engkau boleh !!

Thursday, April 5, 2012

Salam Perkenalan Dari Budak Fakulti Perhutanan

Hari ni dua orang yang Wida dapat berkenalan. Satu namanya Hazirah Fakulti Alam Sekitar tahun akhir dan kedua Imah dari P4 Kolej 16.

Hazirah ni Wida kenal masa dalam KTM dari Serdang. Dia duduk sebelah Wida masa tu so sempat berbual-bual. Bercerita pasal KTM 6 Coach yg baru lagi selesa. Katanya dia dah lama tak naik KTM sebab dia ada kereta. Tak sangka KTM dah baru. Dia nak ke Mid Valley jumpa kakak angkat dia. Kami berakhir di stesen Bandar Tasik Selatan kerana Wida nak beli tiket kat Terminal Bersepadu Selatan untuk pulang cuti semester. Sempat bersalaman.


 

Imah pula Wida kenal dalam bas ketika nak balik ke Kolej Serumpun. Dia sama kolej dengan Wida tapi dia blok lain. P4 yang mempunyai 2 orang penghuni di dalam bilik berbeza dgn L3 dimana 4orang di dalam 1 bilik. Imah ni Fakulti apa entah...lupa pulak. Manis je senyumannya. "Awak nak pergi mana?" itulah soalan Imah yang memulakan perbualan kami ketika duduk bersebelahan di dalam bas. Sempat berbual pasal lesen kereta. Satu pengalaman baru hari ini.


 

Terpaksa membiarkan KTM lepas begitu sahaja tanpa sempat naik sebab orang dah bersesak nak masuk KTM yg sempit tu. Adoi!!! Ada pulak yg tersepit sebab nak meloloskan dirinya juga ke dalam ktm time tu. Maklum la petang orang balik dari kerja so terpaksa la bersesak-sesak. Tapi Wida tak mampu. Hanya mampu memandang sahaja gelagat manusia nak naik ktm.


 

Esok test 3 perkara. Aduhai kepala dah berserabut nak fikir semua benda. Harapan agar dapat menyelesaikan test and quiz tomorrow agar dapat bercuti selama seminggu dengan tenang. Sabar la wahai hati, badan and kepala otak. Bersyukur ke atas Allah s.w.t kerana setiap pemberiannya. Amin

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :