engkau boleh !!

Saturday, October 19, 2013

Meetball Ikea Damansara

Assalammualaikum w.b.t & Salam Keriangan 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


 Now, i am here at Kidzania Damansara


Semata-mata nak rasa makan meetball yang diperkatakan oleh Nadia, Fatin dan Fikri maka Wida sampai juga akhirnya di Ikea Damansara pada tarikh 19/10/2013 hari sabtu petang. Petang tu Wida drive ke sana dengan diberi arahan oleh Nadia dan adiknya. Kami pergi sana 5 orang termasuk adik Nadia dua orang. Punya la ramai manusia hujung minggu tu sampai susah nak cari parking.


Last2, Wida parking kereta kat Kidzania. Kat situ ramai betul budak2 sekolah. Ada rombongan rasanya. Naik segan pulak Wida bila berjalan lalu dekat budak2 sekolah tu. Dah takde laluan lain so terpaksa la lalu kat situ juga untuk pergi ke Ikea. Rasa dah macam budak2 pun ada juga, tak pun rasa macam cikgu sekolah. Hihihi



Sampai je kat Ikea tu Ya Allah lagi ramai manusia berbanding kat Kidzania tu. Tiba2 tengok barisan panjang gila untuk beli makanan. Nak tak nak terpaksa la beratur. Tapi Wida tak beratur pun Wida cari meja kosong untuk duduk. Nanti kalau tak cari tempat duduk dah susah bila dah beli makanan. Takkan nak bersila bawah meja atas lantai. Kurang sopan la pulak kan.


Cari punya cari tempat akhirnya jumpa terus Wida cepat2 duduk. Copkan untuk semua. Fatin dah ambil giliran untuk beratur panjang. Wida dah drive kan so takkan nak beratur pulak tak pe la bagi kat Fatin yang beratur. Wida order je dengan dia.


Tengah duduk2 sambil tunggu diaorg beli meetball ada orang duduk sebelah table Wida. Muda juga orangnya. Handsome lagi bergaya walaupun cuma ber t'shirt dan seluar jeans. Lepas tu datang pulak seorang pakcik duduk sama di meja sebelah Wida. Pakcik tu senyum2 dekat Wida. Wida dengar dia punya loghat tak macam orang Malaysia. 


Rupa2nya betul dia bukan orang Malaysia. Dia datang dari Jakarta dengan isteri dan dua orang anak lelakinya. Kami bersembang la sekejap sambil tunggu makanan sampai. Nadia mula2 dengar juga apa yang Wida dan pakcik tu bualkan tapi lepas dah dapat panggilan dari Fatin suruh bawa troli untuk ambil makanan, tinggal la Wida sorang2 berbual dengan pakcik tu. 


Lama juga Wida berbual dengan pakcik tu. Dia cakap dia pergi Melaka. Jalan2 ada orang Johor bawa dia pergi sana sini. Pakcik tu siap cakap lagi nanti dia tanya orang tu Johor area mana. Tak lama tu, makanan pakcik tu sampai. Ada la isteri dia dan anak dia. Muda juga tapi kata pakcik tu anak dia dah tahun keempat belajar di universiti Indonesia. 


Pakcik tu siap kenalkan Wida lagi dengan isteri dia, Wida pun senyum la. Bila dia tunjuk mamat yang asal dari Johor tu Wida pun senyum la. Gulp!! dia tak senyum langsung siap buat muka blur dia. Ok sabar Wahid sabar. Mr Arrogant no 2 la dia ni. Kalau no 1 tu Mr Arrogant kat tv3. Dalam hati Wida ada juga orang Johor sombong macam dia. Wahai Mr Arrogant, siapa pun awak, tinggi mana pun jawatan awak tapi nama orang Johor takde yang sombong ok. Takkan nama org JB je sombong.



Terus mood Wida berubah. Malas dah nak pandang. Pakcik tu nak hulurkan chicken wing pada Wida tapi Wida tolak dengan baik "takpe encik makan la, saya tunggu kawan saya". Wida duduk kat situ macam dah panas je. Kejap Wida tengok luar tingkap kejap Wida tengok handphone. Lama juga kawan2 Wida beratur. Tapi lepas dah nampak kawan Wida sampai Wida pun terus bangun bantu bawa pinggan ke meja. 





 Jeng jeng jeng!!!! 
Ini la meetball yang Wida pesan. 5 ketul je taknak banyak2 nanti tak habis membazir je. Bila Wida dah dapat makanan Wida ni Wida terus tak pandang langsung orang2 yang duduk sebelah Wida tu. Wida perasan juga dengan ekor mata Wida yang pakcik tu tengok2 tempat Wida tapi Wida buat2 tak tahu je. Malas dah nak bertentang mata sebab kan Mr Arrogant No.2 tu.



Wida pun berbual2 la dengan kawan Wida. Tiba2 Fatin bisik "dah habis berbual ke dengan orang tu?".... Wida terus la cakap "amboi cepat betul gosip tersebar. Nad bagitau apa je dekat Fatin?" hahahaha jealous la tu Wida berbual dengan orang. Lepas tu masing2 khusyuk dengan makanan masing2. 



Wida makan tak banyak sangat so cepat la habis. Wida pun perasan orang sebelah meja Wida dah habis makan. Tak lama tu pakcik tu dah bangun. Dia sempat sapa Wida "moga ketemu lagi". Wida senyum je sambil balas "selamat jalan". 


Nadia siap cakap lelaki tu tengok2 dan bisik2 kat anak lelaki pakcik tu. Alah ada aku kesah. Menyampah pulak. Kami berlima pun habiskan sisa baki makanan kami. Lepas tu, kami pilih untuk balik tapi sempat lagi Nadia dengan adik2 dia jalan2 sekitar The Curve. 




 Lepas makan meetball bertambah gemuk Wida. Hahahaha




Ok nak balik dah. Pening kepala tiba2. Maybe kena renyai2 hujan time angkat kain kat ampaian. Sensetif betul Wida ni. Sawat di ka. Khap khun ka. Tata 

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :