engkau boleh !!

Monday, April 23, 2012

Utk sahabat yg suka rambut panjang

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia
Masa : 3.10 Pagi Selasa
Tempat : Bilik L3-301

Wida bersengkang mata sekarang ni sebab Wida nak siapkan assignment BBI yg lecturer. Entah kenapa banyak sgt tugasan sejak akhir2 ini sampaikan tak tahu mana satu nak buat. Class pula sentiasa ada dan bertambah2 pula sampaikan buat kelas pada waktu malam. Begitu juga, kuiz dan amali yang sentiasa ada di fakulti perhutanan. Nak buat macam mana dah Wida ni bergelar mahasiswi so, wajib la buat semua tu. Bukan nak mengeluh tetapi rasa macam sudah bekerja pula. Ok, sebenarnya Wida nak tulis sikit berkaitan dengan tajuk kat atas tu.

Sahabat Wida tanya bila nak update pasal rambut lagi. Well, masa membataskan segala-galanya. Lagipun Wida tulis di blog ni bila Wida rasa ada masa lapang. Sejak kami bertukar no telefon, sahabat Wida ni selalu tanya pelbagai soalan pasal rambut Wida yg panjang. Wida rasa x ada apa2 petua atau rahsia yang Wida amalkan bila berambut panjang ni.

Penjagaan pun seperti biasa, takde la sebulan tu sampai guna 1 botol shamfu. Wida rasa shamfu yg Wida beli dari Wida masuk UPM bulan 9 2011 tu tak habis2 sampai skrg Wida semester dua. Pelik juga, bukannya tak guna. Tapi entah kena shamfu Wida tak reti nak habis. Hahaha Wida reti jimat kot. Entah la.

Penjagaan pun mcm biasa, tiap hari Wida sikat. Kadang kala kusut juga mcm kehidupan kita seharian. Tp mcm biasa kalau kita dapat leraikannya rambut akan kelihatan seperti biasa, lurus dan licin. Wida memang tiap hari akan siput rambut Wida. Wida dah tak pakai lagi ikat rambut. So, jimat duit nak beli ikat rambut tu.

Sebenarnya sebelum rambut Wida panjang seperti sekarang ni, Wida ada dengar orang2 kata kalau ada bulu mata gugur jangan buang. Letak kat atas rambut kita. Katanya nanti rambut akan panjang. So, Wida try la buat bila ada bulu mata gugur Wida akan selitkan kat celah2 helaian rambut. Wida pun tak perasan sangat masa bila yang rambut Wida tu panjang. Tau2 je dah lepas pinggang.

Wida dulu impikan agar dapat seorang suami yang suka membelai rambut seorang isteri. Wida ni kalau dibelai rambut mudah tertidur. Mak Wida la selalu yang suka belaikan rambut Wida. Kalau Wida balik dari tempat belajar di asrama dulu, mesti baring sebelah mak dan suruh mak belaikan rambut sampai la Wida tertidur. Wida saja nak manja2 dengan mak sebab Wida tak tahu nak minta manja dengan mak mcm mana. So, dengan cara itu la, Wida akan rapat dengan mak Wida.

Mak pun ada pesan suruh Wida cari suami yang suka belaikan rambut Wida supaya Wida mudah tertidur. Buat masa ni, kalau Wida kat asrama memang kena pintal2 rambut sendiri sebelum tidur. Bukannya tak boleh tidur tp dah mcm kebiasaan bila nak tidur kena pintal2 rambut. Lepas tu, confirm akan terlena sendiri tak tau bila masa Wida terlena. Tahu2 je dah subuh.

Mak Wida ni kalau boleh nak menantu orang Johor je. Bukan apa, mak kata nanti senang nak balik kampung memandangkan kami ni bukan la keluarga yg mewah utk membelanjakan wang yg banyak semata-mata nak balik ke kampung. Cukuplah dulu Wida belajar di Sabah, banyak kena pakai duit untuk bayar duit tampang Wida.

Mak, Wida faham apa yang mak mahukan dari Wida. Wida pun kalau boleh mahu tunaikan harapan mak sebab mak la satu2nya emak yang Wida ada dan Wida sayang emak sangat2. Wida sekarang sedang berusaha untuk kearah mencapai impian mak yang mahu Wida berjaya dalam pelajaran dan memperoleh kejayaan untuk menjadi seorang pendidik walaupun umur Wida dah 25tahun. Wida buat semua ini untuk mak sebab Wida sayang sangat2 kat mak. 

Wida pun tak pernah mengeluh kalau mak minta itu ini. Moga ada hikmah dikemudian hari disebalik apa yang berlaku ketika ini. Wida tak potong rambut ni pun sebab atas permintaan mak yang mahu Wida potong rambut selepas berkahwin. Walaupun Wida tak tahu waktu itu bila tibanya tapi Wida pasti masa itu akan tiba jua satu hari nanti.

Emm...jam hampir menunjukkan pukul 4 pagi. Wida perlu rehat sebentar memandangkan tadi Wida pergi ke Port Dickson untuk menjalankan amali subjek dendrologi 1 di Pulau Burung, Pantai Cahaya dan Hutan Lipur Pasir Panjang, Port Dickson. Esok Wida akan hadir amali subjek anatomi pula di fakulti perhutanan. Menjalankan amali kumpulan untuk mendapatkan anatomi kayu. Selamat berehat...

Salam Sayang
Sayangku Wida [0.0]

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :