engkau boleh !!

Wednesday, December 12, 2012

Menghadapi Presentation "Innovation 4G's Cutlery Fly"

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dijadualkan esok Wida akan membuat pembentangan projek berkumpulan dengan rakan Wida yang lain iaitu Min Ting, Dadia dan Fathin Farhana. InsyaAllah esok Wida akan update gambar2 projek kami. Projek kami ni diberi nama "Innovation 4G's Cutlery Fly" untuk memenuhi silibus subjek Teknologi Kitaran Semula Kayu Dan Gentian.

Memandangkan semester ni semester pendek jadi prof kami tidak mencadangkan kami untuk buat projek berkumpulan menggunakan bahan kitar semula gentian dan kayu. Untuk melengkapi waktu amali, kami diberi pilihan untuk membuat produk berasaskan bahan kitar semula.

Dalam kata lain, sebenarnya kami mereka bentuk produk iaitu 'Perangkap Lalat' digabungkan dengan unsur botol plastik dan bahan buangan yang semakin banyak digunapakai iaitu sudu plastik, garfu plastik dan chopstik. Sebenarnya banyak lagi bahan buangan lain yang kita boleh guna semula tapi kami hanya mengambil beberapa elemen sahaja untuk menghasilkan produk kami.

Harap2 esok kami dapat membentangkan dengan baik dan berkesan serta boleh diterima pakai untuk masa akan datang. Kami juga mengharapkan respon yang baik daripada classmate kami serta juri yang akan menilai projek kami nanti.

Sekian.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :