engkau boleh !!

Wednesday, December 26, 2012

Teknologi Kitaran Semula Kayu & Gentian (Inovasi)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


It's Me Nurul Wahida

Today i would like to present about the innovation from student bacelor wood science and technology, faculty of forestry. Ehem..ehem..oh my english!!! setiap kali nak buat pembentangan inilah yang paling mendebarkan Wida apabila kena b'cakap dalam bahasa inggeris. 

I am not good in english because i am not confident when i speak in english. Whatever you say and think about me it is your problem because i always happy with my life. La la la

Semester ni Wida ada ambil subjek Teknologi Kitaran Semula Kayu & Gentian. So, setelah masuk ke dalam kelas dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan Wida terpilih untuk masuk ke dalam kumpulan ke 6 daripada 7 kumpulan. Everything it's ok sebab semuanya perempuan dan  kami memberi nama kumpulan kami "4G's" dengan kata lain bermakna Four Girl. No men in my group member. 

Very easy because they are women, and we were given an assignment to create a new object as innovation and created from second-hand goods. Wida mencadangkan untuk membuat perangkap lalat dengan menggunakan botol. Selain itu, kami menggunakan barangan terpakai seperti sudu, garfu dan chopstik sebagai hiasan luaran pada botol agar ianya kelihat unik dan menarik.

Maka pada 13 Disember 2012 kami telah membuat pembentangan tentang projek berkumpulan kami. Kumpulan Wida adalah yang pertama untuk membuat pembentangan dan berharap semuanya boleh menerima projek yang kami hasilkan.

Let's go and look what we present about the innovation...


Pembentangan Kumpulan Pertama


First group presentation, memang berdebar. Wida ambil part utk jawab soalan dan dua orang kawan Wida yang lain mereka mengambil bahagian untuk membuat pembentangan dan b'cakap. Seorang lagi membantu dalam penyediaan slide. 



"Innovation 4G's Cutlery Fly"

Ok inilah dia hasil daripada group kami. Tak nampak macam perangkap lalat kan... Tapi fungsi sebenarnya adalah perangkap lalat. Lagi satu kumpulan kami menghasilkan hiasan cermin dengan menggunakan sudu plastik. Emm...kami tak dapat tahu lagi berapa markah yang dinilai oleh kumpulan kain dan pensyarah kami. Kami berharap agar mendapat markah yang setimpal dan mendapat A dalam subjek teknologi kitaran ni. Hehehe :)



Pembentangan Kumpulan Ke-2


Mereka menghasilkan barangan serbaneka daripada kain perca yang tidak digunakan lagi.
Apa yang anda lihat di dalam gambar di atas adalah barangan hasil daripada kreatif mereka sendiri. Ada sarung bantal, beg serbaguna dan lain2. 


Pembentangan Kumpulan Ke-3

Bakul dari kertas surat khabar. 

Walaupun ianya biasa kita dengar dan ada yang telah mahir dalam pembuatan bakul menggunakan surat khabar tapi uniknya di sini mereka telah membuat demo yang menarik hati kami semasa pembentangan tersebut. Ianya mudah dilakukan cuma mengambil masa untuk menghasilkan sesuatu bentuk mengikut citarasa masing2.



Pembentangan Kumpulan Ke-4

Jam Menggunakan Kayu Gentian

Salah satu hiasan daripada gentian kayu yang telah rosak atau yang telah diserang anai-anai. Jika kita kreatif pelbagai hiasan yang dapat kita lakukan dan hasilnya kadang kala kita sendiri tidak menyangka sama sekali. Proses ini tidaklah serumit mana tetapi ingat pastikan langkah keselamatan perlu diutamakan dalam setiap sudut.



Pembentangan Kumpulan Ke-5


Tempurung Kelapa & Tin Biskut 

Hanya kumpulan ini yang menghasilkan dua produk. Wida tertarik dengan produk mereka berasaskan tin iaitu untuk kegunaan BBQ. Selalunya kita mesti risau kalau nak membakar ayam, daging atau apa sahaja. Mesti nak cari tempat untuk memanggang. Kumpulan ini merekacipta alat memanggang mudah alih dan menjimatkan. Lepas ni tin biskut jangan dibuang begitu sahaja, ianya boleh digunakan di mana2 sahaja. Senang dibawa dan senang digunakan.



Pembentangan Kumpulan Ke-6


Kumpulan ini merekacipta sarung bantal daripada kain terpakai. Tidak memerlukan kos yang tinggi tetapi bergantung kepada kreativiti anda untuk menghias sarung bantal yang anda mahu. Jadi lepas ni kalau ada baju yang taknak pakai lagi boleh la dijadikan sarung bantal busyuk anda tu. Hihihi.



Pembentangan Kumpulan Ke-7

T'shirt Beg

Ok ni lagi sempoi, siapa sangka baju yang koyak pada ketiaknya boleh digantikan dengan beg plastik yang selalu kita dapat apabila kita keluar daripada mana2 mall atau pasaraya. Penyediaan sangat mudah hanya jahit dibahagian bawahnya dan kemaskan jahitan dibahagian lengan dan leher baju. Senang je nak sediakan, so lepas ni kalau nak buang pakaian tu fikir2kan la apa yang anda mampu buat dengan kreativiti anda. Buktikan diri anda mampu mengubah segala-galanya. Chaiyok2!!!





Antara Inovsi hasil daripada pelajar BSTK Fakulti Perhutanan UPM






Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Prof. Dr. Mohd Hamami Bin Sahri. 
Jasamu dikenang :)

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :