Assalammualaikum w.b.t & Salam Kebahagiaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
CONGRATULATION!!
Wedding Rafeah & Aqif
Nak tergelak sorang2 bila tengok gambar ni sebab time ni Wida tengah jeling sorang mamat tu yang dari tadi Wida sampai asyik dok tengok2 Wida dari jauh je. Wida perasan sebab bila Wida tengok ke arah dia, dia pun tengah tengok Wida. Eeee...gatal betul mata ni nak tengok2 orang. Last2, bila dah bertentang mata Wida angkat2 kening je. Tau pulak dia segan.
Alhamdulillah akhirnya sahabat Wida yang sorang lagi ni melangsungkan perkahwinan. Actually, pengantin perempuan yang Wida panggil dia Kak Peah ni pernah duduk satu rumah dengan Wida masa kami belajar kat Politeknik Shah Alam dulu.
Kak Peah ni pun merupakan kakak pada kawan Wida iaitu Jamilah masa Wida bersekolah kat Teknik Batu Pahat. Kak Peah pun pernah tinggal di rumah Wida masa kami sama2 belajar jahitan kat Giatmara Sri Gading.
Kak Peah sekarang berkerja di Politeknik Kulim. Suami dia pun bekerja di tempat yang sama. Walaupun lambat sikit jodoh Kak Peah sampai tapi terus dapat kahwin dengan pensyarah. Kelas kau Kak Peah. Setiap jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya pasti yang terbaik untuk kita. Alah 28 tahun masih muda lagi la Kak Peah.
Kak Peah, Wahid rasa Kak Peah ada harapan nak dapat anak yang macam akak idam2kan. Baby yang comel2 gebu2 tembam2...terkedek2 jalan kearah akak sambil panggil "mama ... mama...." hahahaha. Good luck Kak Peah.
Sedapnya nasi minyak Kak Peah ni. Alhamdulillah kenyang makan kenduri Kak Peah yang diadakan di Dewan Orang Ramai Yong Peng.
Sekarang buat majlis kat dewan je senang. Sini la destinasi hentian Wida selepas 4 jam drive.
Actually, Wida dari UPM pagi tu bertolak pukul 10 pagi dengan kawan2 Wida yang sama kolej. Naik 4 orang dari UPM. Sampai Ayer Keroh turunkan 2 orang. Lagi seorang Wida drop kan dekat Muar. Lepas tu Wida drive sorang2 sampai ke Yong Peng. Punya la mengantuk Wida masa drive tu sampai rasa macam terlelap sebenarnya tapi berlagak taknak berhenti kat mana2.
Tapi lepas ni janji dah tak buat lagi. Kalau Wida rasa mengantuk Wida akan berhenti dan rehat sekejap. Apa2 pun boleh berlaku kalau Wida terlelap. Ya Allah jauhkan la daripada perkara yang tidak diingini. Nasib baik Wida dapat attend wedding Kak Peah sebab kebetulan Wida balik Johor sempena raya aidil adha. Balik 3 hari je la sebab hari jumaat tu ada kelas sampai petang. Nak balik malam dah takde kawan.
Tema purple jadi pilihan Kak Peah. Lenggang je nampaknya kan. Sebenarnya Wida dah jadi orang yang last2 juga la yang datang. Tetamu jauh la kononnya. Hahaha...
Sebenarnya orang catering tu pantas dan cekap bila bersihkan meja angkat pinggan dan cawan sebab tu nampak kemas dan bersih je. Ok juga Wida datang lewat sikit sebab dapat la bersembang dengan pengantin perempuan lama2. Rindu dengan Kak Peah sebenarnya sebab dah lama sangat kami tak berjumpa. Last jumpa tu pun rasanya masa Wida pergi Kedah wedding Hanim housmate kami dulu.
Terima kasih Kak Peah
Lepas dah habis bersembang dan bergambar bagai. Wida pun minta izin nak balik. Tak larat dah rasanya nak drive ke Pontian pulak balik ke rumah. Sempat lagi bersalaman dengan Kak Peah. Akhirnya Wida rasa sebak tiba2 bila bersalaman dengan Kak Peah. Maklum la Kak Peah ni dulu banyak bantu Wida, akhirnya dia dah jadi milik orang.
"Kak Peah, Wahid nak peluk akak sikit"...Wida minta izin. Bila Wida peluk dia erat2 tu Wida rasa kehilangan pulak. Dia yang baik hati. Tapi kan yang peliknya suami dia tetiba cakap "lepas ni rajin2 la contact2 Peah sebab taknak Peah rasa sunyi takde kawan pulak lepas kahwin". Sungguh memahami betul la suami Kak Peah ni.
Dulu masa Hanim kahwin pun macam tu juga. Rasa sedih bila terkenangkan majlis akad nikah Hanim yang berwalikan adik lelaki dia sebab ayah Hanim dah takde. Tapi alhamdulillah adik lelaki Hanim dapat mengatasi situasi akad nikah tu. Semua dengan izin Allah berjalan dengan lancar.
Wida doakan semoga perkahwinan Kak Peah dan Encik Aqif berkekalan sehingga akhir hayat. Dikurniakan zuriat yang comel2 macam Kak Peah mahukan. Hahahaha...tinggi betul angan2 Kak Peah dulu. Harapannya agar menjadi kenyataan la. Amin3...
Last2 tau tak pasal lelaki yang dok pandang2 Wida tu, dia minta no tel Wida. Time tu Wida tanya dia ada duit untuk tukar tak. Dia kata ada tapi time tu dia cakap terus minta no tel Wida boleh ke tak, so pasal nak tukar duit tu juga untuk beri mak pengantin salam keruk Wida pun bagi la no tel Wida pada dia. Nama dia Syakirin. Ok Encik Syakirin...terima kasih banyak2 sebab bagi tukar duit tu.
No comments:
Post a Comment