Pada 12 April 2011 Wida sekeluarga sepatutnya 6 org terbang ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu utk m'hadiri majlis konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu tetapi kerana tarikh konvokesyen t'sebut dipindahkan kepada 19-20 Julai 2011 maka kunjungan Wida ke Sabah kali ini hanyalah melancong semata-mata bersama keluarga. Disaat-saat akhir pula abah, kakak dan adik lelaki Wida tidak dapat m'ikuti kerana b'kerja pada tarikh t'sebut dan tidak dapat ambil cuti. Maka Wida, adik perempuan serta emak sahaja yg terbang ke Sabah pd pukul 5 petang.
Sebenarnya Wida sudah beli tiket balik ke Johor iaitu pd 19 April tp t'miss kapal terbang jd Wida stay lagi di Sabah hingga 22 April sbb time tu je ada tiket murah itupun tak murah sgt RM190 s'orang. Adik Wida dah balik pd hari sabtu bersama sepupu yg honeymoon di Sabah maka tinggal la Wida sama emak Wida yg belum balik. Jika dah t'lepas flight tidak dapat buat apa2 lah. Mungkin ada hikmahnya cuma kita sahaja kadang kala tidak perasan akan hikmah yg t'sembunyi.
Wida dgn emak b'kesempatan utk b'kunjung ke rumah mama angkat Wida di Kampung Bobot Kota Belud. Wida kenal mama angkat Wida ni semasa Wida m'gikuti program anak angkat anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kamsis Politeknik Kota Kinabalu. S'belum ini Wida hanya b'cerita sahaja ttg mama angkat Wida kepada emak. Kali ini emak dapat b'kunjung ke rumah beliau di Kota Belud. Kami sempat b'malam di sana hanya s'malam sahaja kerana lusa kami akan pulang ke Johor semula m'ikut jadual penerbangan yg baru kami beli.
Pd hr rabu sebelah pg, sebelum b'tolak pulang ke Kota Kinabalu Wida sempat ikut mama angkat ke Tamu Kota Belud. Tamu ini dlm erti kata semenanjung adalah pasar. Tidak kira samada pasar basah ataupun kering semua di Sabah mereka m'yebut TAMU. Tamu di Kota Belud ini selalunya m'jadi kunjungan orang2 tempatan disekitar kawasan. Tetapi tamu pd hari rabu tidak la semeriah tamu pada hujung minggu.
Berlainan pada Ahad adalah m'jadi kemestian pd p'duduk setempat utk pergi ke tamu bg m'dapatkan k'perluan dapur dan s'bagainya. B'macam2 jualan yg ada di Tamu Kota Belud pd hujung minggu berbanding dengan hari rabu. Ada yg m'jual barangan kraftangan Sabah seperti keychain, mutiara, pelbagai aksesori dan b'macam2 lagi semuanya boleh didapati di Tamu KB (Kota Belud).
Wida t'tarik dgn benda alah ni, sebenarnya Wida pun tak tahu apa yg makcik ni jual tp ianya adalah makanan laut. Ia tajam, b'warna hitam dan ada isi di dalamnya yg boleh dimakan. Wida belum b'kesempatan utk m'rasainya. Adakah sedap, atau sebaliknya. Mungkin satu masa nanti Wida b'kunjung ke KB Wida dapat merasainya.
Apakah Nama Makanan Laut Ini??? Hanya orang Sabah shj yg tahu namanya...
Apabila Wida b'kunjung di tamu ini, yg best dan yg paling byk di jual ini adalah ikan masin. Pelbagai ikan masin yg dijual di Tamu KB. Ada yg kecil, ada yg sederhana besar dan ada juga yg paling besar. Harganya pula ada yg dijual dr harga RM2-RM50 ke atas m'gikut jenis ikan. Wida sempat b'tanya pd penjual tersebut dr mana sumber ikan yg diperolehi utk dijual di Tamu KB.
Penjual tu bilang "Semua ikan2 ini baru jak smpi dari pulau yg b'hampiran ni dik...masih segar2 lg. Beli lah bah...kau makan 3 bulan pun ndak pandai habis ni dik". Hahahaha ketawa geli hati. Mana nak habis, makan s'orang mmg la 3 bulan tak habis, kalau makan ramai2 confirm hbs. Lagi2 kalau diperahkan limau nipis, letak sambal cecah2 pd ikan. Sedapnya...
Keadaan Tamu KB yg menjual pd hari rabu agak kurang b'banding hr minggu. Byk meja2 yg kosong tiada penjual, tak tahu la kalau2 penjual tu yg dah balik. Mungkin Wida yg lewat pergi ke tamu. Hehehehe...Tgk gmbr2 di bawah ni, btl tak kata Wida KB byk ikan masin. Pelbagai ikan masin yg ada, sebut je ikan apa pasti ada dr yg s'kecil2 saiz hingga s'besar2 saiz pun ada. Ikan bilis, udang kering, belacan pokoknya semua ada di sini.
Sebenarnya byk lagi ikan masin yg pelbagai rupa cuma Wida tidak b'kesempatan utk m'rakamkan lebih byk lagi. Hanya ini shj yg dapat Wida ambil. Takut juga s'benarnya Wida nak tangkap2 gmbr ni, sbb semua org tengok. Mana ada penduduk tetap dtg tamu ambil2 gmbr kecuali orang luar yg teruja dan m'gambil gmbr sana sini.
Inilah ikan yg paling mahal pernah Wida makan. Mama yg beli sbb kalau Wida mmg la tak mampu nak beli. Ikan b'saiz besar dan dipotong 3 bahagian. Kemudian dilumurkan dgn sambal agar perasa itu t'serap dalam ikan yg masih segar baru sampai dari pulau. Fuh!!! mkn 3 bln pun belum tentu habis ni. Sikit je goreng baunya penuh satu dapur smpi jiran pun teriak, "goreng apa tu? ikan masin ke? sedap baunya. Minta sikit boleh..." hahahaha...
Ini juga salah satu makanan org Bajau, namanya Wida kurang pasti sbb belum sempat tanya Wida dah makan hingga habis sbb sedap sangat. Ia pulut dibalut dalam daun. Disemenanjung ada juga tp rasa yg ini b'beza sgt2 dgn terasa lemak2 pulut tu. Kalau dtg sana mesti cari ini.
Wida bersama adik angkat Siti Zulaikha yg b'usia 7tahun dan b'sekolah disalah s'buah sekolah jenis kebangsaan cina di Pekan Kota Belud.
Emak Puan Hajah Kalsom Binti Rameli sempat m'rakamkan gambar di restoran milik mama angkat Wida di Kampung Bobot Kota Belud Sabah.
Semoga kita b'jumpa lagi jika ada jodoh tidak kemana-mana. Bak kata pantun, kalau ada sumur di ladang, boleh kita m'numpang mandi, kalau ada umur yg panjang, boleh kita berjumpa lagi. Sesungguhnya Wida akan m'rindui kalian di KB Bapa En Salam, Mama Pn Bainah, Hafizah, Izzat, Ridzuan, Siti Rozana, Rafi'uddin, Siti Zulaikha dan Diana anak sulung pd keluarga ini belum sempat Wida b'sua muka dengannya.
No comments:
Post a Comment