engkau boleh !!

Sunday, July 31, 2011

Pasar Besar Kota Kinabalu

Hari ini mari ikut Wida, kita belajar tentang apa yang ada dipasar. Sesuai untuk tukang masak yang sentiasa duduknya di dapur. Pengalaman Wida semasa berada di Pasar Basah Kota Kinabalu Sabah. Bersebelahan dengan Pasar Filipine. Dibuka pada waktu petang jam5 dan berakhir pada waktu malam. Selagi tak habis jual mereka tak balik. 

Jom tgk gambar2 kat bawah ni...ada yg pelik2 akan kamu lihat. Selamat menonton =)


Ikan bilis dah siap buang tahinya



Ini cili merah...sikit pun dah pedas ooo...berasap la kalau makan.
Tengok mcm gula2 warna merah pulak. Ini dah siap dibersihkan tangkainya.


Emm...ini dah b'campur aduk ni. Yg ikat2 tu kayu manis. Yg panjang2 tu belacan, mcm bungkusan sagu la pulak Wida tgk. Kreatif la mereka ni. Selalunya asal nama belacan je nak di bulat2kan dan dileperkan mcm penutup mangkuk. Betul tak???


Pemandangan sekitar pasar basah di sebelah Pasar Filipine



Rutin harian Makcik ini di pasar KK. Susun sayur, pilih sayur, jual sayur



Kalau tak kenal ini buah apa memang kena masuk tadika semula la. Kalau cikgu soal masa tadika dulu mesti huruf E tu utk EPAL. Macam dah takde benda lain kan. 



Mangga oh mangga. Setumpuk RM5 dan RM10. Lihat kenapa ianya berbeza harga walaupun warnanya sama. Hihihi lihat betul2...jawapannya adalah k'panjangan buat tersebut. Yg mahal tu bulat2 buahnya tapi isinya banyak sbb itu mahal sedikit. Yg murah tu sbb panjang2 maka isinya sikit. 


Makanan laut. Tidak saya tau ni apa namanya???



Dalam bakul yg warna kuning2 tu namanya Rumpai Laut tp nama saintifiknya Wida tak tahu. 


Agak2 ni apa??? Cari sendiri jawapannya. Hihihi selamat mencari.
Orang Sabah tolong bah aku ni, apa nama yang di dalam piring tu????


Cengkerang pun diaorg jual. Unikkan benda tu. Kalau ada yg suka beli. Ada yg suka tengok je.


Ini tak tahu apa namanya. Tanya orang Sabah la ya. Tak pun boleh pergi sendiri di pasar KK dan tanya dengan penjual tu. Wida tak sempat nak tanya.


Jualan utk si penjual m'cari makan. Kat belakang tu ada warna hijau2 dlm pinggan namanya Rumpai Laut tp warna hijau. Pelik2 la makanan di sana ni.


Buah Avokado. Selama hidup tak pernah makan dan rasa. Nanti la satu masa kalau dpt nak jugak rasa.


Besar buah avokado ni sebesar tapak tangan mak saya.


Udang kering. Siap buang kulit lagi tu. Mahal la juga harganya sbb dah kupas kulitnya. Bagus utk tukang masak yg nak cepatkan masa utk memasak. Lagi satu puas la udang ni sbb besar.


Ini Wida tak tahu apa benda yg dia keringkan. Kena tanya orang Sabah la. Mestilah ini makanan sbb dia jual kat pasar. Kat pasar apa lagi kalau bukan makanan selain pakaian dan kasut2. 


Gadis penjual ikan. Punya la lawa kakak ni siap b'pakaian mcm nak pergi jalan2 tapi menjual ikan pula di pasar basah. Tak berkelip mata Wida tengok dia. Cumil =)


Gadis pemotong ikan. Yg ini pulak kakak dia kot. Tengok la ikan yg dia jual tu besar2 isi ikannya. Dia je penjual perempuan yg pegang pisau potong ikan. Sekali dia libas pisau tu ikan mua semua terbelah. Hihihi mestilah terbelah sbb pisau dia tajam.



Tengok dia punya la sopan m'yusun ikan tak habis2. Buat tarik perhatian orang yg lalu lalang je. 


Makcik ni pun busy menyusun ikan jualannya. Semua ikan merah smpi mata Wida ni pun dah bertukar merah jadinya.



Apron pakai surat khabar pun ok apa...janji boleh!!! mcm2 ragam yg Wida tgk kat sini.


Isi Ikan Tuna. Besar ni saiznya. Tengok la yg dekat sebelah loyang timbang ikan tu. Sebesar loyang tu kan panjangnya. Memang sedap la makan ikan ni. Fresh lagi tu...


Tengok ikan merah lagi. Molek je dia susun tak jatuh pun. Maklum la hari2 dah buat so pakar la tu.


Skill memotong ikan. Macam2 gaya ada yg Wida tengok bila diaorg nak potong ikan2 tu. Besar tau ikan tu. Harga pun boleh tahan jugak. Kalau buat kenduri 1 kg pun boleh. Confirm cukup buat lauk.


Haaa...tu dia badan dah tak ada yang tinggal hanya kepala dan ekor. Itu pun kadang2 jadi rebutan org 


Sotong!!! banyak betul sotong. Mcm2 sotong ada. Sotong yg panjang, yang pendek, yang besar, yang kecil pokoknya semua jenis sotong la ada. Selalunya kalau mereka jual tak habis mereka akan bakar pada waktu malam ataupun mereka akan jemur sotong2 tu jadi sotong kering. Sedapkan makan sotong. Peminat sotong2, kalau nak puas makan makanan laut datang la ke Sabah.




Itu dia....ikan dan si penjual ikan. Punya besar ikan tu penuh satu meja penjual. Tak berani nak tengok ikan mcm tu, entah berapa lama la ikan tu dah hidup. Ikan2 ni semuanya fresh baru naikkan dari laut. Tengok pakcik tu potong ikan atas papan pemotong, punya la besar sampai tak muat.


Ikan pari. Besar sebenarnya ikan pari ni cuma Wida tak ambil gmbr dari jarak dekat.
Ikan pari kalau dibakar sedap jugak kan. Lepas tu cecah dgn sambal yg sedap wowww!!! sedapnya.


Haaa...kat sini lain pulak. Ada ikan yg warna biru2. Entah apa nama ikan tu. Yg berbintik2 hitam pun ada jugak. Yg hitam terus pun ada jugak tu. Ni ikan campur2. Kalau dibakar ni aduh...sedapnya nyum2 


Siapa pandai cuba teka ini ikan apa? Ekornya warna kuning2...
Kalau dah tau bagitahu saya ok jawapannya. Maybe kalau siapa yg belajar ttg ikan2 ni dia dpt la jawapannya.


See...ikan lagi. Hari ni rasa mcm belajar ttg nama2 ikan dah spesis2 yg sekutu dgn nya di dlm laut. Kat Sabah ni la Wida nampak semua ikan2 yang tak pernah Wida lihat. Unik kat Sabah ni.


Ini pula kat bahagian sayur2an. Mcm2 ada, cari sajalah mesti jumpa punya.


Lada dia merah2 lagi. Kacang buncis pun cantik je warnanya. Sedap tu buat lauk masak sayur2.


Nampak tak apa yg Wida cuba fokus kan dlm gambar ni. Emm...tgk betul2 ada benda kuning duduk atas bangunan tu. Ala jgn takut itu moskot DiGi la. Mana2 dia ada so sesuai la dgn trade mark mereka.   Tak dinafikan memang line DiGi kat sabah tersangat la bagus sbb itulah ramai yg guna DiGi kat sana.


Tembikai merah. Sedapnya...bila rasa lagi sedap. Manis betul la...baru petik dari ladang terus dibawa ke pasar KK. Tengok betul2 kalau kamu semua perasan...org keliru nak beli buah ni sbb tanda harga yg dia letak tersangat la mudah utk org memahaminya hekhekhek nak ketawa Wida time tu.


Inilah hasilnya penuh satu but belakang kereta mamak ku. Semua sudah diborong habis. Ikan la, sayur la, macam2 lagi. Tambah pulak dengan beg kami di belakang itu. Sangat penuh.


Tapi kami pandai kan, sikit pun tak nampak kalau dari belakang. Ni kereta mamak ku. 
Orang Kota Belud dia ni. Bangsa bajau. Dia ada perniagaan Restoran Rasa Sayang kat depan rumahnya. Kalau free nak rasa masakkan di sana boleh la datang.  

Kalau perasan kat dlm ni banyak saya sebut perkataan Besar. Jgn fikir yg bukan2 ok fikir positif je ttg apa yang Wida katakan. Hehehehe...peace!!!

Friday, July 29, 2011

Saat-saat Melangkah Ke Dewan Rafflesia

Dari s'awal jam 6.45pg para graduan telah mula b'kumpul disebelah bangunan dewan iaitu b'hadapan dengan padang Politeknik Kota Kinabalu. Dengan b'pandukan petunjuk yg ditampal di bahagian tepi dewan m'gikut kelas dan jabatan masing2 para graduan b'baris dan menerima kad serta kertas yg tertulis nama para graduan yg hadir.

Kami graduan dr kelas teknologi berasaskan kayu merupakan barisan yg t'akhir masuk ke dalam dewan kerana kami adalah barisan graduan yg pertama sekali akan naik ke pentas bagi m'nerima sijil diploma yg disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Datuk R.M. Jasni iaitu isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin.

M'nunggu kedatangan VVIP dan tetamu kehormat serta ibubapa yg hadir m'gambil tempat duduk di dalam dewan, kami yang berada diluar dewan m'manfaatkan masa b'tanya khabar dan m'rakam gambar kenangan b'sama rakan2 sekelas dan sahabat handai. Kesemua graduan kelihatan gembira dan sentiasa m'lemparkan senyuman.

Apabila lama m'nunggu giliran mcm2 boleh b'laku. Inilah antara yg kami sempat rakam, kasut pun kasut la. Bukan selalu pun kami b'sepatu penuh seperti ini apabila pergi ke kelas. Tak perlu tanya lagi siapa pemilik kasut sbb dah ada nama. Wakakaka sori geng...kasut cantik bah!!!

Jubi - Polina - Shem - Natra
Friendship forever and ever. Kak Wida harap p'sahabatan kamu b'kekalan hingga akhir hayat. Kamu semua m'rasai susah dan senang bersama dari semester 1 hingga semester 6.
Smart mcm lawyer hehehe (@_@)
Kenangan dan p'temuan t'akhir. Lps ni masing2 pilih haluan kemana arah yg hendak dituju. Percayalah bidang p'kayuan ini ada jalan p'kerjaan yg m'nanti kita diluar sana. Hanya kita sahaja yg perasan dan m'gambil peluang itu. Pihak kementerian m'adakan kursus teknologi berasaskan kayu itu ada sebabnya kenapa dan m'gapa, mereka lebih m'getahui ianya adalah sesuatu yg begitu b'manfaat utk masa depan

Graduan Diploma Teknologi Berasaskan Kayu

Graduan Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
Kami sempat m'rakamkan gambar b'sama2. Majoriti semua bdk2 class DBK hadir pd majlis konvokesyen. Tahniah pd kamu semua.
Semua org Sabah, aku je s'orang yg s'menanjung. Diaorg ni pelbagai bangsa ada melayu sabah, kadazan dusun, dusun dan mcm2 lagi la.

Ladies Only =)

Cerita pasal kaki ni, pagi2 lagi kaki aku tiba2 b'darah. Aduh!!! apa lagi kalau bukan melecet. Sakitnya m'nahankan luka melecet tu. Kasut baru biasalah kan. Aku minta first aid pada pensyarah b'tugas. Dia pun pelik bila aku cakap aku alami luka b'darah. Nama je first aid tp handplast satu pun tak ada. Aduhai kenapa la mcm tu, entah apa2 ubat je kat dalam tu.

Disebabkan tak ada handplast pandai2 la aku m'gayakan apa2 yg ada dlm tu. Aku ambil kapas bersihkan darah guna ubat dettol, pedih mmg la pedih tapi b'tahan je la. Ada Kak Eda dan Ning bantu aku, diaorg tolong cover2 kan supaya tak nampak orang lain.

Nasib la dapat kurangkan sakit disebabkan melecet tu. Orang ada kata kalau nak pakai kasut baru kena gigit kasut tu dulu sebelum pakai. Aku pun ada minta tolong adik kawan aku yg belajar kat pkk tu carikan handplast tp bila dah ada tu tak sempat pulak nak guna.

Rasdianah dan Shemiah...
S'moga b'jaya dalam bidang yg diceburi. Masing2 m'megang pingat Anugerah Ketua Jabatan. Tahniah!!!

Smile =)
Last kita semua b'temu di Negeri Bawah Bayu. S'moga p'sahabatan yg dibina kekal selamanya. Aku akan merindui kamu semua sbb kamu pernah menjadi rakan sekelas aku di DBK.

Dr Kiri :
Natra Joseph Stalin - Christian Ian Yap - Gild - Nurul Wahida Sarbani - Hasnah Jailani
'Ian mcm lawyer plak, pakai songkok lagi. Ketawa besar hahahaha =) '.
Semuanya tinggal kenangan apabila b'sama kereka di sana.

Pelajar DBK m'nunggu giliran s'belum kami melangkah masuk ke dalam dewan.
Dr kiri : Cafferil - Christian Ian - Shemiah - Julaidah - Encik Nik Farizan Bin Nik Lah - Hasnah - Norjana - Rasdianah - Kak Eda - Wahida - Angah - Ning

Well, ini last rasanya aku pergi Sabah. Lepas ni tak tahu lagi bila dapat jejakkan kaki di Sabah. Tiada apa2 urusan di sana. Semuanya hanya tinggal kenangan. Waktu inilah kali terakhir aku m'nyanyikan lagu Negeri Sabah, lagu Politeknik Malaysia dan Lagu Politeknik Kota Kinabalu.
Aku dedikasikan lagu ini utk semua pelajar Politeknik Seluruh Malaysia.

POLITEKNIK MALAYSIA

Politeknik Adalah Warisan Kita
Membekal Tenaga Bidang Teknikal
Bersama Membina Kemajuan Negara
Malaysiaku Tercinta

Akhlak Mulia Asas Jaya
Itulah Amalan Hidup Kita
Di Mana Sahaja Politeknik Berada
Harapan Tetap Sama

Politeknik Ku Sanjung Jasa-jasamu
Mencipta Lembaran Sejarah
Harapan Impian Kan Menjadi Nyata
Cekal, Takwa, Usaha
Penentu Arah

Maju Politeknik Ayuh Maju
Semangatmu Merestui Perjuanganku
Teknologi Teras Pembangunan Negara
Politeknik Malaysia

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :