Assalammualaikum & Salam Sayang
Buat pertama kali kelas pengurusan pentas kami di Astaka Seni berdekatan dgn KOSSAS. Sebelum ni, kelas kami di Fakulti Ekonomi & Pengurusan tapi kali ni berubah angin pula. Pernah juga kawan Wida cakap "kenapa pengurusan pentas bukan dekat pentas??" emm...betul juga kata kawan Wida tu. Apa boleh buat kami hanya mengikut apa yang ada dalam jadual.
First, Wida nak kenalkan orang kuat Pengurusan Pentas Group 1 iaitu Puan Flora Ilyana Othman (berbaju biru dlm gmbr di bawah). Fasilitator yang baik, sentiasa ceria dan tersenyum. Setakat ni tak pernah la dia marah2 kami. Maybe kami belum kena marah kot dengan dia. Harap2 la Puan Flora takkan marah kami sampai bila.
Kami mendengar arahan dari Puan Flora berkaitan majlis yang akan diadakan di dewan besar UPM
Ok nak cerita sikit pasal kelas kami pada 31 Mac 2012 bersamaan hari Sabtu yang hujan renyai2. Permulaan kelas yang sangat2 seronok sebab kami bercampur dengan budak2 kelas vokal kumpulan 2. Pertemuan dengan fasilitator vokal asas yang sporting. Mula2 lagi dia suruh kami bersenam sedikit. Kemudian dia ajar kami tentang kepantasan serta cara2 berfikir secara kreatif dan kreatif.
Kami budak2 pengurusan pentas pun join juga apa yg budak2 vokal asas lakukan pagi tu. Seronok la juga. Sampaikan kami tersenyum2 semasa lakukan aktiviti yang dirancangkan. Kami semua disuruh membuat bulatan dan fasilitator vokal asas memilih seorang pelajar untuk diajar cara2 aktiviti tersebut.
Pelajar yang telah dipilih tu diminta berdiri ditengah2 bulatan dan pelajar itu akan menunjukkan jarinya pada sesiapa sahaja dan pelajar yang ditunjukkan itu harus bertanyakan satu soalan kepada yang menunjukkan dirinya. Pada permulaannya memang seronok sebab semuanya dapat mengutarakan satu soalan kepada yang berada di tengah sambil menjawab setiap soalan yang ditujukan.
Entah mcm mana, tiba2 budak tu tunjukkan jari kat Wida. Wida pun tergamam dan langsung tak keluar soalan. Aduhai!!! Jadi macam tu pula. So, kena denda la. Wida pula yang ditengah2 dan menunjukkan jari kepada sesiapa sahaja. Wah!!! Mcm dapat kuasa pula sampai tak ingat dunia menunding jari kepada semua orang. Mula2 tu ok la juga soalan2nya...
Siapa nama awak? "Nurul Wahida"
Awak berasal dari mana? "Johor"
Berapa umur awak? "25"
Tiba2 Wida tunjukkan jari pada seorang lelaki cina sebab Wida dah terpusing2 nak tunjukkan jari pada siapa.
Dimana awak beli stokin?
Hahahahahahaha ketawa satu bilik vokal asas tu. Wida pun tergelak sama sampai tertunduk2. Dah takde soalan lain agaknya nak tanya.
Stokin Wida tu memang unik sikit sbb bahagian depannya ada jari2 kaki. Wida beli kat Giant The Mines.
Wida rasa adalah 10 soalan yang Wida jawab termasuk soalan2 :
Awak ambil jurusan apa? "Bacelor Sains Teknologi Kayu", Awak fakulti mana? "Fakulti Perhutanan", Awak ambil koko apa? "Vokal Asas" (Ini memang Wida tersalah jawab. S'benarnya Wida ambil Koko Pengurusan Pentas). Apa Hobi awak? "Memancing" Hahahaha gila...(ni lagi satu Wida tersalah jawab. Entah kenapa la Wida sebut memancing walhal Wida tak suka pun benda tu).
Tiba2 lagi sekali ketawa bergema bila ada seorang budak ni tanya Wida
"Apa nama nenek awak?" Hahahahahahahaha....ketawa bergema lagi. Wida pun ketawa terbahak sambil menjawab "Rahmah".
Ada2 je diaorg ni. Last, Wida tunjukkan jari pada pelajar perempuan cina...dia tergamam dan tak tanya apa2 pada Wida.YAHOO!!! so, sekarang tempat Wida diganti dengan pelajar cina dari kelas Vokal Asas tu. Alangkah sedihnya...kami bertukar tempat. Seronok juga mengasak orang dengan pelbagai persoalan.
Inilah keadaan dalam bilik Vokal Asas di Astaka Seni. Ada 36 orang kalau tak silap Wida
Setelah beberapa minit berlalu kami dengan fasilitator vokal asas, kedatangan Puan Flora terus mengantikan tempat yang didahulukan oleh En. Sham. Mengambil kehadiran serta membuat perbincangan bersama Puan Flora berkaitan majlis yang perlu kumpulan kami laksanakan. Adalah dalam 30minit perbincangan diteruskan dengan lancar. Pembahagian tugas juga sudah dibahagi2kan kepada setiap pelajar.
9 comments:
Assalamualaikum kak Wida. Saya pelajar baru Upm dan saya berminat nak masuk koko Pengurusan Pentas ni. Boleh tak nak tahu apa akiviti yang diorg buat? Aktif tak koko ni? Scale 1 to 10, agak bagi berapa? Terima kasih :D
Assalamualaikum kak Wida. Saya pelajar baru Upm dan saya berminat nak masuk koko Pengurusan Pentas ni. Boleh tak nak tahu apa akiviti yang diorg buat? Aktif tak koko ni? Scale 1 to 10, agak bagi berapa? Terima kasih :D
A'kum kak Wida. Saya student baru Upm. Saya berminat dengan koko Pengurusan Pentas ni. Apa eh aktiviti yang koko under pengurusan pentas ni buat? From scale 1 to 10, akak bagi berapa? Terima kasih :D
A'kum kak Wida. Saya student baru Upm. Saya berminat dengan koko Pengurusan Pentas ni. Apa eh aktiviti yang koko under pengurusan pentas ni buat? From scale 1 to 10, akak bagi berapa? Terima kasih :D
A'kum kak Wida. Saya student baru Upm. Saya berminat dengan koko Pengurusan Pentas ni. Apa eh aktiviti yang koko under pengurusan pentas ni buat? From scale 1 to 10, akak bagi berapa? Terima kasih :D
A'kum kak Wida. Saya student baru Upm. Saya berminat dengan koko Pengurusan Pentas ni. Apa eh aktiviti yang koko under pengurusan pentas ni buat? From scale 1 to 10, akak bagi berapa? Terima kasih :D
Wslm hai..tahniah dan Selamat Datang ke UPM.
Koko ni aktif. Pensyarah akan mengajar ttg p'gurusan pentas, cara bkomunikasi dgn bkesan, tata cara p'bahagian tugas smsa upacara dlm dwn smada event bsr @ kecil & mcm2 lagi la. skala 8 - 10.
Mekasih ats prkongsian kak wida :) sy pun bkl mngmbil pngurusn pnts.student batch 15/16
Ain Syakirah :) hai...sama2. ala just share story je. Join la pengurusan pentas tu best sgt... maybe kita blh jumpa d UPM 1 hr nanti
Post a Comment