engkau boleh !!

Saturday, May 7, 2011

Jiranku Salmah

Sejak Wida jejakkan kaki di Sabah org yg mula memahami Wida di sana adalah Salmah. Sejak Wida mula curi2 masuk bilik dia apabila dia ada kelapangan, Wida takkan lepaskan peluang utk bercakap tidak kiralah apa juga topik yang Wida ingin utarakan. Wida tahu dengan berada di negeri orang Wida perlu sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan yang paling utama adalah berkenalan dengan orang yang ada disekeliling Wida terlebih dahulu.

Wida cakap dengan Salmah "kita wanita zaman skrg ni kalau b'kumpul ramai2 bkn lagi b'gosip, zaman dulu2 boleh la ckp walaupun pd hakikat tidak b'gosip. Zaman skrg kita ni m'bincangkan isu semasa walaupun pd hakikatnya org tidak tahu apa yg kami bincangkan apabila b'kumpul" dan dr situlah mulanya p'kenalan Wida dgn Salmah kerana Salmah s'olah2 b'setuju dengan pendapat Wida. Emmm kalau Wida dah b'temu dgn org yang satu kepala dgn Wida maka kami boleh la b'kawan kerana s'pendapat dan s'fahaman.

S'awal Wida b'sebelahan bilik dgn salmah, kami tidaklah b'gitu rapat kerana masing2 penat setelah selesai kuliah setiap hari yang tiada rehatnya. Maka tiada kesempatan utk b'bual dan b'kenalan sesama jiran. Mahu tunggu hujung minggu pastinya masing2 m'gambil keputusan utk b'rehat sahaja di bilik masing2 ataupun keluar ke bandar mencari barang keperluan. Kalau Wida tidak mulakan dulu m'rayap2 bilik Salmah belum tentu lagi kami kenal walaupun kami b'jiran. Lisawati rakan bilik Salmah pun pada mulanya tidaklah begitu peramah hinggakan Wida b'bicara barulah dia tertarik dan akan b'suara jika dia rasa mahu m'gucapkan sesuatu.

Mungkin kita rapat apabila adanya Sukaneka Kamsis PKK dan kita sama2 m'wakili blok G dalam acara m'buat layang2. Rancangan kita b'jaya apabila layang2 yang kita buat tiba2 b'ubah rupa menjadi WAU dan layang2 kita lain antara layang2 blok lain dan sebab layang2 kita b'ubah menjadi WAU kita telah m'peroleh tempat pertama dalam acara t'sebut sekaligus kita menambahkan mata untuk blok G pd waktu itu dan m'jadi JUARA bg blok2 perempuan.

Alhamdulillah semua yg dirancang b'jaya kita laksanakan dengan izin Tuhan. Walaupun kita tidak dapat m'rasai hadiah yg diberikan tetapi dlm hati kita tetap ada kemenangan. Apabila Salmah m'yatakan rasa ketidakpuasan hati ttg p'bahagian hadiah, Wida juga b'sependapat dgn Salmah kerana ketidak adilan s's'org pemimpin kita tidak merasainya walaupun harus dikongsi. Telah Wida sematkan di dalam hati s'kiranya k'menangan b'pihak kepada Blok G satu hari nanti dan Wida ketika itu p'mimpinnya Wida akan m'berikan sama rata di depan pemenang yang telah bertungkus lumus b'usaha untuk memberikan yang terbaik utk Blok G Tersayang.

Semua itu telah menjadi kenangan kita s'lama satu semester. Seronoknya b'kawan dgn org yg m'mahami. Satu hari Salmah tunjukkan laptop baru Salmah dan Wida t'pandang wajah Salmah yg tertulis " Milik siApakah gaDis Ini " dan secara tiba2 terpancul perkataan dr mulut Wida ketika itu "Salmah nama abang kau ni MADI ke?". Salmah ketika itu t'kejut m'dengar kerana Salmah tidak pernah menceritakan kepada sesiapa ttg MADI.

Salmah b'paling pada Wida dan dengan muka malu Salmah tanya "macam mana kau tahu?" (muka Salmah masa tu mcm t'haru dan b'ubah2 mcm cerita kartun kt tv) Salmah ingin benar m'getahui macam mana Wida mengetahui ttg itu. "Ini la, org tgk kat ayat Milik siApakah gaDis Ini, kan semua tulisan tu huruf besar, jadi kita tahu dr situlah" laju Wida m'beritahu Salmah. Salmah tentu engkau tidak menyangka kerana dikau sendiri tidak terlihat ayat yang penuh b'makna itu yg direka sendiri oleh MADI. Taktik je tu Salmah. Salmah tentu t'tanya2 macam mana Wida boleh perasan pasal nama tu. Kurniaan dari Tuhan buat Wida alhamdulillah.

Ingat lg kalau tiap malam mesti Salmah panggil Wida pergi bilik sbb Salmah selalu minta Wida tolong picit2kan kaki Salmah. Wida ckp "cepat2 la Salmah kahwin, lepas ni ada org tolong picitkan kaki Salmah tiap malam". Ada plak tak pasal2 Wida kena cubit dgn Salmah. Fuhh!!! nasib baik tak sakit kalau tidak b'kesan juga kat hati Wida. "Salmah ni kena kurangkan berat badan, kaki Salmah s'benarnya sakit sbb tak dapat nak m'nampung berat badan Salmah yg dah lebih ni". Aik diam pula Salmah ni, rupa2nya dia dah lelapkan mata. Salmah ni memang la. Wida dah tau rahsia Salmah ni kalau dia sakit kaki confirm dia takkan tidur lena.

Sejak Salmah ada laptop baru setiap hari Salmah godeh2 Salmah suka buka movie kalau Salmah free dan yg paling penting setiap hujung minggu wing kita tidak pernah sunyi kerana Salmah sentiasa memutarkan lagu2 yg best. Ada sekali Wida m'minta Salmah m'milih lagu2 lama kerana Wida minat dgn lagu tahun 80an dan ketika itu Salmah kata Wida ni evergreen. Sekali Salmah terpaku sbb Wida boleh m'nyanyikan lagu2 lama m'gikut setiap lagu yg k'udara. Well, tgk org la jangan pandang sebelah mata s'benarnya dalam hati ada taman tau.

Satu hari Wida tunjukkan Salmah dan Lisawati ttg puisi yang Wida cipta utk dihantarkan kepada pihak kamsis kerana pihak kamsis telah m'anjurkan p'tandingan mencipta puisi bg p'nutupan kamsis pada semester ini sesi Jan 2010. Ketika itu, Wida dpt m'ghasilkan puisi yg s'benarnya Wida tak tahu pun bentuk puisi tu mcm mana. Wida minta pendapat Salmah ttg puisi Wida itu dan kata putus yg Salmah bagi itu m'guatkan hati Wida utk m'hantar puisi dalam diam tanpa p'getahuan sesiapa kecuali Salmah. Terima kasih Salmah atas dorongan mu.

Yakinnya niat Wida utk m'hantar puisi itu, walhal Wida tahu rakan sebilik Wida juga ada m'hantar puisi m'wakili blok G. Pada Wida hanya m'cuba nasib kerana ini p'tama kali Wida m'yertai pertandingan puisi dan Wida tidak m'anggap Wida m'wakili blok G tetapi Wida m'wakili diri sendiri. Harapan tidaklah terlalu tinggi utk m'peroleh kemenangan tetapi sekiranya rezeki Wida terima dgn penuh k'syukuran. Satu hari, Wida ada m'dgr kata2 dr kawan2 m'gatakan puisi Wida t'pilih tetapi tidak pula ketahui Wida m'dpt tempat ke berapa.

Sepantas itu juga Wida m'beritahu Salmah akan berita gembira dan m'khabarkan bahawa puisi yg Wida reka telah terpilih. Tetapi yang Wida ragui apa perasaan rakan sebilik Wida bila m'getahui yg Wida telah m'hantar puisi dlm diam. Desakkan Salmah utk m'hantar akhirnya m'buahkan hasil. Kelainan p'tama yang Wida perasan apabila Ketua Blok Wida tiba2 m'hulurkan salam dan m'gucapkan TAHNIAH!!! akak akan tahu juga tak lama lagi mengapa saya m'gucapkan tahniah pada akak. Wida k'hairanan dgn kata2 ketua blok yg umur bawah dr Wida.

Malam Penutupan Kamsis telah m'yaksikan s'gala2nya yg telah menjadi rahsia. Akhirnya, malam itu telah TERBONGKAR apa yang telah disimpan rapi. Memang tidak disangka2 muka Wida terpampang di screen Dewan Reflesia PKK utk m'umumkan NURUL WAHIDA SARBANI p'menang tempat ke-dua m'cipta puisi kamsis. Wida ketika itu duduk disebelah Salmah dan duduk b'sebelahan dgn rakan sebilik Wida. S'belum diumumkan nama pemenang mmg hati Wida b'debar2 sbb s'kiranya menang Wida perlu naik ke pentas utk m'nerima hadiah.

Betul kata Salmah, Wida tidak perlu m'beritahu apa2 ttg Puisi itu kerana hanya Salmah s'org yg m'getahui dan tolong m'hantar puisi itu pada pihak p'ganjur. Terima kasih Salmah atas nasihat mu itu. Tidak terlintas pun difikiran utk b'buat demikian. Selepas nama Wida t'pampang dan diumumkan Wida t'gamam dan sempat juga rakan sebilik Wida b'cakap "tak bagitahu pun ada hantar puisi juga?" Adakah itu soalan sindirin atau p'tanyaan ikhlas hanya dia sahaja yg tahu.

Wida t'kocoh2 ketika itu kerana k'dudukan Wida yang b'ada ditengah2 barisan yang paling hujung dgn pintu dewan. Agak jauh Wida dengan tangga pentas. Waktu itu, Salmah sempat m'gucapkan Tahniah dan b'salaman dgn Wida. Wida rasakan dewan yg dr awal begitu riuh seperti k'sunyian beberapa waktu ketika Wida b'diri utk naik ke pentas m'nerima hadiah. Wida dpt lihat p'huni blok G aras 3 semua b'diri dan m'berikan tepukan gemuruh apabila m'getahui Wida m'menangi pertandingan tersebut.

Memang tidak disangka2, k'menangan b'pihak kepada blok G lagi setelah k'menangan Sukaneka Kamsis mendapat Juara. Walaupun Wida m'dapat tempat ke2 Wida b'syukur sangat. S'belum sampai ke pentas Wida sempat m'yapa Rohaini Salim antara JPK yg Wida rapat semasa m'gikuti program anak angkat di Kota Belud. Roro hanya tersenyum dan m'gucapkan tahniah. Wida nak minta maaf pada Haidah sbb bukan Wida sombong tp Wida tidak perasan Haidah m'mandang Wida semasa m'nuju ke pentas. Apa2pun puisi ini utk Haidah juga.

Melihatkan Warden Blok G yg b'ada dibarisan depan tempat duduk antara warden2 blok, Wida m'yapa dan sempat b'salam sebelum naik ke pentas menerima hadiah. Alhamdulillah k'menangan yang tidak dijangka2. Senyum je Wida s'panjang m'nerima piala, sijil serta hamper. Ucapan tahniah oleh pihak Ketua Warden selaku penyampai hadiah. Apabila turun pentas barulah Wida rasa keriuhan dewan itu. Wida senyum pada semua apabila turun dr pentas dan kini Wida t'pinga2 m'cari tempat duduk Wida. Nasib baik, s'baris kerusi itu dikalangan budak2 wing Wida jd mereka m'manggil2 Wida yg dah tak tahu arah.

S'kembalinya Wida dibangku b'sebelahan Salmah teruslah rakan sebilik Wida m'gucapkan tahniah dan yg Wida masih igt dia cakap "tak bagitahu pun ada hantar puisi juga". Wida t'gamam dan tidak tahu utk m'jelaskan k'dudukan s'benar pd dia. Ayat yg t'pacul dr mulut Wida " Salmah yang hantar, kita cuma main2 je buat tu, tak sangka pula menang". Terus Wida SMS pd mak dan m'beritahu Wida menang puisi. Akan Wida berikan puisi itu kepada Emak apabila anakmu ini pulang ke Johor nanti apabila cuti semester.

Wida m'nerima juga SMS ucapan tahniah dr kwn2 yg m'genali Wida t'masuk Rohaini, Haidah, Azah (p'menang tmpt ke3), Wenddy Victoria dan bdk2 aras Wida. Terima kasih atas sokongan kalian. S'sungguhnya kalian juga sumber inspirasi utk m'hasilkan puisi t'sebut. Oppsss!!! t'lupa pada Salmah. Salmah la yg tolong Wida bawa balik hamper serta piala dan sijil p'yertaan. Terima kasih Salmah dan Idahlisa kerana membantu.

Salmah hanya t'senyum dan malam itu s'benarnya Hari Kelahiran Salmah jadi lepas balik dr dewan kami sama2 m'raikan hari lahir Salmah dan k'betulan Salmah ada m'bawa kek utk dipotong. Dua k'gembiraan dalam satu masa, alangkah seronoknya ketika itu. Semua m'jamah kek yang dipotong Salmah.

K'seronokan tidak dapat dirasai s'lama2nya kerana tidak lama lagi kita semua akan b'pisah. Tinggal beberapa hari saja lagi kita m'huni blok G dan apabila akhir semester masing2 akan balik ke kampung dan b'cuti. Tiada lagi gelak ketawa kita b'sama s'perti dahulu kala. Tetapi Wida yakin kenangan kita pasti masih segar walaupun kita tidak lagi b'sama. B'kongsi makan, kasih, sayang, masalah, dan pelbagai ragam masih t'simpan rapi dilubuk hati masing2.

Tiada hadiah yg sesempurna p'sahabatan kita, walaupun jauh semuanya tetap m'ingati dan tidak pernah akan luput ditelan masa. Jauh disudut hati b'terima kasih yg tidak terhingga kerana walaupun baik dan buruk seseorang itu dia tetap sahabat kita. Khas buat teman yang disayangi tiada dua dan tiada p'gantinya.

-SALMAH LANTARA -

Kawan Lyrics

by Ruhil Amani

Kawan... apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih

Kau... pandai bercerita
Surat panjang berjela
Kita tak pernah bersua
Aku tak suka bercinta

Apakah ertinya ini
Mengganggu akal dan hati
Lupakan saja, lupakan diriku
Kita di bangku sekolah lagi...

Hei! Jangan buang masa
Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan

Hei! Jangan main api
Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :