engkau boleh !!

Wednesday, May 18, 2011

Aku Terbang Tinggi

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia
Dulu, aku selalu sangat tengok cerita Awan Dania. Selalu t'fikir apalah rasanya bila naik kapal terbang. Aku tak pernah pun naik kapal terbang sebelum ni, tp bila aku dapat tahu aku sambung belajar kat Sabah aku dah terbayang2 yg aku akan naik kapal terbang. Semua saudara mara aku cakap aku b'tuah la sbb dapat belon.
Seronok tu mmg la tp aku kena b'pisah dr keluarga. S'ingat aku masa aku mula2 nak pergi tu pagi2 lagi aku dah pergi Airport Senai sbb aku nak beli tiket kat sana. Aku manalah tau nak beli tiket guna internet, mahu taknya mahal sbb beli kat kaunter, maka mlm tu juga flight kami so t'paksalah redha.
Aku dah masej adik aku kat rumah, aku harap aku sempat jumpa dia dan kakak aku sebelum aku pergi ke Sabah nanti. Punya la laju aku bawa kereta semata2 nak kejar masa utk jumpa adik dan kakak aku sebelum mereka pergi kerja, nasib aku ikut highway so tak la sesak sangat dari jalan biasa. Ngam2 masa aku keluar dari Tol Sedenak tu adik dgn kakak aku masih ada dilaluan yg aku m'nuju ke rumah.
Aku dah pesan kat adik aku kalau dia nampak kereta aku, minta tolong kat driver van tu b'henti s'kejap. Aku rasa aku dari jauh dah nampak van kilang yg adik aku dan kakak aku naik tu kat ladang nenas, aku pun apa lagi kelip2 kan lampu. T'nyata betul, itu van yg adik dgn kakak aku naik sbb aku dah nampak van tu bagi isyarat b'henti di kiri jalan.
Laju je aku keluar dr tempat m'mandu, aku dapatkan adik aku terus kami b'pelukkan. Memang aku rasa sebak sangat masa tu. Lagipun tak payah cakap apa2 sbb aku ni memang hatinya sensetif sangat2. Dah m'alir pun air mata aku tapi aku cepat2 kesat. Lepas salam adik aku, kakak aku pulak b'salaman dgn aku. Dia pun sedih juga. Aku pun sempat peluk kakak aku.
Aku tak ambil masa yg lama sbb aku tahu driver van tentu kejar masa nak hantar dan ambil pekerja. Aku sempat lambai pada semua orang yg ada kat dalam van tu. Diaorg pun semua dah tau yg aku dapat sambung belajar kat Sabah. Sedih sangat2 time tu tp apa boleh buat aku tetap akan pergi juga. Bukan apa aku selalu kat rumah tolong bungkuskan makanan utk diaorg bawa bekal pergi kerja. Tp lepas ni diaorg kena buat sendiri.
6 bulan aku tak balik semenanjung dan selama waktu itu aku hanya habiskan masa aku di Sabah. Tp p'hubungan tu aku tak pernah lupakan sbb aku boleh SMS dan telefon adik, kakak dan keluarga aku. Kalau aku yg tak masej tentu diaorg yg akan masej aku. Mak aku yg tak reti masej tu sekarang dah reti masej cuma tak pantas m'naip mcm mak taip huruf2 dikomputer.
S'memangnya apabila orang itu ada didepan kita selalu sangat kita abaikan dan apabila kita dah b'jauhan dan b'pisah jauh dgn orang itu pasti akan timbul perasaan rindu. Begitulah sifat manusia. Apapun dah jadi adat setiap p'temuan pasti akan ada p'pisahan. Semua kena lalui barulah kita sendiri akan merasa bagaimana perasaan itu hadir dlm hati kita.
Aku dedikasikan lagu ini pada tajuk aku pada kali ini sbb lagu ni aku suka dengar masa tengok cerita Awan Dania dulu. P'pisahan itu kadang-kala m'bawa kedukaan tetapi sebaliknya boleh juga m'bawa kepada k'baikkan. Cuma kita manusia sentiasa tidak sedar akan semua itu.

Lirik Lagu Terbang Ke Awan - Atilia (OST Awan Dania)


Hari hari yang ku alami
Ada satu yang perlu ku kecapi
Bagai layang-layang yang putus tali
Akan ku teruskan mencari
Siapakah diri ini?

Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi

Ini impianku ini lah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu
Tiada lagi resah untukku
Tiada lagi rasa malu
Apa yang ku mahu apa yang ku tahu
Hanya mencari diriku
Oh....Siapakah diri ini?

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :