engkau boleh !!

Friday, November 2, 2012

Sebak Hati Aku...

Assalammualaikum..


Semalam nak dijadikan cerita aku beranikan diri untuk berjumpa dengan pensyarah yang mengajar aku satu subjek tu. Sebelum aku melangkah ke dalam bilik dia tu aku dah berdoa-doa moga hatinya lembut bila aku bertanya soalan assignment yang aku langsung tak tahu nak buat, aku berharap tidak la dia bersikap yang tidak aku fikirkan di dalam hati. Tapi meleset sangat2 apa yang aku harapkan.

Dia tanya apa masalah aku dalam buat assignment tu, aku jawab la aku tak faham dengan tajuk yang dia beri tu. Aku harap la dia beri penjelasan atas ketidak fahaman aku dalam tajuk yang diberi tapi ternyata anggapan aku salah. "Awak tak bincang ke dengan partner awak? Esok dah nak present tapi awak baru nak jumpa saya hari ni. Saya bagi assignment ni untuk dua minggu. Pelajar cina awal2 dah jumpa dan tanya pada saya". Emm...memang salah aku jumpa dia masa tu, kalau itulah jawapan yang bakal aku terima memang aku takkan jumpa dengan mana2 pensyarah langsung sampai bila2.

Masa tu aku dah terpana, aku tahu kewajipan pelajar adalah belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kepada pelajar selain memahami apa yang diajar pensyarah sewaktu di dalam kelas. Maaf la kalau aku tulis macam ni dekat blog. Aku tidak punya kawan utk meluahkan apa yang tersirat di hati aku, aku luahkan pada Tuhan tapi aku hanya mampu menangisi setiap kata2 pensyarah tu yang memang meninggalkan kesan yang mendalam sedalam hati aku ni.

"Ini la masalah orang melayu kita yang suka buat kerja bertangguh dan malas nak keluar dari belenggu masalah". Ada juga dia beri kata2 semangat pada aku tapi aku dah tak rasa semangat bila dengar dia berkata2 kerana hati aku time tu dah sebak sangat dan aku hanya merintih kepada Tuhan dalam hati.

Kadang2 aku rasa bodohnya aku dah 25tahun hidup tapi macam gini hidup aku. Aku jenis yang sensetif, sebab aku ada perasaan. Andai kata Tuhan tu meletakkan aku di tempat yang sama dengan pensyarah tu aku memang rasa geram dengan anak didik aku tapi dalam masa yang sama aku cuba mengerti dan rendah suara dengan pelajar aku. Cari dan fikirkan kenapa pelajar aku tidak faham apa yang aku suruh buat. Akan aku terangkan satu persatu permasalahan yang dihadapi.

Kalau boleh ditulis dan dijelaskan sehingga faham itulah yang aku akan buat. Memang la katanya pelajar universiti ni perlu berdikari sendiri tapi kita pun manusia biasa juga yang perlu pertolongan bantuan dari manusia lain. Andai kita jatuh, adakah kita mengharap seseorang itu hanya memandang dan melihat kita tanpa perasaan. Apa yang diharapkan adalah tangan yang dihulurkan sebagai bantuan agar kita boleh bangun kembali. Bangun bukan sekadar berdiri tetapi memastikan kita boleh berjalan dan berlari seperti biasa.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah manusia apakah aku yang sebegini yang tiada cacat seperti orang lain, mata boleh melihat dengan jelas, tangan yang boleh menyentuh dan merasa, kaki yang boleh berjalan dan berlari, telinga yang boleh mendengar dengan jelas, hidung yang boleh bernafas sehingga kini, bersalahnya aku kerana tidak berusaha untuk diri aku sendiri. Aku sebenarnya boleh buat siapa kata aku tak mampu untuk buat. Memang masa dah suntuk tapi selagi belum tiba masanya kita mampu untuk mengubahnya hingga ke saat akhir. Orang pun boleh berubah fikiran disaat akhir, inikan apatah lagi perkara yang manusia lakukan.

Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan. Tak apa aku kuatkan semangat demi nama mak aku, aku akan berjuang habis-habisan untuk diri aku sendiri dan demi mak aku. Orang yang sentiasa memberi semangat dan motivasi berguna untuk aku sentiasa bangkit dari tidur aku. Aku anggap ini cabaran aku yang pertama dari pensyarah tu. Bukan dia yang berhak menghukum aku, biar Tuhan sahaja yang menghukum aku atas kesalahan2 diri aku sendiri barulah adil di dalam pembalasan.

Dengan perasaan yang amat kecewa aku skip class dia hari ni untuk satu hari. Aku bagitahu member yang aku kurang sihat tp pada hakikatnya hati aku masih terluka. Aku pun tak tahu kenapa hati aku terluka. Baru2 ni pun aku tak lulus ujian class dia. Aku pun tak tahu kenapa. Nak kata aku ponteng class memang tidak la sebab aku rajin datang semua class.

Mungkin sebab aku ni lemah dan lembab dalam belajar sesuatu. Aku pernah la suarakan pada pensyarah yang aku ni kurang faham dalam bahasa inggeris, tiba2 dia pertikaikan kenapa aku boleh masuk universiti kalau aku tak faham bahasa inggeris. Manusia ada kelemahan dan kelebihan, dan ternyata kelembapan dan ketidakfahaman aku dalam bahasa inggeris itulah kelemahan diri aku. Siapa yang sudi memahami manusia yang sebegini malahan mengutuk lagi adalah.

Kelebihan seseorang manusia itu tidak berpanjangan jika sekelip mata Tuhan mahu menariknya dan tidak dijangka jika sekelip mata Tuhan memberikan kebaikkan kepada manusia yang kekurangan. Tuhan Maha Berkuasa, Tuhan Maha Mendengar dan Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang. Tuhan berilah hamba mu ini bertunjuk ke laluan yang memberikan kejayaan dan kebahagiaan.

Kawan aku ada la juga bagi cadangan belajar sama2 tapi aku tengok dia belajar pun tidak ajak aku dan nak belajar sendiri2. Aku pun takde hati dengan orang yang kedekut ilmu, nota ada tapi diam2 je taknak share. Kalau aku ada nota aku pulak sibuk nak share2 dengan diaorg. Entah la, aku rasa takpe la aku berdiri dengan kaki aku sendiri walaupun agak lambat tapi aku yakin Tuhan bersama aku.

Aku ingat lagi mak aku kata dulu "ada keajaiban wahid dapat masuk universiti, siapa sangka dpt pointer tak tinggi mcm orang lain, dapat muet band 1 tapi dah nama rezeki dapat masuk universiti". Biarkan orang nak pertikaikan apa2 pun tapi ingat ini semua kerja Tuhan kerana dia lebih mengetahui dan telah merancang semua kehidupan kita.

Sebelum aku keluar dari bilik pensyarah tu, aku rasa aku perlu minta maaf dengan dia andai aku ada 1001 kesalahan pada dia. Aku bangun dan salam tangan dia dan minta maaf dengan dia. Maaf aku itu dengan andaian aku bukan belajar yang mensia2kan apa yang dia beri ilmu di dalam kelas, maaf aku itu dengan andaian aku akan buat assignment dia lepas ni dengan lebih berhati2 dan menyempurnakan tugasan yang diberi kerana di sini dialah yang menilai dan memberi markah kepada aku.

Wahai hati tabahlah engkau walau apa2 pun yang engkau terima dan lalui. Jangan la wahai hati engkau berprasangka buruk dan berdendam kerana kelak engkau akan sakit hati tahap kronik yang perlu dibedah seperti orang yang mempunyai barah hati. Sentiasalah berfikiran positif agar hati menjadi tenang dalam menerima semua yang berlaku setiap hari.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :