Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia
17 April 2012 bersamaan hari Isnin. Full class from
8.00-10.00 = Dendrologi 1
10.00-12.00 = Anatomi Dan Serat Kayu
12.00-2.00 = makan dan solat
2.00-5.00 = Amali Dendrologi 1
5.00-7.00 = Hubungan Etnik
Sebenarnya bukan itu yang Wida nak cerita. Berbalik pada tajuk di atas, kejadian berlaku di Cafe Fakulti Perhutanan. Masa tu Wida balik dr SS stand for Sri Serdang (Old Flet). Wida terus menuju ke cafe utk makan tengahari. Sementara tunggu lauk pauk sampai, Wida sempat la pesan air. Dr jauh Wida dah nampak pekerja cafe membawa makanan tengahari. "Hai adik kecil..." Wida tegur adik kecil tu yg umur lingkungan 2 thn. Garang adik tu...sambil menjeling ke arah Wida. "Patut la lambat makanan sampai ada budak kecil ikut" kata kakak yg jual kat cafe tu. Pada Wida maybe anak dia atau anak majikan dia.
Sambil budak kecil tu berjalan nak mengekori bapa dia. Dia asyik tengok Wida macam tak puas. Wida senyum je la kat adik tu sambil perhatikan dia.
"Ouch!!!! Haaaa...kan dah terlanggar tiang. Kenapa jalan tgk kakak, patutnya tengok depan" Wida bgtau adik kecil tu.
Terlanggar tiang la pulak, kesian betul. Dia tak perasan ada tiang. Nasib dia terlanggar tu bukan kena dekat dahi. Tapi kena dekat pipi dia sebelah kiri sbb time tu dia pandang Wida yang ada kat sebelah kanan dia. Tergelak la sekejap. Nasib juga dia tak menangis. Dia diam dan tenung tiang yang dia langgar masa tu. Bapa budak kecil tu pula yg pukul tiang tu tanda marah kat tiang sbb tiang tu la anak dia terlanggar. Hahahaha ada-ada je bapa budak tu...
No comments:
Post a Comment