engkau boleh !!

Tuesday, December 2, 2014

Rambut Panjang Lagi

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Wida dah 2 bulan praktikal kat kolej ni. Hampir separuh hidup harian Wida habiskan di sini. Tinggal lagi sebulan je nak habiskan praktikal. Sebelah hati cakap "yeahhhh dah nak habis praktikal" sebelah hati lagi cakap "ala rasa sayang pulak nak tinggalkan kolej ni". Maklum la lepas budak cuti semester Wida bergerak sendiri. Wida buat kerja bila mendapat arahan daripada pihak atasan.


Selama Wida kat kolej ni Wida selalu pergi ke surau kalau nak rehat. Kalau kat surau tu biasa la nak ambil wuduk tu mestilah buka tudung. Ada je orang yang perasan tentang rambut Wida. "Eh Wahida ni rambutnya panjang ya? Molek pulak dia sanggul macam tu je tak gunakan getah rambut". Wida pun jawab je la YA rambut saya panjang sampai kaki. Dah biasa kak sanggul rambut sebab tu tak guna getah rambut. 


Wida ingat dulu, bukan main susah Wida nak belajar buat sanggul yang Wida panggil siput. Setiap hari la mak yang tolong siputkan rambut. Emak ada ajar tapi rambutkan kat belakang mana la Wida nak nampak kalau mak tunjukkan cara-cara menyimpul tu. Hihihi...sudahnya mak je la yang kena sanggulkan rambut Wida. 


Kalau mak yang tolong sanggulkan selalunya kuat dan kemas. Dia sikatkan rambut Wida betul2, lepas tu dia tarik ke belakang terus dia simpul. Fuhh!!! rasa macam smart je walaupun Wida bertudung. Maklum la taknak rambut ada terkeluar2 dari scarf. 


Tak lama lepas tu Wida dah pandai dan boleh la sanggul rambut Wida sendiri. Lega hati mak tengok sebab dia dah tak perlu lagi repot2 sanggulkan rambut Wida. Terima kasih mak. Sekarang ni rambut Wida dah mencecah ke tumit. Sepatutnya dah seret ke lantai tapi rambut Wida ni gugur2 je. Makanya yang paling panjang terus jadi tak panjang. 


Ada juga orang tanya2 "kau taknak potong rambut kau ke?" Wida sebenarnya bukan tak nak potong tapi belum sampai masanya lagi. Wida dah selalu kena sound dengan adik Wida sebab Wida bawa rambut tu sebenarnya berat walaupun dalam tudung. Sebabnya Wida mudah sakit2 kepala. Tu yang orang botak kepalanya ringan je. Senang nak berfikir. 



Soalan yang selalu Wida kena jawab bila mana ada orang tanya "macam mana nak cuci? selalunya cuci berapa kali seminggu?" Wida jawab je la "kalau rasa nak cuci Wida cuci kalau rasa taknak cuci biarkan je". Pada Wida yang dah lebih dari 10 tahun simpan rambut panjang ni Wida tak cuci hari2. Wida selalu cuci selang 3 or 4 hari. 


Tapi tengok keadaan la. Kalau kepala kita berpeluh dan rambutnya basah Wida cuci la sebab nanti datang bau yang kurang enak dihidu. Wida taknak basuh selalu sebab bila kita sentiasa guna shamfu tu kan ada bahan kimia tertentu. Wida tak nak rambutnya rosak. Setakat ni Wida tengok takde pulak bercabang rambut Wida. Cuma kering sikit la kat bahagian hujung rambut. Maklum la yang paling hujung tentulah yang paling lama.


Wida ingatkan dapat la potong rambut bila usia Wida dah 27 tahun ni. Tapi rasa sayang pulak. Nenek Wida pun dah tanya "kau bila nak potong rambut, tak rimas ke?". Kita empunya rambut tak kata apa2 nenek Wida pulak yang bising2. Hahahaha. Sampai masanya nanti Wida potong juga rambut ni. 


Ada hari tu pelajar yang tidur rumah Wida. Boleh pulak dia main2 rambut Wida. "Eeee...panjangnya rambut cikgu". Terus macam dah nak tertidur bila budak tu pegang2 rambut Wida. 


Sekian, terima kasih kerana membaca.

Terima Kasih ALLAH

Tuesday, November 18, 2014

Pengalaman Praktikal

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Sarimah (Kanan) dan Mira Sakina (Kiri) Wida tengah2. Ni la kawan baru yang Wida kenal dari UPSI.


Alhamdulillah dah hampir 2 bulan Wida praktikal di Kolej Vokasional BP. Maknanya dah sebulan lebih juga Wida tinggalkan bumi Korea selepas menetap di sana selama sebulan lebih. Syukur sangat dah balik ke Malaysia. Maklum la hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri walaupun batu hihi. 


Sebulan Wida sempat berjumpa dengan pelajar. Sekarang mereka tiada lagi sebab semuanya cuti semester. Sama la juga dengan dua orang rakan Wida yang menjalani latihan mengajar di sini dari UPSI. Rindu pulak dengan dua orang kawan baru Wida tu. Walaupun perkenalan kami tak lama tapi erat kami dah macam kenalan lama. Lepas balik dari Hari Keluarga di Linggi, Melaka tu semuanya berpecah dan balik ke rumah masing2. Entah bila la nak jumpa semula.


Wida sekarang dah tak menetap di rumah warden di asrama. Hari2 Wida ulang-alik dari rumah adik di Parit Raja. Wida rasa kosong la sebab takde kawan nak berbual di rumah warden tu. Kalau ada pelajar takpe juga ini memang takde sesiapa. So, Wida ambil keputusan untuk tidak tinggal di rumah warden lagi. Kadang2 je Wida balik untuk solat dan berehat di rumah tu. 


Sepanjang Wida praktikal kat Kolej Vokasional ni banyak sangat yang Wida dapat. Walaupun tidak sama apa yang Wida pelajari di UPM tapi impak maksima yang Wida dapat sangat bermakna. Contohnya Wida dapat manfaatkan ilmu pengurusan pentas yang Wida belajar untuk diguna pakai sepanjang program yang berjalan di KVBP. 


Komunikasi dengan pelajar2 yang Wida anggap adik2 Wida juga sangat bermakna. Mereka sebenarnya sangat2 memerlukan perhatian dan kasih sayang. Kasih sayang bukan makna untuk bercinta tapi mereka yang usia remaja ni banyak yang ingin diperkatakan dan banyak yang ingin dilakukan. Semuanya mereka ada dalam diri mereka tapi kadang kala mereka salah langkah dan penggunaan kebolehan bakat mereka bukan secara positif tapi kadang kala ke arah negatif. 


Wida sayang sangat dengan pelajar2 di sini sebab mereka semua adalah junior Wida. Kolej ni merupakan tempat Wida menuntut ilmu suatu ketika dulu. Wida rasa sebagai super senior takkan Wida nak biarkan mereka terumbang-ambing tanpa pengawasan. Wida seronok bila dapat buat tuition dengan mereka. Wida rasa Wida dapat lihat apa yang mereka mahukan dalam setiap pembelajarannya. 


Wida dapat berbual dan berkongsi pengalaman dengan diaorg. Wida rasa lepas ni andai kata Wida tak jadi cikgu pun takpe sebab bila pelajar2 panggil Wida cikgu pun Wida dah rasa bangga dan puas hati. Kita tak tahu apa yang Allah akan berikan kepada kita pada masa akan datang. Mungkin Tuhan beri sekarang rasa dan perasaan bagaimana menjadi seseorang pendidik sebab kita akan tahu kita perlu persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi. 

Monday, November 3, 2014

Trip To Nami Island, Korea (Part 1)

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Tarikh : 8 September 2014
Tempat : Nami Island, South Korea


Apabila berada di negara orang semestinya menjadi keutamaan untuk melawat apa yang unik dan keistimewaan yang ada negara orang berbanding negara kita. Alhamdulillah Wida dengan kawan2 Wida manfaatkan hujung minggu kami untuk pergi ke Pulau Nami, tempat Winter Sonata berlakon tu. Hihi...sebenarnya tempat tu tak jauh pun dari tempat kami.


Takde la awal pagi sangat kami bertolak ke sana sebab semua bangun lambat. Kelmarin ada kawan kami orang Korea dah tunjuk ajar bagaimana cara nak pergi ke sana. So, kami akan praktikkan hari ni. Takde la senang sangat dan tak juga susah. Pada Wida kalau dah duduk jauh dengan family secara automatiknya kita akan belajar berdikari dengan sendirinya. Nak harapkan siapa lagi kan kalau bukan orang yang ada disekekeliling kita.


Kami naik teksi daripada motel kami. Bayaran sebanyak 2800 won untuk satu teksi. Beritahu pemandu "Namchuncheon Station". Macam biasa Wida selalu naik dengan seorang kawan Wida nama Ikin. Lagi 3 orang kawan Wida naik teksi lain.


 Ni teksi yang bawa kami dari Motel. Sebenarnya takde la jauh sangat dengan motel kami adalah lebih kurang 10 minit itu pun kalau kami senang dapat teksi. Kalau nak jalan kaki boleh je tapi penat la sikit tambah basah ketiak, hilang make up terus cair. Lagipun kami semua bukannya tahu sangat station tu kat mana. Paling senang naik teksi la.


Ni kiranya pertama kali kami nak naik train kat Korea. Wida dan kawan2 naik ni namanya KORAIL, lebih murah dari train yang laju tu. Ok jom intai2 gambar kat bawah ni. Wida kalau 100 ambil gambar rasa macam nak masukkan semua je.


 Aras bawah Namchuncheon Station. Ada infomation station tu boleh ambil brochure like is a flyer, pamphlet or leaflet. Mana tau kot2 ada yang tak tahu. Ambil je apa yang ada kat situ.


 Ok naik tingkat atas nak cari tiket.


Make sure selalu la beringat platform mana anda naik dan mana laluan untuk ke arah yang hendak dituju. Wida selalu suka ambil gambar so ada bukti. Kalau sesat ke kita boleh la tanya2 orang mana laluan yang kita maksudkan. Maka kami semua ni macam la terror korean speaking sangat konon nak tanya2. Kebanyakkannya bahasa isyarat je la yang kami lakukan.



 Inilah salah satu mesin untuk beli tiket. Kat Korea takde kaunter tiket you know. Semuanya pakai mesin. Negara canggihkan mana nak pakai orang jaga kaunter. Pada diaorg itu dah ketinggalan zaman dah. Selagi teknologi diaorg canggih diaorg akan memanfaatkan sebaik-baiknya.


 Konon macam dah pro. Main tekan2 je. Tapi pilih la English Language. Huhu...pilih hendak ke mana. Terus la ada keluar macam gambar kat bawah ni.


 Ni harga untuk 2 orang ke Pulau Nami atau namanya Gapyeong Station dari Namchuncheon Station. Deposit tu kita boleh dapatkan semula. Nanti Wida cerita.


 Macam ni la keluar bentuk kadnya setelah pembayaran dibuat. Kalau boleh simpan la resit naik kenderaan tu. Mana tau kalau kad hilang. Apa2 hal boleh rujuk dengan pekerja di train. Walaupun takde kaunter tiket tapi kat station tu sentiasa ada pengawal yang jaga. Lagi satu, kalau la anda sesat atau tersalah berhenti kat station yang hendak dituju tu, secara automatik anda kekurangan nilai dalam kad tu. Tapi jangan risau, sebelum scan kad tu ada satu mesin untuk tambah nilai. Mesin tu akan bagitahu berapa nilai kita perlu tambah. So, senang sangat. Pastikan simpan kad dengan selamat jangan terlipat.



 Ni pulak macam kad Touch N Go. Kawan Wida beli dari kawan yang balik dari Korea. Wida pun tak berapa pasti nak dapatkan kad macam ni kat mana.


 Ok let's go. Ikut laluan yang ada tanda RIGHT warna hijau.

 Lepas scan kad, terus pilih laluan mana yang anda nak pergi. Kalau boleh dalam handphone yang canggih tu download la Korea Subway Map. Wida bagi sedikit gambaran macam mana map yang ada dalam application tu ok.

Macam ni la peningnya nak tengok. Lagi2 kalau handphone kecil. Kalau ada tab senang sikit nak tengok. Selama Wida berjalan kat Korea tu kawan2 Wida la yang download aplikasi tu. Wida tau ambil gambar je. So, diaorg la yang tunjuk and bgtau kat mana perlu tukar station.


Station yang Wida nak naik train ni adalah stesen kedua. So, macam tak ramai orang. Tapi diaorg sebenarnya dah hafal jadual train ni bila sampai. Takde la sesak mana. Cuma kalau yang sesak tu confirm la kat Seoul.


Selfie dulu...First time jalan2 ni.


 Semua orang tengok kami atas bawah atas bawah je. Pelik agaknya. Termasuk la Uncle seorang ni. Banyak pulak tu yang nak dibualkan. Dia pernah pergi Kuala Lumpur 2 kali. Nasib baik dia pandai speaking. So, beborak dengan dia je la. Baju kuning tu la yang rajin nak berbual dengan sesiapa pun.


Ok train dah sampai. Wida suka dengar muzik kat semua station bila train dah nak sampai. Unik bunyinya.


Gapyeong Station

Sini la tempat yang kami turun setelah melalui 6 station lain dari Namchuncheon. Tambang harga macam Wida katakan tadi diatas.


Keluar je dari Gapyeong Station tu confirm terus nampak banyak bas dan teksi parking kat bus stop tu. Kalau nak pergi Nami Island kena seberang jalan bila dah keluar dari Gapyeong Station tu. Ingat tau jangan silap. Naik teksi pun ok. Takde la mahal sangat sama je dengan harga naik teksi cuma tambah berapa won je. Bergantung kepada pemandu teksi tu.



 Ok nampak tak gambaran tempat tu. So, naik la bas yang warna macam ni. Tapi kena tengok dan tanya dulu. Mana tau kalau salah naik bas.


 Nampak tak tu bukan bas yang nak pergi Nami Island. Tak tau pulak bas tu nak kemana. Kalau nak naik bas ke Nami Island pastikan beratur di tempat yang ada macam pondok bas macam kami buat dalam gambar di bawah ni.


 See...hihihi dah excited ni. Bas Wida tak tahu pulak berapa kerap ianya ke Nami Island. Tapi kalau takde bas or bas penuh. Naik je teksi. Belakang bus stop ni actually ada ladang tanaman bunga2 dan tumbuhan lain. Tapi kami tak berkesempatan untuk pergi bergambar di situ. Satu kerugian kepada kami.


Ok ni adalah senarai harga tambang bas. Bas air cond jangan risau. Make sure beratur kalau nak naik bas sebab semua orang Korea beratur beb tak kira tua muda. Sediakan duit secukupnya sebab bayar duit tu kena masuk dalam tabung. Tambang untuk dewasa 1,200 Won. Yang lain tu Wida tak dapat nak terangkan sebab bukan kepakaran Wida dalam mengusai bahasa Korea. Nanti la Wida belajar dulu supaya Wida tau apa maksud yang tertulis. Ingat tau dalam bas bagi tempat duduk kepada yang lebih tua. Wida naik bas dulu bye2...


Ok kita continue untuk Trip To Nami Island, Korea (Part 2).


Monday, October 27, 2014

Praktikal Di Kolej Vokasional Batu Pahat

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Alhamdulillah selamat dah balik dari Korea 1 Oktober 2014 tu hari selepas sebulan berpraktikal di Kangwon National University. Tapi Wida tak sempat rehat sebab 2 Oktober 2014 Wida terus mendaftarkan diri di tempat praktikal baru iaitu di Kolej Vokasional Batu Pahat di mana sini la tempat dulu Wida menimba ilmu. Dulu Wida belajar kat sini namanya Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. 



Tahun 2003 sehingga 2004 Wida berada di sekolah ini. Banyak kisah suka dan duka yang Wida lalui. Sekarang dah tukar nama dan dah naik taraf kepada Kolej. Wida pun tak sangka diterima untuk menjalani latihan industri selama 3 bulan disini. 



Kali pertama Wida datang Wida tengok tak banyak perubahan pada kolej ni sebab semuanya masih bangunan lama. Ada yang berubah pun cuma cat pada bangunan, tangga dan beberapa bengkel. Keseluruhannya masih sama macam dulu. Sangat2 mengimbau kenangan lama Wida di sini.


First Wida di sini, takde la sangat sesi perkenalan cuma ada beberapa orang pejabat sahaja yang Wida sempat kenal sebab Wida disini bukannya praktikal Latihan Mengajar, Wida menjalani Latihan Industri. Sangat2 berbeza antara keduanya. Wida tak perlu mengajar macam kawan Wida yang dua orang kat sini. Wida dapat kenalan baru dari UPSI. Seorang namanya Sarimah dan seorang lagi namanya Mira Sakina. Dua2 mengajar bahasa melayu.


Wida je yang tak mengajar mana2 kelas. Tapi Wida ambil je kesempatan buat tuition pada pelajar2 kat asrama. Malam lepas solat isyak mereka akan berkumpul di dewan makan. So study and discussion tentang apa yang mereka lemah dalam mata pelajaran. Wida pun tak la totally tahu semuanya. Sebab Wida lebih menguasai subjek yang Wida ambil sekarang. Kalau ikutkan apa yang Wida pernah belajar di sekolah ini, Wida cuma tahu bidang Binaan Bangunan. 



Tapi tak berpeluang pula untuk masuk dan menyampaikan ilmu tentang binaan bangunan sebab semester ni, bidang perkayuan tak termasuk dalam silibus pelajaran mereka. It's ok i just doing anything my job. So, i can get a new experience for management and also about student. I still remember when i studying at here. So not easy to forgot the memory. 

Praktikal Yang Sangat Menarik

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Hampir sebulan Wida menjalani praktikal latihan industri di sekolah lama Wida. Bulan 11 ni semua budak2 dah nak exam. So Wida ada la dapat tugasan untuk menjadi guru ganti jaga peperiksaan. Macam2 gelagat dalam bilik peperiksaan ni sebab kita dapat tengok mana budak yang dapat jawab dengan budak yang tak reti nak jawab kertas soalan.


Pemeriksa pun tak dapat nak buat apa. Sudahnya tengokkan je la apa yang mereka jawab. Ada pulak tu nak minta jawapan, pura2 tanya "cikgu ni macam mana saya tak faham la". Jenuh kita explain tapi diaorg tak faham juga. Last2 cakap "pandai2 la awak tulis di situ ikut apa yang terlintas difikiran awak".


Mereka semua ni boleh menjawab tapi yang menjadikan masalah bila sekelip mata je pemikiran boleh berubah2. So, jawapan mereka ada yang tunggang terbalik. Wida pernah cakap dengan pelajar tu jangan guna liquid paper kalau jawapan tu salah cuma kamu potong sahaja segaris macam tu. Bila Wida explain pada diaorg baru la diaorg faham.


Ada pulak yang Wida jaga periksa amali. Sangat2 menarik bila diaorg terus buat tanpa baca arahan dan ada yang baca arahan tapi tak faham2. Bila Wida tengok diaorg macam tu Wida terus terfikirkan Wida dulu macam tu juga. Perlunya persediaan untuk menghadapi peperiksaan tu.



Malam selalunya Wida tuition dengan pelajar asrama. Sebelum ni tuition dengan pelajar lelaki tapi dekat2 nak exam ni tuition dengan pelajar perempuan pulak. Budak2 sekarang tak macam budak2 sekolah dulu. Diaorg sekarang bijak tapi kebijaksanaan diaorg tu kurang dimanfaatkan dengan betul. Susah la kalau macam tu kan.



Ada yang buat perangai entah apa2. Ada yang suka menjawab apa yang cikgu cakapkan. Dan apa yang Wida tengok jawapan yang diaorg perkatakan tu diluar kotak pemikiran mereka. So, mereka sebenarnya boleh maju ke depan lagi tapi mereka tak nampak apa yang boleh membuatkan kejayaan pada mereka.



Wida ingat lagi dulu Wida sekolah kat sini macam malu2, pendiam walaupun pengawas sekolah, ikut je apa peraturan yang ada dan join semua aktiviti yang sekola buat. Pada Wida semua tu tidak merugikan dan kita akan dapat manfaatkan semua tu di masa hadapan kita walaupun esok lusa sebulan setahun dan selamanya.

Saturday, September 6, 2014

7 September 2014 Di Korea

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah hari ni dah seminggu lebih Wida di bumi Korea. Hari ahad ni semua bangun lambat. Wida je tersedar pukul 7 lebih. Subuh gajah la nampaknya. Lepas solat tu dah tak tahu nak buat apa Wida terus masak nasi. Semalam ada permintaan daripada kawan2 nak makan nasi goreng. Tapi diaorg tak masak lagi. 1 pot cukup la kot nak makan 5 orang.


Wida hanya perlukan :
1. Planta
2. Perencah Nasi Goreng
3. Maggi Secukup Rasa
4. Telur Sebiji
5. Kiub Pati Ayam Maggi
6. Nasi Putih
7. Garam Secubit
8. Ikan Bilis Goreng

Lepas letak planta tu Wida terus masukkan telur. Hancur2 kan telur terus masukkan nasi. Terus masukkan sekali rencah nasi goreng, maggi cukup rasa dan kuib pati ayam. Gaul hingga sebati dan rasa dulu kalau kurang masin baru tambah garam sikit. Biarkan beberapa minit lepas tu terus tutup suis. Jangan terus tutup rice cooker lepas masak nasi nanti berwap dikhuatiri nasi akan basi.

Ini la hasilnya Nasi Goreng Planta Ala Wida



Siap masak2 nasi tengok ada kerak2 nasi dalam periuk, Wida terus masukkan air dalam tu. Sedang elok kerak tanggal terus jadi bubur. Wida je la yang makan. Kalau diaorang makan mungkin pada mereka pelik tapi Wida dah biasa dari kecik lagi makan sehingga habis. So, senang nak basuh tak perlu nak rendam air lama2 dalam periuk tu.


Hasil kedua dah macam bubur lambuk. Wida masukkan kacang goreng dengan Serunding Ayam. Sempoi je masak tapi senang. So, tak la membazir kerak nasi tu. Kena la jadi kreatif sikit kan.


Tengok2 jam dah pukul 11 lebih baru la kawan2 Wida ni semua bangun dari tidur. Semua tidur lewat malam kelmarin sebab mereka berjalan pergi Meyong-dong. Yang lawaknya diaorg bergambar2 bagai lepas tu si empunya kamera tak save. Maka semuanya takde la. Stress diaorg sebab gambar semua takde. Kesian kat diaorg. Huhuhu. Wida memang tak ikut sebab Wida tak sihat perut. Takut nanti susah nak cari tandas.


Lepas semua bersarapan diaorang sibuk cari tempat2 menarik untuk kitaorg melawat. Dah alang2 datang Korea kami pun pergi la melancong sekali. Banyak rasanya tempat yang diaorg senaraikan sebab semua teruja nak berjalan2 di Korea. Tapi hari ni rasanya kami dah lewat la nak berjalan ke sana sini sebab kalau di sini kena keluar awal. Waktu di sini macam di Sabah. Awal waktu siang diaorg pukul 6 pagi dah terang.


So, hari ni kami sebenarnya dah janji dengan student master nak tolong dia buat kerja di fakulti. Tapi member Wida macam malas je. Wida pun tak tahu la nak pergi ke tak. Wida ikut je diaorg sebab kalau Wida pergi seorang nanti susah hati diaorg pulak. 


Continued


Terima Kasih Ya Allah...

Monday, September 1, 2014

Ke Korea Ke Kita

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Tarikh : 27 Ogos 2014 
Tempat : Senai International Airport, Johor




Tepat pukul 8.30 malam Wida dan keluarga semua bergerak menuju ke Lapangan Terbang Senai, Johor. Kalau nak naik kapal terbang make sure kena 3 atau 2 jam awal sebab nak masukkan bagasi dalam kargo. Selalunya Wida dah siap awal2 dan asingkan mana yang boleh bawa naik dalam kabin dan apa barang2 yang tak boleh bawa naik ke kabin. Yang based je Wida bagitau ok. 


Contoh barangan yang tidak boleh dibawa naik ke kabin 
1. Benda tajam macam gunting, pisau, sepit kuku dll
2. Cecair seperti contoh air mineral, deodoran, minyak wangi (dalam kuantiti yang sedikit boleh)
3. Benda atau makanan yang berbau : Tempoyak, jeruk, burger (kadang2 lepas)
4. Bagasi yang melebihi 10 kg. Rasanya kalau boleh bawa pun macam 7 kg je kot. 
Lagi apa ya...ni je yang Wida terfikir buat masa ni.
Kalau lalu kat kastam tali pinggang pun kena buka.



Semua ni dia cek semasa kita lalu kat kastam. Tak boleh nak sorok sebab dia akan scan semuanya. So takde satu pun yang terselamat kalau kita bawa barang larangan. Macam pengalaman Wida first time dulu nak pergi belajar di Kota Kinabalu. Wida bawa gunting plastik yang ringan tu je. Tup2 masa lalu kat kastam Wida kena tahan dan kena buka beg. Habis semua kena keluarkan. Kita tak payah bagitau apa barangnya sebab mereka sendiri akan cakap.



Wida sampai je di Airport Senai Wida terus check-in bagasi yang nak bawa masuk ke kargo. Untuk pergi ke korea ni Wida tempah bagasi 30 kg. Ngam2 je Wida punya bagasi ditimbang 28.9 kg. Selamat lagi la sebab kalau terlebih kena bayar cas. Wida bawa beg roda satu, beg sandang belakang ada laptop, kotak makanan dan beg tangan satu.  Pegawai yang selalu kerja dibahagian bagasi mesti akan tanya destinasi kita nak pergi. So, diaorg akan bagi arahan samada kaunter sudah dibuka dan perlu lalu ikut laluan yang betul.



Seeloknya check-in menggunakan internet dan terus print boading pass. Senang dan tidak memakan masa untuk beratur semasa menunggu giliran. Wida selalu check-in guna internet je. Kalau guna handphone pun boleh jugak. Kalau boleh siap2 sediakan kad pengenalan untuk diserahkan pada pekerja di kaunter. Kalau penerbangan Domestik iaitu dalam negara Malaysia je hanya tunjuk kad pengenalan. Tapi kalau International perlu tunjuk pasport sahaja sebab itu je kita punya pengenalan diri sepanjang berada di luar negara. 



Siap je masukkan bagasi Wida terus pergi solat isyak. Siap2 buang air terus supaya tak la nanti kita kat ruang menunggu nak pergi ke tandas dengan takde siapa nak tengokkan beg kita lagi. Kalau ada barang runcit2 macam makanan ringan ke tak sopan la nak bawa ke tandas. Nasib2 la macam mana sebab selama ni Wida pun seorang je kalau naik flight tak kira la di Sabah ke di Senai ke mahupun di KLIA2. And make sure handphone tu dimasukkan dalam beg kecil yang mudah dibawa atau mudah di bawa masuk dan keluar sebab kat kastam pun handphone kena keluarkan dari poket seluar untuk polis periksa seluruh badan kita.







Masanya sudah tiba untuk berpisah dengan family tersayang. Semua ikut hantar Wida : Mak, Airul, Dekmi dengan suami dan anaknya Wafa, Kak Ein dengan suami dan anaknya Adam, Kak Nong dengan Abg Sam suaminya serta makcik Wida Cik Cah dengan anaknya Eddin. Eddin yang akan drive kereta Wida balik ke rumah. Kalau nak suruh adik lelaki Wida si Airul tu dia belum ada lesen lagi. Takut apa2 hal berlaku.



Ambil2 gambar sekeluarga dulu. Bersalaman dan dapat duit lagi. Hihihi. Actually Wida punya flight ke Korea pada 28.8.2014 pukul 8 pagi. Tapi sebabkan family tak dapat nak hantar ke KLIA2 maka Wida ambil keputusan flight sendiri ke KLIA2 dan tidur di Airport je. 

Bye Family di Johor...

So, masa untuk say good bye pada family Wida. Wida sayu hati kalau nak tinggalkan family ni. Kalau belajar di UPM pun balik tu Wida dah sedih inikan pulak bila pergi jauh ke bumi lain yang asing. Tapi kalau di Malaysia boleh la kita calling2 tapi kat sini nak calling pun susah. Mak Wida la selalu yang nak story Wida hari2 tapi bila dah jauh takde la nak calling2. Wida pun malas la nak pinjam telefon kawan Wida yang boleh buat panggilan ke Malaysia. Biar rindu tinggi segunung baru best bila jumpa semula keluarga di Malaysia.  Ada banyak story nak share.



Lepas naik je ke tingkat atas dan melepasi Kastam, Wida tengok semua dah beratur tunggu giliran nak masuk ke pesawat. Wida pun apa lagi cepat2 la beratur. Macam biasa pekerja disitu akan cek IC dan boading pass penumpang. Ramai juga penumpang nak ke KLIA2. Tapi tak pasti mereka semua nak kemana sebab Wida tak banyak bersuara. Wida dapat seat tepi  tingkap so Wida hanya memandang ke luar tengok pemandangan dari udara. Malam bukannya nampak apa2 pun. Nampak cahaya lampu je.


 Beberapa minit kemudian ada la pengumuman mengatakan hari ini Kapten Farid yang membawa flight kami membelah awan. Wida dah start ngantuk sebab dah pukul10 mlm. Apa lagi tidur la. Berapa minit je penerbangan dari Johor ke KLIA2. Tak sempat orang nak makan flight dah mendarat. Huhuhu kelakar plak tengok diaorg keluar dari flight bawa makanan. 



Tapi sumpah jauh perjalanan nak keluar ke tempat bagasi. Aduhai kalau mak Wida ni berjalan mahunya sakit kepala lutut dia. Memang KLIA2 ni besar gila. Wida ikut je kemana orang keluar berjalan menuju ke tempat bagasi. Lambat sikit la kalau nak tunggu bagasi dan cara mesin tu bergerak lain sangat macam kat Kota Kinabalu International Airport Terminal 2 dan Senai International Airport, Johor. 


Masa untuk mencari tempat untuk Wida landing dan tunggu kawan Wida yang tiba dari Kedah. Dapat juga la landing2 kat KLIA2 tu sementara tunggu flight ke Korea. Kiranya transit Wida di KLIA2 la. Tidur yang tidak selesa macam di rumah. Tapi takpe la janji dapat lelapkan mata sepincag dua. 


Continued...

Thursday, August 21, 2014

Packing Food Time

Assalammualaikum & Salam Syawal
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Wida dah banyak kali packing barang sebenarnya baik pergi kem, rombongan, balik kolej, pergi belajar dan lain2. Tapi kali ni nak packing barang untuk ke luar negara macam lambat2 je. Bukan tak biasa nak sediakan senarai tapi macam masih terfikir2 lagi nak bawa apa. 


Dari banyak pihak yang Wida tanya diaorang cakap makanan halal susah nak cari so Wida bincang dengan mak Wida apa yang perlu dibawa. Kami senaraikan dan kami kira2 supaya tidak melebihi muatan dengan bagasi yang Wida tempah. Mak Wida kata kalau habis dah kira okey la tu sebab Wida pergi sebulan je.



Makanan ni pun nak kena fikir juga apa dia. Yang confirm tu mee segera la. Makanan dalam tin. Biskut Wida tak beli pulak. Wida ada bawa minuman 3 in 1. Harap semuanya dapat menyelamatkan perut kami dan memudahkan kami untuk berjimat. Anyway, Wida pastinya akan berkongsi pelbagai cerita berdasarkan pengalaman Wida sepanjang di sana. 


Terima kasih kepada kedua ibubapa yang banyak menyokong Wida dari segi kewangan dan semangat. Pasti semua ini ada hikmahnya. InsyaAllah.


Terima Kasih Ya Allah

Thursday, August 14, 2014

Pasport Punya Pasal

Assalammualaikum & Salam Syawal
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Menghitung hari lagi berapa hari je lagi dah nak tinggalkan tanah air Malaysia. Bak kata orang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik negeri sendiri kan. Actually Wida nak story pasal pengalaman Wida buat pasport, untuk pertama kali ini la seumur hidup 27 tahun baru nak buat pasport. Sebelum ni pergi Sabah & Sarawak tak pulak kena guna pasport tu pasal tak pernah buat. 


Okey sesiapa yang pertama kali nak buat pasport tu make sure buat awal sebulan. Jangan jadi macam Wida lagi berapa minggu nak terbang baru la nak buat. Kita tak tahu kan kemungkinan2 yang akan berlaku pada kita. Sekurang2nya jika kita buat awal kita dah senang hati dan boleh fikir benda lain. Memang buat pasport sehari je siap tapi kalau bukan rezeki kita nak siap dalam sehari tak dapat juga kan. Lagi2 kalau time orang ramai or system down ke.


First time Wida buat tu punya la jauh hujung benua, sampai2 je kat sana lepas Wida ambil no giliran tu siap disapa lagi dengan pegawai polis yang segak lagi handsome. "Nak pergi mana? Mesti nak kahwin ni kan ikut suami" Amboi sedap je teka-teki teka tekok ea. "Nak pergi belajar la. Kahwin belum lagi." Slumber and gambel je Wida jawab. Dah la kat situ ada seorang pakcik yang dia tengah dok bual2 dengan dia. Pakcik tu lagi peramah. "Nak kemana dik buat pasport ni? Bagus la pergi belajar. Moga selamat semuanya ya dik". InsyaAllah pakcik...


No giliran Wida dah disebut cepat je Wida pergi ke kaunter. Pertama kali nak buat pasport ya? Bila dia tengok gambar Wida pada kad pengenalan dia tengok muka Wida semula. Lepas tu dia suruh Wida scan ibu jari. Bila maklumat dah dipaparkan pada komputer dia, dia dekatkan kad pengenalan Wida di screen komputer. "Maaf kad pengenalan awak ni tak sama muka awak dengan sekarang" polis tu bersuara. 


"Oh tak sama ke? patut la Encik tengok saya berkali-kali. Mungkin tu muka saya masa umur belasan tahun kot. Saya dah lama tak tukar IC sebab pergi belajar je tak sempat la. "So, tak dapat buat la ni sebab awak kena tukar IC awak dulu baru awak boleh datang buat pasport". SEBULAN okey IC boleh siap kata pegawai imigresen tu. "Emm tapi beberapa hari je lagi saya dah nak pergi". Takkan nak bawa kertas sementara tu je. Leceh la. Nak taknak terpaksa la Wida balik dan fikirkan untuk buat IC dulu kemudian baru la buat pasport. 


Lat sehari tu Wida dengan family pergi Batu Pahat nak baru kan IC sekali nak tukar alamat. Tup2 nak ambil no giliran pegawai kat situ kata system down dan kena tunggu sampai orang betulkan mesin dia. Sampai bila nak tunggu. Tapi sempat la buat MyKid untuk anak saudara Wida. Kami pun pergi dari situ. Mak Wida cadangkan cuba nasib kat pejabat imigresen Batu Pahat pula. 


Macam biasa ambil no giliran. Setelah menunggu untuk beberapa minit akhirnya no Wida dipanggil. Bila Wida serahkan IC Wida pegawai tu takde cakap apa2 pun. Takde pulak dia komen gambar Wida di IC tak sama ke apa ke. Terus dia suruh scan ibu jari. Dia tanya ketinggian Wida berapa. Lepas tu dia tanya "Status berkahwin, dah kahwin belum?" Wida dengan semangatnya cakap "DAH" perghhh confident betul menjawab. "Eh tak tak saya belum kahwin. Sorry saya salah sebut". Pegawai tu punya la gelakkan Wida time tu. Sorry saya nervous sikit. 


Lepas ukur ketinggian tu terus pegawai tu suruh Wida duduk untuk ambil gambar. Alhamdulillah semuanya boleh, takde pulak pegawai tu komen muka Wida lain ke apa ke. Senag je berurusan tapi kat hujung benua tu mak aii susahnya nak berurusan. Bukannya muka saya ni beza dengan ketara sangat. Muka Wida ni sama je dari dulu sampai sekarang. Bila pegawai tu tunjukkan muka lama Wida, Wida tengok takde la jauh beza. 


Yang bestnya pegawai tu kata dik awak tarik kebelakang lagi boleh tak sebab kening awak tak nampak la dalam gambar ni. "Sorry la kening saya ni panjang sangat ya sampai tak nampak dalam gambar" Ok terus Wida betulkan tudung. Haaa lagi satu nak tegaskan disini kalau boleh perempuan pakai la tudung yang gelap jangan pakai tudung yang cerah nanti diaorg suruh tukar guna tudung yang diaorg ada. 


Wida pilih untuk buat 2 tahun. So, Wida kena bayar RM100. Mak Wida senyum je sebab Wida dah dapat buat pasport. Hope everything must be okay. Ingat ya pada sesiapa yang nak ke luar negara tu buat la pasport sebulan awal dan jangan buat disaat-saat akhir. Buat awal lega rasanya tak fikir apa2 lagi selain persiapan pakaian. 


Ok la itu je yang Wida dapat kongsikan. Mak Wida kata apa guna ada pengalaman tapi tak share dengan orang lain untuk kebaikkan. InsyaAllah ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku. 


Terima Kasih Ya Allah...

Monday, July 21, 2014

Cerita sepanjang balik kampung dr TBS

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Kali ni ada lagi, al kisah t'jadi di dalam bas sewaktu menuju ke Johor utk pulang ke kampung. Masa tu Wida duduk s'orang kat seat depan sekali, belakang drebar bas. Wida memang suka duduk depan sebab nanti kalau nak turun kat depan kg senang nak bagitau dengan drebar bas. Tak la terkejar2 dari tempat duduk belakang semata-mata nak bagitau nak berhenti kat depan kampung. Kadang2 drebar ni bukan peka sangat bila kita dah bgtau awal2, nti drebar lupa kita nak turunkan kita depan kg.



Ok, sebenarnya Wida tak tahu nak mula dari mana dan nak cerita apa dulu. Banyak sebenarnya nak story. Emm...first Wida pun tak faham sangat dgn dia ni. Lagipun Wida kenal dia baru sekali je tp rasa macam dah lama kenal je. Dia sempoi tapi Wida rasa dia smart juga.



Saat dia naik tangga pertama tu Wida dah terpandang muka dia dan kami pun bertentangan mata (chewah macam org bercinta pulak bertentangan mata). Dia pandang Wida mcm kami kenal je sebelum ni walhal memang kami saling tidak mengenali antara satu sama lain pun. Wida angkat kening kat dia sbg isyarat time tu Wida terpandang dia (walhal cover malu sebab dok perhatikan dia). Ala..Wida tau dia nak tegur Wida tapi dia malu2.


Dia sebenarnya dah terlambat sebab tu dia termengah-mengah masa naik tangga bas. Pulak tu seat dia belakang Wida je. Eeee....rasa malu je bila Wida angkat kening tadi. Emm mula2 rasa nak abaikan je la tapi dia tu sengaja kakinya kena pada tempat duduk Wida. Rasa tak selesa la. Dalam hati cakap 'panjang sangat ke kaki kau tu sampai tak muat nak duduk. Tak selesa ok aku duduk bersandar ni'. Gedak geduk rasanya seat aku ni. Kaki dia seolah2 tendang2 kerusi Wida tu. Last2 Wida abaikan je. 



Tak lama dia naik bas, ada sorang budak perempuan naik juga. Budak perempuan tu duduk seat single sebelah seat Wida seat couple. Wida time tu duduk sorang kat seat couple. Memandangkan tunggu budak lelaki yang lambat tu, bas yang Wida naik tu pun gerak lambat meninggalkan TBS. Tiba2 budak perempuan yang duduk seat single sebelah seat Wida tu panggil Wida. Wida ingat kenapa la dia panggil. Walhal kami tak kenal pun.



"Awak2 pinjam handphone boleh tak, saya nak misscall no tel saya. Saya rasa macam hilang handphone la". Terus Wida bagi handphone Wida. "Ala awak, macam tak ada bunyi je handphone saya kat dalam beg saya ni. Tapi panggilan saya masuk ni" dengan muka risau yang terpamer di muka dia Wida dapat rasa apa yang dia rasa. Sah handphone dia hilang. Dalam masa yang sama pulak bas dah mula bergerak meninggalkan kawasan terminal bas TBS. "Saya rasa saya punya handphone tertinggal kat tempat saya duduk tadi la, aduh macam mana ni" kata budak perempuan tu. Kalau dia bagitau awal2 tadi sempat lagi kalau nak berhenti sekejap dan pergi tempat yang dia duduk tadi.



Wida terus beritahu pakcik bas tentang kehilangan handphone budak perempuan tu, mana la tahu kan kalau-kalau pakcik bas tu ada kawan di TBS yang boleh tengokkan kat tempat budak perempuan tu duduk tadi. Wida nampak sebenarnya budak perempuan tu di ruang menunggu. Dari dalam bas tempat Wida duduk lagi Wida dah perhatikan dia kat ruang menunggu untuk naik bas tapi Wida tak tahu pulak budak tu nak naik bas dengan Wida sebab dia macam tertanya-tanya.



"Awak ada tiket bas? Saya cuba telefonkan pihak TBS, tanyakan pasal barang awak ada tertinggal kat sana atau tidak. Mana tahu diaorg boleh tengokkan" Wida bagi cadangan macam tu la kat dia supaya dia tak risau sangat. Ya, saat-saat kita susah kita pasti mahukan seseorang yang membantu agar ringan sedikit beban yang kita tanggung. Wida pun tak janji nak tolong sampai tahap mana tapi Wida tolong setakat yang Wida mampu.



Bila budak perempuan tu serahkan tiket bas dia Wida sempat baca 'oh nama dia Azura'. Biasa la kalau beli tiket kat TBS tu dia akan tulis nama kita pada tiket yang kita dah beli. Panggilan yang Wida buat ternyata tiada sambutan daripada pihak TBS. Berulang-kali juga Wida cuba membuat panggilan tapi semuanya hampa. Tapi pakcik bas tu dapat call kawan dia dan kawan dia beritahu tak ada apa-apa yang tertinggal kat tempat duduk tu. OMG!!!




Azura terus macam nak nangis. Aduh kesian Wida tengok dia. "Awak guna la dulu handphone saya ni, buat panggilan pada family awak beritahu mereka tentang perkara ni" cadang Wida. Macam skema pulak ayat-ayat Wida ni kan. Tapi jujur... itulah ayat yang Wida perkatakan pada Azura. Dia teragak-agak juga nak ambil tapi dia perlu untuk semua tu. Dia kata nak bayar semula kredit Wida tapi Wida cakap tak perlu la anggap saja saya membantu kawan.



Kesian Wida tengok Azura time tu. Nasib dia nak buat macam mana kan. Wida bagi dia air kotak dia tolak, Wida hulur cupcake pada dia pun dia tolak. Maklum la hati dia sedih sebab handphonenya hilang. Sepanjang perjalanan tu Wida pun tak senang nak tidur, beberapa kali juga Wida cuba nak lelapkan mata tapi tak terlena pun sebab mengenangkan nasib Azura tu. Azura ni seriously cantik beb, macam model. Pada pandangan mata Wida dia ni lembut je orangnya. Muka kacukkan tu.



Entah dah sampai mana tu ada penumpang bagitahu drebar nak buang air. Maka bas pun berhenti kat R&R tapi Wida tak ingat kat mana. Wida tengok budak belakang Wida pun turun jugak. Ramai la pulak nak turun melepaskan hajat. Wida tak turun la sebab memang Wida tak terasa nak melepaskan hajat. Sebelum naik bas tadi Wida dah berhajat di TBS. Eeee....benda ni pun nak taip ke. Hishhh!!! mesti kena taip. Make sure ok mana2 penumpang yang nak naik bas non stop melepaskan hajatnya sebab pemandu bas ni confirm takkan berhenti kerana mereka mengejar masa untuk jadual perjalanan mereka. Maka jangan nak menyusahkan pemandu bas untuk kita berhenti sesuka hati.



Lepas seorang, seorang lagi penumpang naik semula ke dalam bas. Tak terkecuali budak lelaki yang duduk belakang Wida tadi. Hish dia ni nak tenung2 aku pulak dalam hati Wida perasan sanggggattttt kn. Hahahaha apa boleh buat ada matakan. Tapi mulut Wida ni takde insuran tau. Masa budak lelaki tu naik tangga bas Wida tegur dia "Emm...dah keluarkan lepas tu masukkan balik. Nanti asyik nak berhenti pergi toilet je. Lambat la sampai rumah kalau macam ni". Maksud Wida tu Wida cakap dia dah lepaskan hajat tapi dia beli lagi air untuk minum. Nanti tak pasal2 nak berhenti lagi.


Sengal kan Wida ni, macam tu pun nak tegur. Ehhh tapi serius tau budak lelaki tu dengar dan terasa bila Wida cakap macam tu masa dia lalu sebelah seat Wida. Entah macam mana tiba2 dia dekatkan kepala dia dekat seat Wida. Terkejut Wida dibuatnya terus Wida ni melatah. Wida ni kalau terkejut kadang2 melatah tau. Dia boleh gelakkan Wida dia cakap "hahaha melatah rupanya, tau pun terkejut, padan muka". Oh may god...diakah yang kata begitu sungguh sengal orangnya. Ok fine....



Lima minit lepas tu bas mula gerak tiba2 dia tegur Wida "awak2 boleh tak misscall kan no tel saya sebab saya cari telefon saya ni takde pulak". Ahhh sudah...kesengalan dan taktik nak mengurat dia dah terserlah. Oh tidak mungkin Wida akan misscall kan. Wey kita pun tau la awak tu main2 kan kita sebab dia cakap sambil ketawa2. Azura pun berpandangan dengan Wida masa tu sambil senyum2. Wida buat muka annoying.



"Jangan nak menipu ya, nak main2 bukan kat sini" Wida terus sound dia. Dia gelak2 suka. Eeee geram pulak Wida dengan perangai budak lelaki tu. Awak lahir tahun 1991 ya? Tetiba dia tanya Wida dari tempat duduk dia. Wida pun cakap "macam mana tahu???" Wida saja je test dia. Sebenarnya 1991 tu tahun lahir adik Wida. Budak lelaki tu tanya macam tu sebab masa tu Azura asyik tanya je no lock handphone yang Wida bagi Azura pinjam tu. So dia dengar pangkal no tu 910620 so dari situ la dia agak. Wida tak cakap pun usia sebenar Wida. Nak buat apa bagitau kan.



Perjalanan Wida ni selama 4 jam. So, selama hampir 3 jam tu budak ni asyik ambil peluang je nak berbual dengan Wida. Menyampah pulak. Orang baru nak feeling2 menyibuk je. Lepas keluar tol Tangkak tu Wida pesan pada Azura "awak dah bgtau mama awak nanti nak tunggu kat mana?" Wida tengok Azura mengangguk kepala. Ok lega hati Wida.



Bila sampai je dekat Terminal Muar Azura ucapkan terima kasih pada Wida sebab dia dah nak turun di situ. Wida sempat mesej mama dia bahawa anak dia dah turun bas. Takut2 nanti dia tak jumpa mak dia sebab dia dah takde handphone. Orang susah kita tolong la kan. Lagipun sama2 orang Johor. Azura sempat bersalaman dengan Wida.


Ngam2 Azura turun tu tiba2 budak lelaki belakang Wida berdiri, lagak macam nak turun tetiba dia duduk kat seat Azura. Aik!! Kenapa pulak dia ni dalam hati Wida tertanya2 juga la. Tetiba dia kata saja nak tukar tempat duduk sebab senang nak berbual dengan awak. Eeeee tak malu. Nak berbual dengan Wida pulak. Dia tak tahu ke Wida nak pejam mata. Dari tadi tahan mata dari terlelap.



"Awak nak turun kat mana nanti?" slumber je dia tanya tapi dia tak duduk bersandar malahan dia dekatkan kepala dia ke arah seat Wida. Nasib baik la jauh takde la rapat sangat. Wida pun layan je la dah dia tanya. Rupa2nya kami akan pergi ke destinasi yang sama iaitu ke arah Pontian. Macam2 dia nak tanya. Wida pun macam nak taknak je jawab, penat kot nak layan dia. Mulut asyik bertanya je.


Tiba kat Terminal Bas Batu Pahat tu ada penumpang nak turun. Dia tiba2 tanya "sebelah awak tu beg ke? cuba angkat beg tu sekejap". Wida fikir kenapa la nak diangkat beg tu tapi Wida buat juga apa yang dia kata. Tiba2 dia suruh Wida bangun dan duduk kat seat sebelah tingkap tu dan dia duduk di seat Wida duduk dari TBS tadi. Ok....faham dah sekarang. Ini betul2 lelaki ni. Berani betul dia nak mengarah Wida itu dan ini.



"Haaa....baru la senang nak berbual dekat dan dengar. Tadi duduk kat sana tak dengar la apa yang awak cakap. Enjin bas ni kuat betul bunyinya". Saja je dia nak bagi alasan. Orang dalam bas makin dah berkurangan sebab penumpang kebanyakkan akan turun di depan kampung mereka sepanjang perjalanan dari Batu Pahat ke Pontian dan selalunya tinggal seorang dua penumpang je yang akan berhenti hingga ke terminal bas Pontian. Wida salah seorang yang akan berhenti sebelum sampai di terminal bas.



Banyak betul dia nak tau pasal Wida. Rumah kat mana? Awak kerja ke belajar kat KL tu? Hobi awak suka buat apa masa lapang? Ahh sudah jenuh ni Wida nak menjawab soalan dia. Banyak betul kalah cikgu sekolah soal anak murid dia. Wida pun jawab la soalan dia tu ala kadar. Dia ni siap dekat kan telinga dia ke arah Wida. Aik macam nak rapat pulak. Nasib baik seat bas ni ada pengadang kat tengah2 tu untuk letak tangan. So, terbatas la juga dia nak duduk dekat2 dengan Wida.



Dia ni kelakar juga orangnya tapi dia suka jerat Wida dengan soalan2 dia yang entah apa2 Wida tak dapat jawab. Kesian Wida. Last2 dia gelakkan Wida. Dia punya soalan kalah soalan SPM tau. Dia mula nak duduk rapat dengan Wida, Wida dalam hati dah tertanya-tanya kenapa la dengan budak ni. Kami sembang2 kosong lepas Wida banyak tak boleh jawab soalan dia tu. Kesian Wida ni. Dia ada bgtau juga untuk pinjam telefon Wida sebab handphone dia dah nak habis bateri. Wida sempat tengok sebab dia tunjuk pada Wida handphone dia tu.



"Kalau handphone saya ni mati sebelum saya sampai kampung saya, boleh tak saya nak pinjam handphone awak untuk mesej saudara supaya ambil saya depan kampung". Banyak pulak permintaan dia. Kalau dia cakap nak minta no telefon Wida time tu Wida ok je. Hahahaha...gatal kan Wida ni mengada-ngada nak bagi no telefon pada orang lelaki. Be to profesional la, so Wida bagi juga no tel pada dia akhirnya. Amboi Wida tengok dia senyum semacam.


Oh rupa2nya dia dah nak turun depan kampung dia. Wida jauh lagi perjalanan. Akhirnya lepas beberapa minit kami bersembang dia dah bangun untuk bagitau driver bas untuk turun depan kampung dia. Dia senyum je tengok Wida. Sempat dia bisik pada Wida "nanti ada masa free mesej la saya"...kepala otak terus berfikir perlu ke mesej2 bagai.



Yang Wida ingat sampai sekarang ni bila dia time tu dah turun ke anak tangga paling akhir, boleh pulak dia pandang semula ke arah tempat duduk Wida lepas tu dia cakap "bye2 awak, jumpa lagi" sambil lambai2 tangan dia pada Wida. Hishhhh tak malu betul la budak tu, Wida pulak yang tiba2 malu sebab pakcik bas tu tengokkan Wida je melalui cermin pandang belakang bas.


Wida tak fikir pun yang kami akan berkawan sebab sebelum ni ada je macam ni tapi tak kawan pun lepas dah jumpa tu. Dia ni tak tau la macam mana pulak.


MAYBE TO BE CONTINUED...



Thursday, July 3, 2014

Puasa ke-4

Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Dah 4 hari Wida stay di kolej gara2 nak siapkan tesis FYP yang tergendala sebab Wida join program keusahawanan. Emm...orang yang tak join keusahawanan pun tak siap2 lagi tesis inikan pulak orang yang ikut program sana sini. No komen :) masing2 punya usaha kan so, lambat ke cepat Wida harap sempat la Wida hantar pada dekan dan pada penyelaras untuk disemak. 


Mahunya semua pelajar beratur depan bilik doktor penyelaras FYP tu. Wida pun salah seorang yang akan menunggu giliran untuk disemak. Penat la sebab buat kerja last minit. Wida boleh tertidur dalam kereta dekat satu jam jugak la. Wida ingat nak rehat2 je. Lepas tu Wida sedar dan tengok jam dah pukul7.30 ptg. 


Wida capai air terus berbuka. Bila dah minum seteguk dua tu baru teringat "eh dah azan ke belum ea..." ini Wida dah minum dah. Kebetulan Wida dengar azan di radio "sekarang masuklah waktu solat maghrib" fuhhh selamat, ingatkan terawal dari sepatutnya. Tapi Wida dah ikut waktu berbuka KL la. Wida duduk Serdang. Emmm kira lebih kurang halal la. Air pun dah minum masuk dalam perut apa cerita, takkan nak keluarkan balik kan. Tak patut...



Ada berita yang mengejutkan bila Wida tengok kereta Wida remuk dan terguris di bumper kereta. Tak tahu dan tak sedar bila benda tu berlaku. Tahu2 je tengok dah kemek kereta Wida. Alahai luluh hati ni. Nak cakap apa pun tak boleh. Benda dah berlaku. Tapi semalam Wida ada parking kat Masjid UPM. Tak sure la kalau benda tu berlaku di masjid. 


Lepas tu ada dengar khabar pulak kereta kena saman sebab memandu laju masa nak pergi KPM. 80km/j laju ke bila naik bukit??? So nak bawa 60 memang tak naik la bukit. Dengan berat barang lagi dalam kereta. Ngam2 kereta Wida kena, sekali dengan dua orang kawan Wida kena juga sebab kereta mereka belakang kereta Wida. Maka road tax dah nak kena barukan akhir bulan 7 ni. So, terpaksa la bayar saman dulu baru boleh ambil insuran dan road tax kereta. 



Adakah ini malang atau nasib. Emm...redha je la, nak buat macam mana kan. Kalau kita ni reti buat silap mata nak je buat itu ini. So, secara kesimpulannya kena la bayar semua tu dan repair kereta yang remuk tu. Aduhai kena keluar duit lagi. 


Ramadhan Bulan yang mulia InsyaAllah ada hikmahnya. 

Friday, June 20, 2014

Habis Exam!!! Semester Break

Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah semalam 20/6/2014 menjadi sejarah menjawab kertas peperiksaan statistik untuk semua yang mengambil subjek Statistik Untuk Sains Gunaan. Memandangkan Wida salah seorang student sains so wajib la mengambil subjek ni. Sebenarnya Wida boleh buat pengecualian untuk subjek ni tapi Wida tak past, masa diploma dulu tak dapat banyak A untuk subjek kira2, maka Wida la seorang tercampak kat dalam group 3 untuk ambil subjek ni. Kawan2 semua gelakkan Wida ambil statistik.



Pensyarah statistik tu cakap selamat maju jaga moga kita tidak bertemu lagi untuk semester hadapan. Wida pun kalau boleh subjek statistik tu lulus walaupun tak cemerlang sebab Wida tau Wida bukan pelajar pintar bab kira2 ni. 



So, habis je exam Wida terus pergi International Officer untuk hantar surat Wida ke luar negara. Wida pergi cuci kain kat Sri Serdang. Nak cuci kereta tapi banyak kereta pulak kat tempat cuci tu, so Wida tangguh untuk cuci waktu petang. Huhuhu...dah kilat dah pakwe Wida tu. Mama2 sebenarnya nak buat tapi kepala dah pening balik dari mencuci terus tidur.


Petang nak pergi cuci kereta lepas tu singgah sebentar di Pasar Malam Sri Serdang dengan roommate Wida seorang tu Cik Intan Diana. Tak pusing mana pun, cari kasut, beli makanan lepas tu balik semula ke kedai cuci kereta.



Malam tu lepas kawan hantar barang ke bilik Wida, terus la Wida packing baju nak pergi program Tradec'14. Tak jauh mana pun kolej 11 je. Tapi seminggu la program tu. Huhuhu...barang2 dalam bilik ni tak kemas lagi. Entah la, macam susah je nak mengemas2 barang ni.


Balik ke bilik sambung lagi bersembang dengan kawan Cik Intan Diana. Wida panggil dia Cik Ila. Apa entah namanya tak ingat pulak. Tak sempat nak berkenalan dengan lebih rapat. Roommate Wida dengan kawan dia tu pelajar PHD. Wow!! sekali diaorg menyembang memang tak boleh nak menyampuk la sebab diaorg ni penuh ilmu didada. Semua bab diaorang tahu. Wida ni tau apa??? tau blogger je. Hampeh betul Wida ni.


Bersembang dengan Cik Ila sampai pukul 2 pagi. Dia dah ngantuk2 tapi Wida ni la yang banyak mulut cerita itu ini. Tapi Wida tengok dia pun gelak2. Walhal bukan kelakar sangat pun Wida cerita tapi pada dia best kot dengar Wida cerita tu yang dia dok gelak2 je. Lepas ni dah tak jumpa lagi dah sebab Wida dah habis belajar. Praktikal pulak 4 bulan.


Ok la Wida nak packing2 barang lagi. Macam perlukan lori je ni untuk dibawa balik semua barang. Hahahaha ternyata banyaknya barang saya ni. Tapi bukan Wida seorang je tau sebab Wida hari tu nampak ada lori angkat barang student ni. Punya la banyak barang dia. Tapi senang la mengangkut guna lori. Maybe angkut motor sekali kot.


Lepas ni takde story tentang student lagi. Wida story and share perkara lain pulak. Wassalam

Wednesday, June 18, 2014

Program Cuti Semester

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Anak Johor Pasti BOLEH!!!





Satu malam Wida tak tidur gara-gara nak siapkan tesis Wida yang tak siap2 lagi tu. Sikit lagi hampir kesemuanya selesai. Moga2 dapat la Wida selesaikannya sebelum balik ke Johor.
Bila dah bersengkang mata dari tengah malam hingga la ke pagi lepas solat subuh tu kononnya nak tidur la kejap. Huh takde maknanya sekejap. Sekejap Wida tu pukul10 pagi baru tersedar. 


Itupun kalau handphone Wida tak bunyi confirm tengahari pukul 12 baru Wida bangun. Inilah salah satu kelemahan student. Kalau dah tidur tu tidur mati tak ingat dunia. Tapi solat tak tinggal ya. Kewajipan sebagai umat islam perlulah dilaksanakan. 


Pukul 10.12 pagi tu Wida dapat satu mesej :

Salam. TAHNIAH kerana telah terpilih untuk menyertai program TRADEC' 14!
Program akan bermula pada 21 Jun 2014 bertempat di Kolej Kesebelas UPM.
Masa pendaftaran adalah pada jam 1.45 petang dan program akan bermula pada jam 2.30 petang.
Mohon semua peserta dapat membawa laptop, salinan SSM, salinan ic, gambar berukuran pasport serta pakaian yang bersesuaian. Harap maklum.


Mata masih mamai masa tu. Wida ingatkan mesej apa la cakap tahniah. Ohhh rupa2nya terpilih juga untuk sertai program TRADEC. Program yang diaorg semua kata mencabar dan kiranya ala2 pertandingan tau ni. So, berlawanan la kami dalam masa 2 bulan.


Wida sepatutnya pergi dengan kawan Wida tapi kawan Wida tu tolak dan tarik diri daripada menyertai program ni. So,macam biasa sendiri2 la Wida nanti. Tapi takpe dapat kawan baru yang sama2 suka berniaga. Program ni tentang keusahawanan. 


Bila Wida bagitau kawan Wida yang tarik diri tu, dia siap pesan "Ko settlekan dulu ko punya FYP Wahid. Jangan nanti FYP ke mana TRADEC yang ko dulu kan".
Terima kasih kawan kerana mengingatkan aku. InsyaAllah semuanya dalam keadaan terkawal lagi. 


So, berkampung lagi la Wida kat UPM ni selama seminggu lagi. Moga dipermudahkan semua urusan. Cabaran tetap disahut walaupun perjuangan itu belum bermula. Aku tetap aku yang akan menguji diri aku semana kemampuan aku untuk aku mencapai tahap kejayaan. Jika berlandasakan kepada jalan Allah aku percaya apa yang aku lalui dan lakukan adalah kerana Dia. Dia yang mengetahui semuanya dalam dunia ini. Wassalam

Tuesday, June 17, 2014

Outing With Syazwina & Izzati

Assalammualaikum & Salam Keusahawanan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Wida tudung hitam, yang tengah tu Syazwina dan lagi sorang tu Izzati.


Emm...lama dah kot plan nak kuar sama2, lepak2 la konon. Wida kenal diaorg ni lepas balik dari Kem Lab Minda Keusahawanan di Tanjung Bidara Beach Resort. Actually, masa kat sana takde la kenal pun, nampak diaorg pun tidak. Nampak diri sendiri je time tu. Huh ternyata saya yang sombong. 


Izzati dengan Wina satu class kat fakulti ekonomi UPM ni. Why not la diaorg rapat. 
Seorang asal Bangi seorang lagi asal Kajang. Diaorg rapat kot. Tapi masa kem tu Wida lebih kenal dengan Wina sebab dia ada pernah buat khidmat dengan group Wida. 


Kami decide pergi Alamanda selepas dah tak tahu kat mana nak pergi lagi. Alamanda dengan UPM just ambil masa 15 minit kot. Wida pun tak pasti la. Wida pun bukannya pakar sangat jalan2 kat Putrajaya tu. Izzati la tunjuk jalan.


Makan2 kat food court. Macam2 yang kita orang cakapkan sampaikan Wida ni terlebih cakap. Kesian Wina tak dapat cakap. Izzati lagi la asyik gelak dan senyum2 je sebab tak dapat nak cakap. Macam2 kitaorg story. 



Last kitaorg pergi Sri Serdang jalan2 kat HVC Bundle tengok barang2 jaulan Wida kat situ. Kesian dekat Izzati sebab hari rabu dia ada paper. Beria-ia dia bawa nota law dia pergi outing ni. Wida doakan moga dia lulus dengan cemerlang.  


Wida happy la kawan dengan Syazwina and Izzati. Walaupun perkenalan kita tak berapa nak lama, tapi Wida suka ada kawan2 yang macam korang. Sempat lagi Wida hantar diaorg ke pejabat kolej sebab diaorg tak dapat duduk kolej semester depan. Diaorg kena tendang dan macam biasa kolej serumpun adalah salah satu sasaran budak2 dari kolej2 lain. 


Macam Wida ni lain la, memang dari semester satu lagi Wida dah stay kolej serumpun. Pada Wida serumpun ok lagi sebab tak dipaksa untuk ikut aktiviti. Kita kalau nak ikut sangat aktiviti tapi pelajaran kita terabai baik tak payah macam tu. Hope diaorg dapat la stay kat kolej serumpun. Biarlah dari mana kita datang kita tetap satu UPM.


Ada masa kita lepaking lagi...outing lepas ni pergi jauh2 sikit. Setakat Alamanda je dah biasa la. Tapi biarlah masa yang menentukan kami untuk berjumpa dan we go out together again. I miss you Wina and Izzati. Zati sporting and Datin Wina sempoi. 



 Group Izzati.
Zati kiri sekali.


Ini Group Syazwina.
Wina tu yang pakai tudung hitam.



Ini group Wida. 
Kami lah JUARA Lab Minda Keusahawanan 03 UPM
Tak sangka pulak group kami menang. Tengok sempoi2 je kan semuanya. Tapi kami ada strategi tersendiri dalam penjualan barang dan perkhidmatan. 
Wida semangat pegang teh o bungkus, bos kami bawakan kami bekal.


Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menerima kedatangan kami. 

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :