki duduk. Kesiankan pengantin lelaki tu.
Ok inilah antara orang yang akan dapat duit tol paling banyak dari orang yang buat sekatan depan pelamin dan depan pintu masuk rumah. Selalunya orang yang buat sekatan di depan pintu rumah cuma dapat RM1 je. Hehehehe...
Sebenarnya Wida pun time tu ambil kesempatan buat sekatan halangan kat depan pintu nak masuk ke dalam rumah pengantin perempuan tu. Wida dapat bukan RM1 tapi RM5 ke RM6 la macam tu. Yang baik dan yang bestnya tu pengantin lelaki sendiri yang berikan duit tol tu. Wida hulur je tangan time tu tak sangka pulak dapat. Makcik dan mak Wida pun join sekali so mereka pun dapat juga.
Nah apa lagi...tutup muka pengantin perempuan tu.
Selepas puas hati semua dapat duit tol akhirnya semuanya memberi laluan kepada pengantin lelaki untuk duduk atas kerusi di pelamin bersama isteri tersayang. So sweet :)
Ini sesi beri duit juga tapi pengantin lambung ke atas dan orang dihadapan akan melihat ke lantai dan mengutip duit syiling yang dibaling. Kadang2 mereka selitkan juga gula2, nasib2 la siapa yang dapat duit. Duit tu kadang kala simpanan si pengantin perempuan dan dia mahu berikan kepada tetamu yang hadir. So, siapa cepat dia dapat la. Selalunya budak2 kecil la yang sibuk berebut.
Inilah kawasan rumah pengantin perempuan. Rumah felda memang macam ni, jalan kat atas rumahnya di bawah...kalau dari atas jalan cuma nampak bumbung rumah dan khemah je.
Inilah nama bapa pengantin perempuan Haji Md. Arif Bin Haji Shuhud
Agak2 berapa ringgit la habis kat sini untuk bagi tol pada setiap kepala yang ada. Hahahaha...
Kat sinilah tempat Wida buat tol dengan semua saudara mara yang ada. Hehehehe...
Wakil pihak lelaki masih berunding untuk duduk kat atas pelamin. Wakil pihak perempuan ni pun main2 je...kesian pengantin lelaki tu.
TAHNIAH!!!
SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Apabila seseorang perempuan itu sah menjadi isteri kepada suaminya maka dialah yang dijodohkan oleh Tuhan untuk setiap pasangan itu.
No comments:
Post a Comment