engkau boleh !!

Friday, August 19, 2011

Seminar Gerak Usahawan Siswa 2010

Apabila terpandangkan Banner Seminar Gerak Usahawan Siswa ini Wida rasa mcm nak join je program ni. Penat tu mmg ada sbb setiap minggu Wida tak rehat tp ilmu dr program yg diadakan kalau boleh Wida nak ambil, tak semua boleh kutip kat tepi jalan kan. Huhuhu...

Kata kawan2 Wida program tu utk hanya org t'pilih shj dan wajib utk pelajar Sem 1. Hurmm =( mula2 sedih la jugak tak dpt nak join. Puas cari jalan mcm mana nak join program ni. Pagi tu pergi class mcm biasa la tiba2 kawan satu class Wida ckp kami pelajar Integrasi diwajibkan utk pergi program ni. Yahoo!!! I like sangat2. Memang Wida takkan lepaskan program mcm ni.

Selain dari m'manfaatkan hujung minggu drpd t'luang tiada buat apa2 di bilik, Wida dpt juga serba sedikit ilmu tentang keusahawanan dan yang paling bestnya program ni salah satu dr anjuran Johor Corporation dan penaja KFC Holdings. Best mmg best sangat2. Wida sbg org Johor kalau tak dapat ilmu dr org Johor jugak b'makna Wida rugi la.

Program yg dijalankan selama 2 hari b'mula dari hari Jumaat 9hb Julai 2010 pada pukul 1.45 ptg. dan b'akhir pada pukul 5.00 ptg. B'sambung semula pada keesokkan harinya 10hb julai dari pukul 7.00 pg hingga pukul 5.00 petang.


Seminar Gerak Usahawan Siswa 2010 Peringkat Politeknik Kota Kinabalu
Tarikh : 9-10 Julai 2010
Tempat : Dewan Rafflesia PKK


Anjuran : Politeknik Kota Kinabalu, Johor Corporatiaon & Biro Korporat,
Dewan Perdagangan Islam Malaysia
Penaja : KFC Holdings (Malaysia) Berhad & Sindora Berhad
Diuruskan : IPPJ Sdn Bhd

Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ)

Institusi Pembangunan Pengurusan Johor ditubuhkan pada tarikh 1 Januari 1990 dan merupakan sebuah anak Syarikat Kumpulan Johor Corporatian. Institusi ini mengendalikan program untuk pelatih pengurusan dan kakitangan. IPPJ juga bertanggungjawab sebagai tempat latihan bagi usahawan pada masa depan.

IPPJ telah dimasukkan sebagai anak syarikat di dalam Kumpulan Johor Corporation pada tarikh 1 Julai 1993. IPPJ menawarkan program latihan untuk program2 yang meliputi pengurusan, usahawan, pembangunan pelajar, kursus bahasa dan program teknikal.

Ok2 i tau you all penat nak baca tp i nak you all baca lagi tp rehat dulu b'sama kit kat kt bawah ni. Huhuhu saya sendiri la ni...

Smile Always =)

Keusahawanan merupakan suatu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. anjakan minda perlu dilakukan dalam kalangan pelajar khasnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya.

Tujuan IPPJ adalah :

* Untuk menyediakan asas pengetahuan kepada komuniti dalam bidang keusahawanan.
* Untuk menghasilkan pengurus, eksekutif dan kakitangan yang berkualiti.
* Untuk mengembangkan dan menggalakkan kerjasama antara usahawan dan eksekutif dalam sektor swasta dan awam.
* Untuk mengumpul dan menyampaikan maklumat untuk usahawan dan eksekutif.



Sebagai salah satu agenda ke arah mencapai Misi Nasional 2006-2010, IPPJ Sdn. Bhd. dengan kerjasama Politeknik Kota Kinabalu menganjurkan Seminar Gerak Usahawan Siswa 2010
" KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN ".
Objektif seminar ini adalah untuk :

= ) Memupuk budaya dan pemikiran bisnes di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan menceburi bidang keusahawanan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

=) Memberi penjelasan berkaitan potensi bisnes yang boleh diceburi termasuk Bisnes Halal.

=) Menyediakan platform kepada pelajar untuk meneroka peluang bisnes melalui sesi perkongsian pengalaman dengan usahawan berjaya.

Dari kanan : Wida - Hazlin - Norjana - Suriati

Antara Tentatif Program
9hb Julai 2010 (Jumaat)

Pembentangan Kertas Kerja
Tajuk : Jihad Bisnes Pemangkin Ekonomi Ummah
Oleh : YBhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
Presiden Dan Ketua Eksekutif Johor Corporatian
www.businessjihad.com

10hb Julai 2010 (Sabtu)
Kertas 1
Tajuk : Penguasaan Bisnes Strategik dan Kepentingan Bisnes Sebagai Kerjaya Pilihan
Oleh : YBhg. Tuan Haji Jamaludin Md Ali
Pengarah Urusan QSR Brands Berhad / KFC Holdings (Malaysia) Berhad

Kertas 2
Tajuk : Perkongsian Pengalaman : Keusahawanan Kerjaya Pilihan
Oleh : YBhg. Tn. Hj. Muhammad Sahar Mat Din
Pengarah Urusan Bulatan Mekar Sdn Bhd
Ybhg. Tn. Hj. Abd Mukti Syaubari
Pengurus Sinar Mustika

Kertas 3
Tajuk : Peluang-peluang Menjadi Usahawan Yang Berjaya Melalui Program Siswa Bestari
Oleh : YBhg. Prof. Dr. Mohamed Hashim Mohd Kamil
Pengurus Besar / Asoc. Prof.
KFC Holdings (Malaysia) Berhad

Kertas 4
Tajuk : Pengenalan Catur Bistari
Oleh : YBhg. Pn noor Ruzilawati Ruddin
Pengurus Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd
Masih semangat dan mampu tersenyum walaupun pada waktu petang.
Kenapa t'senyum sbb tengahari tu kami diberikan makanan yg enak sangat dari Ayamas.


Roommate saya Suriati pun masih tersenyum juga.

Kenangan...Peace !!!

With my Classmate Hazlin


Pelajar Kej. Mekanikal, Perdagangan dan Hospitaliti

S'belum pulang pelajar diberikan minum petang dan sedikit kuih muih. Memang gembira sangat la dapat ilmu mcm ni.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :