engkau boleh !!

Monday, September 21, 2015

Teringatkan Korea

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Walaupun sudah hampir setahun meninggalkan negara K-Pop tapi Wida still lagi teringatkan suasana di sana. Nak tahu suasana apa??

 Tempat penginapan kami
Bila balik je dari fakulti cepat2 jalan sebab dah nampak bangunan ni. Apa lagi nak landing la


 Korail Korea
Laju gila...Suasana dlm ni sunyi dan sangat menikmati setiap perjalanan. Tapi kalau dah sampai Seoul tak macam ni semua berdiri. Sangat2 menghormati pd yang memerlukan utk duduk. Tapi ada je yg muda slumber je. Macam kat Malaysia juga kadang-kala.


 MyeongDong
Jalan malam2 tengok gelagat orang Korea dengan cuacanya sejuk2 wahhhh


 Pemandangan dari atas bumbung Motel
Bila rasa resah hati naik atas sini turun ke bilik rasa hilang rindu pada Malaysia. Tengok bulan yang sama.
Sebenarnya tempat jemur kain ni atas bumbung motel


 Laluan nak pergi fakulti. Lalu sini selalu usha2 mamat korea hahahaha
Jalannya sentiasa bersih tak pernah nampak sampah


 Hujan
Ini first time redah hujan kat Korea sebelum masing2 beli payung. Tak sangka akan beli payung kat sana. Bapak mahal sekaki payung. Nasib baik beli payung sebab lepas tu asyik hujan je.


 Pintu gerbang KNU
Sentiasa rasa bangga bila sampai kat sini sebab sebenarnya kira2 dah separuh berjalan kaki. Penat ooo hari2 jalan kaki tak pernah naik teksi ke fakulti walaupun jauhnya mak aiii penat


Bilik kami di Korea
Sebulan lebih duduk dalam ni macam2 terjadi dan semua kenangan dah terlipat dalam memori kepala otak Wida hihihi....periuk nasi pun nampak kat situ.


Wida duduk sebulan pun dah teringatkan Malaysia je. Susah la kalau gitu. Tapi kalau ada makanan Malaysia InsyaAllah duduk lama2 pun tak apa. Hihihi makanan je yang Wida fikirkan. Ye la makanan halal mesti la wajib dicari. Tapi lepas balik dari Korea teringat pulak makanan Korea.



 Sayur
Entah daun apa je tu cuma taugeh je yang Wida kenal. Yg lain2 tu daun apa Wida pun tak tahu nak panggil sayur apa sebab kat Korea je ada sayur2 tu.



Ini kira macam steamboat juga la. First time makan guna chopstik terkial2 aku nak makan.



Tak ingat pulak apa nama makanan ni. Kawan Wida tempah makanan ni masa kami pergi Itewon. Roti dalam tu ada nasi dan daging. Sedap juga.


Ni yang Wida makan. Rasanya macam kebab. Namanya pun Wida lupa. Ingat makan je.



Kuih ni Tuan Rumah bagi sempena hari perayaan di Korea. 
Pagi2 lagi ada org ketuk pintu bilik kami ingatkan siapa la tak sangka tuan rumah beri kami kuih ni. Terus la member Wida tanya Boram samada kuih tu kami boleh makan atau tidak. Rupa2nya rasa tu macam tepung dan ada kacang ditumbuk halus dan dibalut dengan daun yang sudah didadar. Lebih kurang macam tu la...



Nasi Goreng Asia. Time ni Wida makan di Nami Island. Takde la sedap mana tapi sebab dah lapar Wida ngap je. Kat dalam tu ada taugeh goreng, kimchi dengan jeruk timun.


Nasi Sayur Kubis.






Noodle ni sedap. Penuh dengan seafood. Sedap ooo. Kenyang makan.


Nanti Wida share lagi.


TERIMA KASIH ALLAH S.W.T




No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :