engkau boleh !!

Thursday, May 12, 2016

Hello Mr Perfect - Rajinnya

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Apa yang perlu dikatakan dengan rajin? Rajin dari segi macam mana? Kata orang pasangan yang saling melengkapi kelebihan dan kekurangan pasangannya adalah yang terbaik. Tapi kadang-kala tak semua kita dapat apa yang kita nak. 


Kalau macam aku, aku nak yang rajin supaya dia boleh bantu kemas rumah walaupun cuma tolong alihkan perabot rumah, sapu lantai and what so ever. Kalau macam aku awal2 aku mengaku yang aku alah pada habuk. Tapi aku suka basuh pinggan, baju, toilet dan kereta. Kalau aku rajin aku bersihkan rumah guna vakum je so takde la aku bersin kena habuk. Sebab kalau aku bersin tang tu juga aku rasa tak sihat bermula dari sakit di tekak dan hidung berair.


Mak aku selalu cakap "cari la lelaki yang pandai menukang dan repair apa2 kerja dirumah supaya jimat" bak kata dia tu lelaki yang berkemahiran la tak kisah la reti buat apa sikit2 pun okay. Jangan jadi abah aku dah bukan kemahirannya ehhhh dia nk buat juga.


Ingat lagi masa tu aku sekolah rendah. Televisyen kat rumah dah rosak mak dengan abah pergi kedai elektrik beli tv satu. Owner siap tawarkan lagi harga siap pasang dan terus dapat channel. Sekali abah aku kata dia nak pasang sendiri. Mak aku tak setuju sebab dah tahu la abah macam mana.


Hari tv tu sampai kat rumah aku pulak kena jadi mangsa pegang aerial tv masak dok pasang. Aku kan rajin maka aku la selalu mangsa kena tolong. Punya payah abah masukkan itu ini sampaikan salah2 dan patah dibuatnya walaupun ikut panduan. Dalam hati aku cakap kalau tak tahu bayar je upah siap pasang kan senang.


Bila kononnya macam siap pasang walaupun tak yakin betul, abah aku pergi pasang kat tiang belakang rumah dekat dengan bumbung. Terjerit-jerit tanya aku clear ke tak tv tu. Dapat ke tak siarannya. Last2 abah jatuh gedebuk. Emm...terror sangat kan. Dah tahu bukan kepakaran kita minta je pertolongan orang lain walaupun kena bayar upah.


Bila dah jatuh abah dah tak dapat nak betulkan. Tv pun tak dapat siaran langsung. Pergi la kakak aku dengan aku mencari channel bagai. Pusing2 kan aerial tu sampai boleh. Akhirnya dapat juga walaupun tak clear macam channel berbayar.


Peringatan untuk aku juga, lepas ni kalau tak mahir dalam apa2 benda yang perlu dibaiki serahkan sahaja kepada yang pakar. Jangan sok tau...walhal tak tahu.


Ada je lelaki yang rajin orang kata ringan tulang. Tak disuruh pun kadangkala dengan sendirinya dia pergi buat. Itu Wida respek. Dulu kat sekolah ada je dua tiga orang yang nampak sampah terus ambil penyapu dan buang sampah. Tak payah disuruh.


Perempuan pun aku tak kata semuanya rajin. Ada je perempuan pemalas. Macam aku malas nak belajar tahunya taip je entri kat blog ni. Setakat ni aku buat la benda yang aku rajin buat takde la aku duduk goyang kaki semata.



Sekian

Terima Kasih Allah s.w.t






Tuesday, May 10, 2016

Ke Korea Ke Kita - Rail Park Gangchon (Part 1)

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Time ni Wida dengan kawan2 tak dapat nak naik rail bike pada waktu yang ditetapkan pada tiket yang kami sudah tempah sebabnya kami dah terlambat beberapa minit daripada masa yang telah ditetapkan. Orang Korea macam Jepun juga sangat mementingkan masa.


So, cara lain untuk manfaatkan masa selama 3 jam kami pun try la aktiviti yang ada di sekitar kawasan rail park tu. Jalan punya jalan kami jumpa deretan kedai sewa basikal. Kat Korea ni memang banyak sangat aktiviti yang mereka sediakan tidak kira la untuk pelancong mahupun rakyat tempatan Korea sendiri. Mereka ni semua rajin buat aktiviti yang menyihatkan badan. Berjalan la, kayuh basikal la...macam2 tau.



Peace!! 


Setelah membuat rundingan dengan owner kedai ni kami pun dapat basikal seorang satu. Malas nak naik basikal yang boleh kayuh berdua tu. Takut nanti ada yang tak kayuh. Dah sedia nak mengayuh basikal. 

*Harga 5,000 won utk 3 jam. 
 *Kalau basikal yang dua orang boleh kayuh tu harganya 10,000 won. 
*Kalau pandai tawar menawar 8,000 won boleh dapat kot. 



Wida ada rakam video tapi segan pula nak tunjuk...maklum la perempuan la katakan excited punya pasal menjerit bagai sebab teruja sangat. Kata kawan Wida 'naik gerek' (basikal) kat Malaysia tak heran pun.


Wida takde gopro tapi kawan Wida ada bawa monopod. So, Wida ikat camera Wida kat hujung monopod tu...lagipun ada screw yang boleh diputar dan selit kat bawah camera Wida tu. Kena la creative sikit kan...



Wida dengan Fathin
ada jugak kenangan kita kan Atien kat Korea


Punya la excited kami mengayuh sampai la kat Baegyang ri Station. Ada la dalam 5 km kalau tak silap. Entah la tak tahu berapa KM sebenarnya kami jauh mengayuh macam orang gila pulak rasanya.


Lepas dah patah balik dari station tu tadi kami lepak sekejap di kawasan lapang ni.



Time to eating


Wida ada bawa bekal sebenarnya hihihi...Kebetulan ada kedai berdekatan dengan kawasan lapang tempat kami berhenti ni so, kawan pergi cari biskut. Buat alas2 perut.



Wey!!! Korang nak selfie tak???


NAKKKK!!! Inilah hasilnya


Sebenarnya kejadian ni diawal2 kayuhan kami. Tengok la muka segar je lagi.

Sambil2 rehat ada tegur satu kumpulan berbasikal ni. Diaorg yang sporting nak bergambar dengan kami.


Melompat lebih tinggi...


Smileeeeee!!! Ni rasanya pic yang sangat menyentuh perasaan bila diimbas kembali sepanjang berada di Rail Bike ni. Takkan lupa sampai bila2.


Begini la musim luruh...daun mula bertukar warna dan tak lama lagi gugur semuanya.






Kenai kan ni kawan chek...nama dia Liyana Shukri. Dia mai dari Kedah...tang mana tak ingat la pulak.


Okay setelah penat mengayuh kami pun menuju pulang ke kedai sewa basikal sebab kami akan kayuh bike atas rail pulak.



Saja try test. Mahal pulak kalau naik binatang ni...apa yang ditunggang?? Basikal reti la. Okay kalau siapa nak cuba permainan ni mesti best sebab tak penat macam kayuh basikal. Lagipun kawasan tempat main benda alah ni mencabar sikit. Kat bahagian bawah berdekatan dengan anak sungai Wida nampak sekumpulan remaja gelak sakan naik benda ni.


Kalau ada sesiapa yang teringin boleh la naik berdua. Suami isteri sangat digalakkan sebab isteri boleh peluk suami dari belakang. Ohhh so sweet...


Terima Kasih Allah

*Continued

Gaya Street Kota Kinabalu Sabah

Assalammualaikum & Salam Diperantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alkisah berlaku dahulu kala tahun 2010 semasa menuntut di Politeknik Kota Kinabalu. Excited berjalan dengan penghuni Wing 1 Aras 2 buat pertama kalinya. Selalunya Wida jalan berdua je dengan Kak Lin yang sama2 dari semenanjung dengan Wida. Tapi kali ni beza sikit, kami jalan beramai-ramai.




Berjalan dari Plaza Wawasan memang penat. Nama pun jalan kaki menuju ke pasar. Wida follow je diaorg ni. Janji berjalan dan dapat lihat pasar di Sabah macam mana.




 Pasar yang Wida pergi ni nampak pintu gerbang macam tu. Wida pun dah lupa apa nama tempat ni. 

















 Tujuan sebenar ke pasar ni nak cari pokok bunga kertas sebab nak tanam di halaman blok G.





Wajah Wida tahun 2010...hitam legam...hihihi. Dah jumpa pokok tapi ini pokok bunga raya. Mahal pulak tu harganya. Tak jadi la nak beli.



Ini durian Sabah. Durinya panjang2 sikit tak sama dengan duri durian yang ada di semenanjung.



Tengah berurusniaga dengan peniaga kedai. Yang buat peace tu Wawa namanya.





Uncle ni mmg famous...dia RAJA segala racun. Bkn racun sebarang racun ok tapi racun khas untuk tikus, lipas dan sekutu dengannya. Carilah uncle ni. Pasti masalah anda akan selesai setelah bertemu dengan racun yang dia ada.

 


Pelancong luar negara pun sempat shopping di sini. Semuanya ada. Kalau nak cari t-shirt I LOVE KK untuk buat kenangan boleh la dpt kan di Gaya Street Kota Kinabalu.


Siap berkipas2 lagi orang ni







: A'tiah : Wida : Jujue : Wawa :
Thanks 2 camera women =)


Kami tanya2 jak 2 bukan mau beli...mahalnya ya ampun... tak jadi la encik kami nak beli

 Last sekali ada la satu gerai ni yang kami dapat pokok bunga kertas dengan harga yang berbaloi.


Terima kasih camera women
*sumber gambar dari camera women

Aktiviti Sepanjang Kem Perhutanan

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Cerita tentang kem perhutanan yang Wida sertai memang tak habis lagi kerana kenangan sepanjang kem perhutanan tu memang Wida tak akan dilupakan. Sesungguhnya walaupun Wida salah seorang peserta dari tahun kedua yang menyertai kem ini, Wida bersyukur sangat la sebab layanan dan penerimaan daripada pelajar tahun pertama semuanya baik-baik je.



Ahli group Wida

Sebenarnya time ni kami buat aktiviti dalam kem hutan. Wida dengan group Wida diberikan arahan untuk masuk ke dalam hutan dan berhenti di setiap check point yang telah ditentukan. Apa yang rakan Wida pegang tu adalah salah satu daripada kreativiti kami buat hasil daripada tumbuhan yang terdapat di hutan.


Ini tak cukup ahli, ada beberapa orang lagi. Wida seludup kamera. 



Topi kesemalatan haruslah dipakai walaupun dimana anda berada kecuali tandas dan solat


Ini ahli kumpulan Wida yang rajin. Wida mula2 ingat dia ni okay tapi lama-kelamaan dia mesra cuma lambat sikit je kan Liza.



Liza a.k.a ... (Lupa nama kem)


Okay ni ahli Wida yang takde dalam gambar tadi. Semuanya bagus2...

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :