Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
4 Oktober 2015 Sunday
Secara kebetulan dan tidak disangka kakak Wida ajak Wida teman dia pergi klinik gigi. So, Wida pun start kereta dan menuju ke Klinik Kesihatan Pontian. Kalau klinik kesihatan Ayer Baloi ada tapi hanya beroperasi pada hari isnin sahaja.
Disebabkan ini pertama kali Wida dan kakak Wida menerima rawatan di sini, nurse di kaunter minta kad pengenalan masing2. Wida bisik pada kakak..jarang nampak nurse cina. Tetiba dia panggil kami berdua untuk buat pembayaran pendaftaran dan ambil nombor giliran.
Terus nurse tu cakap "awak umur berapa ya? saya tengok dalam ic umur kamu sekarang 28 tahun?". Wida pun angguk dan cakap ya 28 tahun. Wida tanya kenapa? nurse tu cakap "wahhh!! awak nampak muda la. Tak nampak macam muka umur 28 tahun".
Thank you and terus tayang gigi. Dia tanya nak buat rawatan apa ya? terus Wida cakap nak check sahaja tapi kalau doktor dapat buat gigi depan saya ni (sambil tunjuk gigi kapak tu hitam ditengah tapi belum pecah lagi). Saya nak konvo jadi kalau dapat buat gigi depan ni nanti saya boleh senyum masa ambil ijazah. "Oh baik buat itu dulu nanti masa konvo boleh senyum" nurse tu cakap.
Ya la betul tu. Nurse asal Sabah ya? cakap tu ada bunyi Sabah. Sekali dia angguk. Terus Wida cakap yang dulu Wida belajar di Politeknik Kota Kinabalu. Dia pun angguk2. Terus dia nak berbual2 dengan Wida. Wida ni pantang kalau dah start berbual maka terus je berbual. Lepas tu Wida perasan yang dia perlu jalankan tugas dia terus Wida duduk di kerusi pesakit untuk tunggu no giliran.
Masa tu dalam hati 'Ya Allah engkau lembutkan la hati doktor yang bakal merawat gigi aku nanti supaya dia buat tak sakit'. Sambil berzikir ya latif banyak kali. Ye la kan kalau nak jumpa doktor ni debarannya lain sikit lagi2 kalau doktor gigi kita kena cabut gigi maa kita sedar, kena tampal masa kita sedar bukannya masa kita tengah tak sedarkan diri. Tapi apa pun kita kena lalui daripada menanggung kesakitan berpanjangan.
Daripada dalam kereta lagi Wida dah berzikir Ya Latif sehingga la sampai menunggu giliran. Punya la ramai orang yang tengah menunggu giliran. Tetiba anak kakak Wida nak menyusu pulak. So, dia pergi la susukan anaknya di bilik khas ibu yang mahu menyusukan anak. Maka Wida la kena tengok dan tunggu no giliran sorang2.
Entah macam mana ada seorang makcik ni dia baru lepas cabut gigi dia duduk berdekatan dengan Wida. Terus dia berbual2 dengan Wida. Nama makcik tu Fatimah. Dia siap cerita lagi pasal family dia. Makcik ni umur 71 tahun. Sembang punya sembang macam2 yang Wida dan dia ceritakan. Dia punya suami umur sebaya dan rakan sekelasnya. Senang je suami dia melamar dia "You nak kahwin tak dengan I?" cerita makcik tu. Wida pun tergelak mendengar sebab makcik tu pun gelak2.
Makcik tu sebenarnya tengah tunggu anaknya jemput dia di klinik kesihatan sebab anaknya ambil cucu balik sekolah. Wida pun cakap "takpe la makcik tunggu je la kat klinik ni dulu sehingga anak makcik sampai baru la keluar dari klinik". Dia pun senyum je dan berbual2 dengan Wida. Macam2 topik kami bualkan.
Last2 dia cakap dia nak beredar dari klinik pergigian tu dan tunggu anaknya di ruangan bawah. Lepas bersalaman tu Wida tengok makcik tu bangun. Lepas tu nak jalan tapi berhenti dan tengok ke Wida semula. Dia melangkah lagi tapi still menoleh kebelakang. Wida pun panggil makcik tu "kejap makcik saya ada kad nanti saya bagi makcik". Terus Wida buka dompet ambil kad biz Wida dan hulur kepada makcik Fatimah.
"Dekat kad ni ada no tel saya sekali dengan alamat rumah saya. Mana tahu kalau makcik ada lalu depan rumah saya boleh la singgah". Makcik tu pun senyum je. Terus dia cakap "wah ni nanti boleh la makcik telefon Wahida kan?". "Boleh sangat makcik, telefon la bila2 pun boleh". Terus makcik tu bersemangat dan lambai2 ke Wida.
Wida rasa pesakit yang tunggu giliran tu asyik memerhati ke kami je sepanjang beberapa minit kami berbual. Kakak Wida pun sempat keluar dari bilik menyusu tu bagitahu Wida anaknya tidur dan kalau sampai giliran dia suruh panggil cepat. Memang tak berapa minit makcik tu pergi no giliran kami hampir tiba.
Kakak Wida pun terus keluar dan menunggu di ruang pesakit. Tetiba kakak Wida bisik "bilik tu doktornya handsome". Ahh ko macam nampak je Wida cakap dengan kakak Wida. Lepas tu dia gelak tengok Wida. "Ko takut ea?" dia tuduh. "Eh takut tak la". Dia tunjuk mulut Wida terkumat kamit. "Aku berzikir la bukannya apa pun".
2022 bilik 2. Terus Wida pergi bilik yang kakak Wida cakap doktor tu handsome. Ala dia pakai mask mana nampak handsome ke tak. Lagipun Wida ni mana reti menterjemahkan handsome dengan kurang handsome. Terus Wida berbual2 dengan doktor tu. Nurse kat situ pun berbual dengan Wida juga. "Orang Sabah juga ya macam yang kat kaunter tadi?" Dia pun mengangguk.
Doktor suruh Wida duduk kat kerusi tu. Dia check2 lepas tu Wida terus cakap. Saya perlu buat yang mana dulu. Doktor tu punya penerangan 6 ayat. Hambik ko wahid wida. Wida terus bagitahu doktor tu "boleh tak kalau saya buat gigi yang depan ni" sambil menunjuk. Sebab saya nak konvo end month ni. Kalau boleh nak senyum la.
Tetiba ada la nurse lelaki tu datang depan Wida. Wida pun cakap "Eh takpe doktor kalau tak boleh buat hari ni tapi kalau boleh saya nak buat la sebab saya nak senyum masa saya nak konvo nanti". Terus doktor suruh buat appointment dan tarikh doktor tu free 26 Okt. Wida pun terus cakap tak boleh kot doktor sebab saya mungkin dah pergi UPM untuk ambil jubah dan raptai.
Kalau macam tu awak keluar dulu nanti saya panggil lagi sebab saya ada dua pesakit lagi nanti saya panggil awak semula. Yang Wida tak puas hati tu nurse lelaki tu cakap "Dah suntuk masa baru nak datang". Wida pun apa lagi...terus la balas "Eh takpe kalau tak boleh buat hari ini atau lepas saya konvo. Saya boleh je senyum macam ni" (bibir katup sambil senyum). Terus Wida keluar.
Lepas tu giliran kakak Wida masuk bilik yang sama. Tak lama dia keluar nama Wida pulak di panggil. Rupa2nya doktor tu dah tanya dengan kakak Wida yang kami ni adik-beradik ke. Terus doktor tu cakap boleh tak bagi masa rawatan untuk adik awak sebab dia nak konvo. Terus kakak Wida cakap boleh dan kakak Wida tak buat langsung rawatan gigi.
Kakak Wida kata lain kali pun dia boleh buat. Terus nurse panggil nama Wida. Bila masuk tu doktor turus bagitahu dia kata kakak awak tak buat rawatan sebab masa untuk dia dah bagi ke Wida. Terus la segala persiapan nak tampal gigi tang depan yang hitam tu dibuat.
Wida dengar nurse tu cakap kreatif la doktor ni. Entah apa yang kreatif tu tak tahu la. Wida sepanjang duduk kat kerusi tu tak buka mata langsung. Mata Wida pejam je. Tak berani Wida buka mata dan tengok mesin2 tu beroperasi untuk gigi Wida. Tapi ada sesekali Wida open my eye and nampak dari celah2 jari doktor tu entah apa alat yang dia pegang tu. Eeee...cuak Wida. Sebelah tangan pulak pegang penyedut air tu sampai tercucuk dalam mulut and dah nak termuntah. Hihihi.
Wida dengar nurse tu cakap kreatif la doktor ni. Entah apa yang kreatif tu tak tahu la. Wida sepanjang duduk kat kerusi tu tak buka mata langsung. Mata Wida pejam je. Tak berani Wida buka mata dan tengok mesin2 tu beroperasi untuk gigi Wida. Tapi ada sesekali Wida open my eye and nampak dari celah2 jari doktor tu entah apa alat yang dia pegang tu. Eeee...cuak Wida. Sebelah tangan pulak pegang penyedut air tu sampai tercucuk dalam mulut and dah nak termuntah. Hihihi.
Mula tu memang kecut perut. Terus Wida tanya "sakit tak ya doktor?". Saja je Wida tanya doktor tu untuk mengurangkan resah dalam hati. Slumber je doktor tu jawab "ala tak sakit la ngilu je. Kalau sakit angkat tangan ya".
Mula la proses nging2 gigi Wida. Eee dengar je mesin dah bunyi tu pun Wida dah ngilu apatah lagi kena tang tung tang tung gigi Wida. Air lagi la terpercik2 kat muka. Cuma ada napkin tisu kat dada Wida nurse dah letak first2.
Ya ALLAH memang tak sakit. Setakat acah2 je doktor tu sentuh gigi Wida. Sepanjang proses tu pun Wida berzikir je Ya Latif banyak kali. Sehingga la selesai proses tu dan nurse suruh bangun tengok kat cermin.
Hebatnya zikir Ya Latif
1. Permudahkan urusan pendaftaran. Alhamdulillah kami jadi pesakit yang terakhir utk tengahari tu sebab lepas kami datang pesakit lain di suruh datang petang.
2. Jumpa makcik Fatimah yang baik hati dan lemah-lembut budi bicaranya.
3. Doktor dan nurse yang baik.
4. Dapat rawat gigi yang rosak.
5. Doktor lebihkan masa untuk Wida tampal gigi.
6. Tak sakit dan cantik dah gigi Wida.
Nurse yang kat kaunter pun puji. "Wah cantik dah...lepas ni boleh senyum la masa konvo. Cuba senyum sikit" dia suruh Wida. Wida pun senyum kat nurse yang baru 1 tahun 1 bulan bertugas di situ. Itupun Wida tahu bila Wida dengar makcik Fatimah tanya nurse tu. Dia cantik...
Terima Kasih Ya Allah
No comments:
Post a Comment