engkau boleh !!

Monday, August 1, 2011

Go Back To Johor After Convocation PKK

Assalammualaikum & Salam Sayang

Akhirnya setelah beberapa hari menetap di Kota Kinabalu sampai masa juga kami bertiga akan berangkat pulang ke semenanjung selepas menghadiri majlis konvokesyen Wida.
Best dapat duduk tepi tingkap.



Penerbangan Air Asia AK 5469 dari Kota Kinabalu International Airport menuju ke Senai International Airport, Johor Bahru.



Ini baru satu troli, ada 1 troli lagi tapi dah masuk dalam kargo. Hanya beberapa beg sahaja yang dibenarkan untuk bawa ke dalam kapal terbang.



Gambar kenangan bersama Cik Liza yang duduk kat Tuaran. Kami tidur rumah Cik Liza untuk beberapa malam selepas majlis konvo.



Qayyum yang pakai t'shirt pink tu nak ikut kitaorg balik Johor, siap dia pack baju2 dia lagi masukkan dalam beg kitaorg. Betul2 dia simpan baju dia dalam beg kami. Lucu sangat, tapi kesian juga la sebab dia beria2 sangat nak ikut kami. Sampai dia kata sanggup tukar sekolah. Kami ingat dia main2 rupanya betul2 sampai kami tak sampai hati.



Family Cik Liza dan Cik Awie dengan anaknya 5 orang, ada baby Wazif yang baru berusia beberapa bulan saja...baru lps habis pantang. Cik Awie terpaksa dukung Qayyum untuk memudahkan Qayyum masuk dalam kereta dan tak dpt nak kejar kami. Sedih sangat tengok Qayyum time ni.






Ok tiket kami dah ada dan sekarang tibalah masanya kami berpisah dan inilah kali terakhir Wida pergi ke Sabah. Lepas ni tak tau bila lagi dapat datang sini. Yang paling seronok tentulah makcik saya Puan Azizah Ramli kerana ini pertama kali dia naik kapal terbang dan pergi jauh ke Sabah.



Ok kami dah lepas kastam dan kami sedang menunggu utk bording. Sempat la snap beberapa gambar sebelum nak beratur ke pintu keluar. Teringat kat Qayyum yang hanya melambai2 dari luar tadi.



Made In Sabah. Dalam kedai tu terdapat pelbagai cenderahati yang boleh dibawa pulang sebagai ole2 utk kawan2. Harga tak sure la mahal ke tak.



Ini pun salah satu kedai yang boleh beli pelbagai benda.



Ok masih menanti lagi penggumuman dan tak ada sesiapa lagi yang beratur. Kami duduk2 dulu.




Ok dah nampak penerbangan kami. Kami terpaksa berjalan jauh sebab kapal tu saja nak parking jauh. Kebetulan penerbangan pada hari tu memang banyak sangat yang dijadualkan. Kebetulan ada kapal yang mengalami kerosakkan, jadi penumpang terpaksa keluar semula dari kapal terbang. 



Bila dah masuk dalam perut kapal terbang macam biasa, benda alah ni la yang Wida selalu tengok tapi tak beli pun. 



Benda ni memang kena baca dan lihat setelah tali pinggang dipasang.




Gambar ni sebelum penggumaman dibuat, kalau dalam kapal memang semua alat elektronik harus dimatikan. Memandangkan Wida guna kamera handphone sebelum dimatikan sempat lagi posing2.



Mak pilih untuk duduk di bahagian tepi dan makcik duduk di tengah2. Katanya takut. Mula dah nak naik tu makcik kata sakit dan gatal telinga sebab berdengung telinga katanya. 



Ok setakat ini sahaja buat masa ni. Wida dah ngantuk sebab penat berjalan tak habis lagi. Memandangkan penerbangan kami pada waktu petang dan akan mendarat di Senai pada waktu malam, kami bertiga lena memejamkan mata. Berehat...Continue :) 

Rindu kenangan di SABAH

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :