engkau boleh !!

Sunday, March 30, 2014

Rindu Wafa Adriana & Adam Rafqy

Assalammualaikum & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Lagi beberapa hari je lagi Wida dah nak cuti semester. Nak balik Johor jumpa family yang terutama sekali dengan orang baru dalam family Wida. Nama dia Adam Rafqy. Kakak Wida dah selamat bersalin dan mendapat baby lelaki. Seronok dua kali ganda la. 


Baby Wafa pun dah besar sama macam baby Adam yang lahir memang berat setanding Wafa sekarang agaknya. Wafa dah jadi Master Chef Baby... Kejap ya Wida tunjuk gambar yang ibu dia send pada Wida di FB. 



Tada....ni la Master Chef Baby Nur Wafa Adriana Muhammad Bukhari. Hahahaha nak terguling-guling Wida ketawa tengok gambar ni. Pipi dia dah tembam. Geram betul Cik Wahid tengok Wafa ni.


Balik nanti nak cium2 Wafa sepuas hati. Nak main dengan Wafa walaupun Wafa kecik lagi. Geram betul dengan dia ni.



Ni baby Muhammad Adam Rafqy Bin Mohd Rasol. Cik Wahid belum jumpa Adam lagi sejak dia dilahirkan. Sabar ya Adam nanti Cik Wahid balik cuti seminggu Cik Wahid jaga Adam. Kakak Wida bersalin pun bedah juga macam adik. Kesian dekat kakak Wida sebab Wida tak dapat bantu apa2 untuk dia. Kesian juga dengan emak yang penat ke sana ke sini dan mengadu sakit di kaki. 


Sabar ya semua nanti Wahid Wida balik semua duduk rehat saya pulak yang ganti buat semua kerja rumah. Seronok la nanti sakat Adam dengan Wafa. Nak tunggu ada anak sendiri entah bila, kahwin pun belum lagi. Calon yang mak simpan tu dah jadi pekasam agaknya. 

Thursday, March 13, 2014

Rindu Dengan Nur Wafa Adriana

Assalammualaikum w.b.t & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Beberapa hari lepas adik Wida kirimkan gambar terbaru Wafa Adriana. Wida tergelak macam nak terguling-guling atas lantai rasanya sebab lucu pulak tengok gambar Wafa ni. Amira kata masa dia nak tangkap gambar untuk Wida tetiba Wafa jelirkan lidah dia.


Wah dah pandai ya jelir lidah. Hahaha...Wafa Wafa...lagak dah macam orang besar je. Alhamdulillah Wafa kini dah bertambah berat badannya sebab sebelum ni dukung Wafa ringan je, tapi kali ni Amira kata dah terasa berat bila dukung Wafa. Moga Wafa sihat sentiasa. 


Cik Wahid bantu jaga Wafa selepas Wafa keluar dari hospital sehingga la Cik Wahid nak balik semula ke UPM. Rasa kasih sayang dan rindu sudah tertumpah kepada Wafa. Begitu juga dengan keluarga yang lain, semestinya merasai juga apa yang Cik Wahid rasa.


Tapi Wida terkilan la ada orang buat andaian yang Wida ni sentiasa berjalan je sepanjang tempoh cuti sebulan selepas habis peperiksaan. Hanya Wida dan family sahaja tahu apa yang kami lalui dan lakukan. Kita boleh sangkal apa yang tidak betul jika seseorang itu mengeluarkan kenyataan palsu. 


Sepanjang tempoh sebulan cuti Wida banyak membantu dan merawat Amira dan Wafa. Begitu juga emak Wida yang seringkali mengalami sakit sendi. Jika Wida ada di kampung pastinya Wida antara orang yang pertama membantu bila perlu. Rasa lain pula jika kita yang sihat ni bermalas-malasan tanpa membuat kerja yang berfaedah. 


Wida kalau berjalan Wida jalan betul2. Wida pergi jauh2, lama2 dan suka2. Tapi bila bukan kehendak dan keadaan yang membolehkan Wida buat begitu Wida takkan buat sebab Wida banyak fikir adakah ianya berpatutan atau sia-sia. Eee...tak suka la kalau orang suka2 hati buat kenyataan yang tidak sahih. Buat Wida rasa nak tanya je "mana buktinya????".


Biarlah, pada Wida Allah maha mengetahui segala2nya. Nak tutup mulut orang rasa macam tak patut pulak kan. Moga seseorang itu dilindungi Allah.


Terima Kasih Allah kerana mendatangkan insan2 yang baik dalam hidup ku. Amin

Sunday, March 9, 2014

Aku Rindu Dia

Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Puan Hajah Kalsom Binti Rameli 


Dalam tidak sedar kadang kala perasaan rindu itu ada walaupun jauh dilubuk hati. Nak diluahkan tak dapat disimpan terasa berat. Wida rindu dengan Mak Wida. Dulu, Mak selalu telefon Wida dan begitu juga sebaliknya Wida telefon Mak. Kami saling berkongsi cerita. Macam2 yang diketengahkan. Wida tidak kisah pasal kredit dan mak juga begitu. Mak ok lagi guna bil, Wida pun ok je guna kredit. Terasa hari2 yang berlalu sangat bermakna kerana walaupun jauh tapi sentiasa dekat ditelinga mendengarkan suaranya setiap hari.


Mak yang Wida ingati selalu dan mak yang sangat memahami dalam apa jua keadaan. Mak juga yang banyak berkorban itu ini. Untuk membahagiakan mak bukan lah susah, hanya menurut apa yang dia perkatakan dan melakukan apa yang disuruh. Tidaklah Wida membantah apa yang dia perkatakan kerana semuanya benar belaka. Tiada seorang emak yang mahu anaknya tidak berjaya dan bahagia. Bahagia anaknya itulah bahagia untuk dirinya juga.



Sekarang Wida dah kurang berkomunikasi dengan mak. Wida tau mak sedang berusaha membantu anak2 yang lain untuk meneruskan hidup dimasa hadapan. Emak yang banyak berfikir itu dan ini demi menyelamatkan keadaan. Fikiran emak dan Wida tidak jauh beza. Selalunya apa yang kami fikirkan adalah sama dan apa yang ingin dia perkatakan adalah sama. Kami selalu bertembung cakap yang sama dan begitu juga ketawa apabila apa yang kami perkatakan itulah yang wujud dalam hati dan niat kami. Sama dan serupa. Kami punya no kad pengenalan juga sama di bahagian belakangnya. Suratan atau kebetulan. Banyak makna yang tersirat dan tersurat. Ya Allah engkau ampunkan dosa2 ibuku. Akan juga selalu aku titipkan doa untuk ibuku selagi hayatku dikandung badan.



Tidak tergamak aku untuk melukakan hatinya baik dalam diam atau terang-terangan. Indah lena Wida bersebelahan emak. Sebelum tidur akan diceritakan itu dan ini sambil membelai rambutku. Emak Wahid rindu emak sangat2 tapi tak pernah terucap dibibir ini kerana setiap apa yang bakal diluahkan itu akan membuatkan anakmu ini menitiskan air mata. Perkataan RINDU itu selalu tersimpan dan terkunci didalam hati. Walaupun sebenarnya Wida nak sangat mengungkapkan perkataan tu. Ya mungkin ia sangat mahal dan bermakna untuk diucapkan.



Tapi Wida faham emak pun begitu juga. Emak simpan perkataan itu, emak juga sukar untuk meluahkannya kerana Wida pasti mak akan menitiskan air mata juga cuma emak tak mahu menunjukkannya. Cukup hanya senyuman yang emak lemparkan dan kata2 manis untuk sedap halwa telinga mendengar. Kasih emak ada dimana2. Wida bawanya pergi sejauh Wida melangkah. Wida tahu doa emak sentiasa mengiringi Wida kemana sahaja Wida pergi.


Alhamdulillah...

Friday, March 7, 2014

Wani Vs Wida

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Kawan, sahabat, rakan, kenalan dan lain-lain lagi yang sekutu dengannya adalah membawa kepada makna yang berbeza. Dahulunya, Wida punya sahabat yang hanya berutus surat. Boleh dikatakan disetiap negeri Wida ada kawan. Kami hanya berutus surat kerana waktu itu belum ada lagi teknologi yang canggih seperti sekarang. Kebanyakkan kenalan Wida dikalangan umur Wida dan setahun lebih tua atau setahun lebih muda dari umur Wida. 


Boleh dikatakan setiap hari wajib la pakcik posmen tu singgah rumah Wida. Mesti ada 10 keping surat atas nama Nurul Wahida Sarbani. Sampaikan posmen tanya "rumah ni ada artis ke???" dengan muka yang pelik sebab kata dia surat untuk penama ni tak putus2. Hobi Wida dulu tulis surat hihi sampai tulisan cantik sebab hari2 berlatih menulis. 


Selalunya balik sekolah Wida akan terus balik ke rumah, jarang sangat Wida lepak2 kat luar dengan kawan2 lepas habis sekolah. Pada Wida itu tak penting dan tak mendatangkan kebaikkan. Ibu ayah hantar pergi sekolah untuk belajar bukan suruh lepak2 lepas balik dari sekolah. Lagipun, mestilah mak abah Wida risau. Kalau takde kelas tambahan samada di sekolah atau tuisyen komputer Wida akan balik dan baca semua surat2 yang kenalan Wida kirimkan. 



Pada 26/2/2014 bersamaan pukul 8.18 malam Wida dapat masej macam ni (bahasa SMS)

"Assalam Wahida! long time no see! huhu" ringkas dan seolah2 dia dah kenal Wida lama.
Mula2 tu tertanya2 la siapa gerangan orang disana. maka Wida balas la "Wslm org jauh, so lama dh x nampak" Wida balas seolah2 Wida kenal siapa yang hantar masej pada Wida tu. Layan je la. 


Dia send Wida satu gambar, tapi sebab canggih sangat handphone Wida tu so tak dapat la pulak nak tengok gambar yang dia send. "Apa tu, x dpt baca la. Handphone tak canggih" dengan slumber menjawab. "Ala sorry x dapat nak baca. Siapa ea?" dia try send lagi tapi Wida gagal nak tengok sebab handphone yang canggih sangat. 

"x dpt ye xpe la..Wahida buat ape tu? Sy ganggu ke? -wanie-
Emmm...terus la kepala otak ni diperah2 macam nak dapatkan santan kelapa dok memikirkan siapakah gerangan nama Wanie ni? Wida ni kawan nama Wanie ramai yang amat. Wida pun jawab la "Whda nk mengurut org. Wanie mna ea? Ala sorry byk2 x save no" huhu Wida rasa itu jawapan selamat. Maaf ya kawan. Kebetulan pulak tengah mengurut seorang kawan yang sakit sebab jatuh tangga kat kolej.


"Hihi its oke...Wanie kwan lama awk duduk klang dlu...Mb more than 10 years kot kita kenal... Sy terjumpe gambar lama yg awk kirim pd sy dlu...Blkg gambar tu ade no fon rumah awk...Then sy call td adik awk bg no fon awk...Its ok...Awk buat kje awk dlu ye..Senang2 apv la sy kt fb awk...Mb awk akn ingat blik...Hihi ok TC ya" panjang lebar dia bagi masej. 


Lepas Wida dah baca masej dia tu Wida jadi excited terus la balas masej dia "Wanieeee!!!! I miss u...sgt2 rndu. Sy kt upm ni". Terlampau excited macam nak menjerit suka. Kawan2 yang ada datang bilik Wida time tu dok pandang2 Wida pelik (dah kenapa budak ni @aka Wida la...Hihihi)

Dalam hati Ya Allah syukur sangat dipertemukan semula dengan sahabat lama. Suka giler2...kami dulu berutus surat masa kami form 3 kalau tak silap Wida. Wida pernah jumpa Wanie sekali je kat PKNS Shah Alam dan Wanie bawa Wida dengan anak saudara Wida pergi Plaza Alam Sentral, Shah Alam.


"Hehe...Igt dah ye! U know wat??? Im in jb now!! Johorean kot..Hahaha da 4 tahun kat cni...Seriously miss u too! Hehehe oke2 awk buat kje awk dlu ye...Nti contact saya balik tau!

Cepat2 Wida balas "Ok2 x sabar nk msj2. Ni tgh urut org jatuh tangga. OMG!! Sabar2...byk story" Wida balas msej dia laju2. Dalam hati suka sangat2.


"Orite dear!" jawab Wanie. 



Lepas tu dok mengurut kawan asyik senyum2 je. Hahaha. Suka 1000 kali lebih lagi la berganda2. Emm Wida jumpa Wanie masa Wida pergi rumah abang. Wida siap dah bagitau awal2 pada Wanie yang Wida akan turun sana. Bila dia kata nak jumpa Wida pulak rasa teruja. Wanie ni nampak lebih matang dari Wida time tu.


Date kami yang pertama tu memang tak disangka. Susahnya dulu takde handphone nak masej2 kan so kami janji la warna pakaian apa, orangnya macam mana...Hahaha kelakar masa tu. Walhal masing2 dah pernah tukar2 gambar. Of course la sedikit sebanyak membantu untuk ingatkan semula melalui gambar tapi memang jauh beza la.


Sebelum Wida pergi Shah Alam, Wanie ada bagi Wida satu gelang ni. "Wanie bagi Ida gelang sama macam Wanie punya. Nanti masa kita nak jumpa Wanie akan cari orang yang pakai gelang sama macam Wanie". Aduhai...macam orang bercinta pulak. Lucu betul la. 


Dan hari2 yang dijanjikan tiba, Wida duduk kat deretan kerusi di bahagian tengah. Dari jauh Wida nampak ada seorang remaja perempuan duduk kat hujung deretan kerusi Wida. Tapi serius Wida tak berani nak tegur. Kami saling berpandanga tapi macam taknak bertegur lagi. Entah macam mana masa remaja perempuan tu dok belek2 jam dia Wida nampak gelang yang dia pakai sama dengan gelang Wida.


Entah macam mana dia pun toleh kearah Wida dan anak saudara Wida sambil tersenyum2. Wanie la yang bangun dulu dari tempat duduk dia dan pergi ke arah Wida sambil menyapa "Nurul Wahida ya? Nampaknya gelang kita sama" terus kami gelak2. Wida masih ingat lagi peristiwa tu. Bayangkan masa tu umur Wida 15 tahun sekarang dah 27 tahun, maka dah 13 tahun kami tak jumpa. 


Kami mula tak berutus surat selepas Wida masuk ke asrama di sekolah teknik. Wanie pun tiba2 diam menyepi. Tapi sekarang Wida nak sangat jumpa Wanie. Wanie ni umur sebaya Wida. Kami pun dah mula wassup2 bila free. Macam2 cerita yang nak dikongsi. Kalau dapat jumpa maybe cerita kami ni tak habis2. Maklum la semua nak ditanya. 


Wanie sahabat Wida. Kami tak pernah bergaduh dan tak pernah berselisihan faham. Dia terima Wida sebagai sahabat dia walaupun kami jauh beribu batu. Sekarang dia dah jadi orang Johor, Wida pulak jadi orang Selangor seketika. Ditukar ganti pulak rasanya. Hehehe...feeling happy. Muka pun dah lain, itu semestinya kan...Tak sabar nak jumpa Wanie. 


Actually, masa Wida cuti sebulan di rumah Batu Pahat, Wida kemas2 rumah dan terjumpa gelang yang Wanie pernah beri pada Wida dulu. Dalam hati cakap 'mana la sekarang empunya diri yang pernah bagi gelanng ni'. Tak sangka la pulak, beberapa hari lepas teringat kat dia, dia cari Wida pulak. Alhamdulillah...


Wahid Wida

Saturday, March 1, 2014

Manusia Sentiasa Diuji

Assalammualaikum & Salam Kasih 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang





Benarlah kata yang pakar, manusia sentiasa diuji dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Wida juga manusia yang tidak terlepas daripada diuji kerana Tuhan mahu kita sebagai manusia sentiasa mengingati Dia. Apa jua yang datang kepada kita semuanya dari Dia. Kekayaan, kesihatan, dan segala-galanya semuanya dari-Nya. 


Pada akhir bulan februari Wida diuji dengan satu perkara yang pada Wida sangat penting kerana ini melibatkan masa depan Wida sebagai pelajar. Wida merupakan student final year dan InsyaAllah diizinkan Wida akan tamat belajar pada akhir tahun ni. 


Selama Wida berada di sini, boleh dikira ini kali kedua Wida menitiskan air mata. Wida jadi manusia yang selalu berdoa semoga ditabahkan hati dan diberi semangat agar Wida kuat menempuh segala dugaan dan cabaran. Tidak kira la cabaran dan dugaan itu dalam pelbagai bentuk. Wida kena kuat kerana Wida disini seorang tanpa ada keluarga disisi.


Wida menitiskan air mata setelah Wida tidak tertanggung dengan apa yang Wida hadapi. Berat sangat dada Wida menanggung rasa sebak dalam hati akhirnya terluah juga dengan air mata. Wida menangis sepuas-puasnya dengan bersaksikan seorang rakan kelas Wida yang ketika itu ada disebelah Wida. Wida tak pernah nak salahkan sesiapa atas silap Wida tapi Wida terkilan kerana ada juga orang yang sanggup buat Wida rasa sedih.


Apalah gunanya jika hanya mahu mendapat pujian dan perhatian tetapi ada pihak lain yang kecewa dan terasa dipinggirkan. Itu la yang Wida rasakan sekarang. Sampaikan Wida rasa nak mati kenapa orang tu sanggup buat Wida macam ni. Wida takde buat salah pun dengan orang tu. Wida hormat dia sebagai rakan kelas Wida. Wida tak pernah cari pasal atau buat jahat sekalipun dengan orang tu.


Hanya orang yang rapat dengan Wida je tahu apa yang terjadi pada Wida. Wida sanggup untuk gugurkan subjek tu jika itu yang terbaik. Tapi Tuhan berikan petunjuk dan orang yang dekat dengan Wida banyak memberikan cadangan. 


Masa Wida menangis tu Wida tanya "Ya Allah kenapa engkau uji aku seperti ini? Apa yang engkau sembunyikan daripada perkara sebenar? Bantu la hamba mu ini Ya Allah..." dengan menangis teresak-esak sambil menyebut Allah Allah beberapa kali. Wida bukan nak menunjuk-nunjuk tapi itu la keadaan sebenar Wida masa menangis tu. 


Wida nekad nak gugurkan subjek tu dan sanggup untuk tambah satu semester lagi kerana subjek tu. Masa tu orang pertama yang Wida bagitahu ialah mak Wida. "Emak...kalau Wahid kena tambah satu semester lagi macam mana mak? Apa pendapat mak". Wahid mahukan jawapan dan buah fikiran emak Wida. Kalau ikutkan Wida yang tengah bingung memang Wida nak gugurkan je subjek tu. Emak Wida adala segala-galanya bagi Wida jadi Wida mahu nasihat dari dia.


"Cuba tanya dengan penasihat akademik tanya dia macam mana kes sekarang ni"...itulah yang emak cadangkan pada Wida ketika itu. Dan Wida terus mendail no penasihat akademik Wida. Alhamdulillah Wida terima respon dia yang positif tu. Lepas menceritakan keadaan Wida dia nasihatkan supaya rujuk kepada yang lebih arif tentang kes ni. Dia minta Wida hubungi dengan timbalan dekan. Syukur sangat bila dengar ada sedikit sinar daripada kata-kata timbalan dekan tersebut. 


Pasti semua ini ada hikmah yang tersembunyi. Kita tidak tahu semua ini rancangan Tuhan. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan segalanya. Sekarang memang kita rasa tidak patut berlaku tapi kita akan tahu ianya adalah yang terbaik untuk kita satu saat nanti. 


Wida bukan la orang yang tidak boleh beri komitmen dalam segala hal. Wida akan beri komitmen sepenuhnya jika ianya benar. Tapi sekarang pasti ada yang tidak benar maka Tuhan pun melengahkan masa Wida untuk teruskan sesuatu perkara itu. Tapi Wida akan kisah jika seseorang itu sentiasa ungkit benda yang sama walhal ianya tidak mendatangkan kebaikkan. 


Daripada Wida pergi seorang dengan tiada jaminan keselamatan pada Wida baik Wida batalkan saat-saat akhir. Biar Wida tidak memulakan dari awal agar Wida tidak perlu melalui saat pengakhiran itu. Mungkin Wida sentiasa ketinggalan tapi Wida sebenarnya taknak macam tu. Ok la Wida bagi contoh :


Siapa yang nak dengan sengaja tidak pergi ke kelas? Mesti taknak kan. Tapi kalau kawan kita tak bagitau hari tu ada kelas ganti atau kelas ditukarkan kepada masa lain apa kita nak kata? Nak kata kita ketinggalan sebab tak tahu apa2? You are WRONG. Kamu la sepatutnya menjadi penyelamat kepada mereka yang tidak tahu apa2. Salah ke kalau text je "Class ganti pada sekian2 hari bulan bertempat di fakulti". Itu lebih mulia kot rasanya daripada menjadi pendiam yang membunuh.


Takpe la kalau orang tu nak buat macam ni dengan Wida. Wida doakan moga dia selesai menjalankan kerja-kerja dia tanpa Wida. Jangan bawa Wida yang lembab ni sebagai orang untuk membantu kerana mungkin kerja-kerja akan tertangguh dan banyak kesalahan. Mungkin juga satu masa Wida akan dipersalahkan atas banyak perkara sebab itulah Wida dipinggirkan.


Wida pun tak boleh terima kata-kata yang tidak membina dari orang itu kerana ianya tidak langsung mendatangkan kebaikkan pada Wida. "Wida bukan la orang yang sangat bersungguh-sungguh untuk buat kerja itu ini. Wida juga tiada text dan masej apa2 pasal hal itu dan Wida hanya diam penyepi selama sebulan itu". 


Yes itu la Wida yang sebenarnya. Kalau itulah yang dia kehendaki. Wida ni punya la tertunggu-tunggu bila mahu mula dan bila mahu bincang. Nanti katanya bincang sorang2 tak patut. Tapi bila mereka berbincang ada pernah panggil Wida. Wida dipinggirkan. Wida boleh je hadir jika dipanggil. Setakat memandu 4 jam tu Wida sanggup la semata-mata untuk datang berbincang. Ini tidak dah bincang pun sikit tak bagitau Wida. 


Bila nak pergi pun saat akhir Wida dapat tahu. Itu pun Wida dikata itu ini. Wida tak datang jumpa, tak nak bincang, tak nak ambil tahu semuanya. Wida tak buat persediaan untuk ke sana, dan Wida cuma hanya mahu melancong. Apa semua ni??? Wida taknak semua tu. Wida nak bagi komitmen tapi disalah ertikan. Emmm...semuanya diuji. Takpe la nak buat macam mana. 



Wida mahu lupakan semua ini dan Wida mahu bina yang baru dengan sebaik-baiknya. Terima kasih kepada orang yang menyelamatkan keadaan Wida. Moga Tuhan menyelamatkan orang yang sanggup menolong Wida disaat genting ini. Terima kasih kepada orang yang bagi Wida nasihat dan Wida bersyukur kerana datangkan orang yang baik kepada Wida. 


Dengan ini Wida menarik diri daripada meneruskan kerja itu. Wida rasa kalau Wida teruskan juga pasti ada musibah yang tidak diingini kerana semua orang yang sayangi Wida mendoakan untuk Wida. Memang perit untuk terima tapi pasti ada kemanisan disaat akhir nanti tanpa kita sesdari. InsyaAllah janji Allah itu pasti dan jalan yang Allah berikan pastinya lebih baik dari jalan yang ada sekarang. 


Moga Wida dapat menyelesaikan kerja baru dengan jayanya dan dipermudahkan segala-galanya. Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. Allah maha besar maha kuasa dan maha mengetahui segala-galanya. Amin









Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :