Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Pada 25-27 Oktober 2013 sebenarnya Wida telah menyertai satu kem bertempat di A'Famosa Resort Melaka bersama dengan 8 orang lagi pelajar yang berlainan fakulti di Universiti Putra Malaysia. Kami seramai 9 orang yang terdiri dari 3 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar wanita mewakili UPM untuk Kem Kecemerlangan Perniagaan (BE) Siswa/Siswi 2013.
Kami telah berkumpul di Kompleks Akademik A seawal pukul 8.30 pagi kerana dijangkakan kami akan bertolak ke A'Famosa Resort pada pukul 9.00 pagi. Setelah berkumpul dan sarapan kami bertolak ke A'Famosa Resort pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan kami selamat tiba di A'Famosa Resort pada pukul 11.30 pagi.
Disini adalah tempat paling awal yang bas hantar kami. Tetapi disebabkan pihak penganjur belum sampai kami dihantar dahulu ke Condo D' Savoy. Kami terus dihantar ke tempat dimana kami menginap. Hampir sahaja beg kawan2 saya dibawa balik semula ke UPM sebab bas sudah bergerak mahu pulang ke UPM. Nasib baik sempat lari kejar bas so dapat la diaorg ambil beg masing2. Kalau tidak memang takde baju la jawabnya.
Condo Tower 1 Berhadapan dengan Condo kami menginap
Disinilah kami check-in selepas pihak penganjur hadir
Letak beg dulu kat bilik penyelia Tower 4
Setibanya kami disana kami dapati belum ada lagi mana-mana perserta dari universiti lain dan pihak penganjur yang tiba. Mengikut tentatif program kami sepatutnya mendaftar pada pukul 3.30 petang iaitu selepas solat jumaat. Tapi disebabkan bas dari universiti kami menghantar kami awal maka kami semua terpaksa menunggu pihak penganjur dan berharap agar kami dapat bersabar menunggu kedatangan mereka yang sudah dalam perjalanan ke A'Famosa Resort.
Kami berkumpul di Lobi Tower 4
Sementara kami menunggu kehadiran pihak penganjur kami sempat berkenalan dahulu dengan semua peserta dari UPM. Memandangkan kami dari fakulti yang berbeza maka kami belum mengenali sepenuhnya selepas menghadiri mesyuarat sebelum bertolak ke A'Famosa Resort. Kebanyakkan dari kami semua adalah berlatar-belakangkan dengan usahawan tidak kira yang sudah mempunyai syarikat ataupun tidak. Kami berkongsi sedikit tentang asal usul kami dan banyak lagi.
Bakal usahawan
Emm...ok la tak nak taip panjang2 sangat. Jom temgok aktiviti kami selepas pihak penganjur sampai. Kem yang Wida takkan lupakan sampai bila2 sebab disinilah Wida dapat rasakan keyakinan Wida untuk tampil dihadapan dengan lebih berani walaupun dalam hati gugup sangat2.
Nak pergi makan tengahari. Lapar dah.
Hiasan sempena perayaan depavali yang akan tiba tak lama lagi.
Bahagia je rasa kat sini. Terasa segala pening lalat belajar hilang macam tu je bila sampai sini. Terus lupa assignment yang berlambak tu. Tapi ok jugak la dapat siapkan.
Menghampiri ke tempat makan.
Makanan Wida hari ni. Sedap sangat2. Actually, Wida tak la tamak nak makan banyak2. Ini share dengan Millah.
Aizat dengan makanannya yang banyak.
Ok kami layan makan dulu ya, nanti continue lagi. Thanks sudi luangkan masa singgah blog Wida yang tak seberapa ni.
No comments:
Post a Comment