engkau boleh !!

Monday, October 28, 2013

Kem Kecemerlangan Perniagaan (BE) Siswa/Siswi 2013

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Pada 25-27 Oktober 2013 sebenarnya Wida telah menyertai satu kem bertempat di A'Famosa Resort Melaka bersama dengan 8 orang lagi pelajar yang berlainan fakulti di Universiti Putra Malaysia. Kami seramai 9 orang yang terdiri dari 3 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar wanita mewakili UPM untuk Kem Kecemerlangan Perniagaan (BE) Siswa/Siswi 2013. 



Kami telah berkumpul di Kompleks Akademik A seawal pukul 8.30 pagi kerana dijangkakan kami akan bertolak ke A'Famosa Resort pada pukul 9.00 pagi. Setelah berkumpul dan sarapan kami bertolak ke A'Famosa Resort pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan kami selamat tiba di A'Famosa Resort pada pukul 11.30 pagi.





Disini adalah tempat paling awal yang bas hantar kami. Tetapi disebabkan pihak penganjur belum sampai kami dihantar dahulu ke Condo D' Savoy. Kami terus dihantar ke tempat dimana kami menginap. Hampir sahaja beg kawan2 saya dibawa balik semula ke UPM sebab bas sudah bergerak mahu pulang ke UPM. Nasib baik sempat lari kejar bas so dapat la diaorg ambil beg masing2. Kalau tidak memang takde baju la jawabnya. 




 Condo Tower 1 Berhadapan dengan Condo kami menginap


 Disinilah kami check-in selepas pihak penganjur hadir



Letak beg dulu kat bilik penyelia Tower 4


Setibanya kami disana kami dapati belum ada lagi mana-mana perserta dari universiti lain dan pihak penganjur yang tiba. Mengikut tentatif program kami sepatutnya mendaftar pada pukul 3.30 petang iaitu selepas solat jumaat. Tapi disebabkan bas dari universiti kami menghantar kami awal maka kami semua terpaksa menunggu pihak penganjur dan berharap agar kami dapat bersabar menunggu kedatangan mereka yang sudah dalam perjalanan ke A'Famosa Resort.




Kami berkumpul di Lobi Tower 4



Sementara kami menunggu kehadiran pihak penganjur kami sempat berkenalan dahulu dengan semua peserta dari UPM. Memandangkan kami dari fakulti yang berbeza maka kami belum mengenali sepenuhnya selepas menghadiri mesyuarat sebelum bertolak ke A'Famosa Resort. Kebanyakkan dari kami semua adalah berlatar-belakangkan dengan usahawan tidak kira yang sudah mempunyai syarikat ataupun tidak. Kami berkongsi sedikit tentang asal usul kami dan banyak lagi. 



Bakal usahawan



Emm...ok la tak nak taip panjang2 sangat. Jom temgok aktiviti kami selepas pihak penganjur sampai. Kem yang Wida takkan lupakan sampai bila2 sebab disinilah Wida dapat rasakan keyakinan Wida untuk tampil dihadapan dengan lebih berani walaupun dalam hati gugup sangat2.




Nak pergi makan tengahari. Lapar dah. 



 Hiasan sempena perayaan depavali yang akan tiba tak lama lagi.


Bahagia je rasa kat sini. Terasa segala pening lalat belajar hilang macam tu je bila sampai sini. Terus lupa assignment yang berlambak tu. Tapi ok jugak la dapat siapkan.


Menghampiri ke tempat makan. 




 Makanan Wida hari ni. Sedap sangat2. Actually, Wida tak la tamak nak makan banyak2. Ini share dengan Millah.




Aizat dengan makanannya yang banyak.


Ok kami layan makan dulu ya, nanti continue lagi. Thanks sudi luangkan masa singgah blog Wida yang tak seberapa ni.




Sunday, October 20, 2013

Balik Cuti Semester

Assalammualaikum & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Actually, this moment after i'm going back to hometown since semester break sem 4. Before this i have to go foresty camp at Puchong under my faculty for 2 week. Now, i am back. Homesick la kan apa lagi. Maklum la duduk dalam hutan 2 minggu tanpa dapat guna langsung alat komunikasi. Terputus dengan dunia luar seketika. 

Gambar ni time Wida kat Terminal Bersepadu Selatan untuk pulang ke kampung. Habis je cuti semester semua orang balik kampung tapi Wida kena pergi kem hutan. Kem hutan ni adalah salah satu syarat wajib untuk bergraduat selain starting and finishing school. Apa boleh buat nama pun pelajar so kena la join kem ni.



Nampak macam lenggang kan. Maklum la pagi lagi time ni so orang tak ramai. Kalau nak nampak orang ramai time cuti perayaan la. Confirm orang bersepah sana sini kat TBS ni.



Pagi tu Wida suruh orang hantar Wida ke TBS. Kalau nak naik bas and komuter memang tak la sebab barang banyak sangat. Apa lagi sewa kereta la minta tolong orang hantar. Dari UPM ke TBS RM 20 kalau Wida tak silap la. Lagipun dia ambil kat depan blok kolej. 


Ni je la barang2 yang Wida dapat bawa kalau tidak banyak lagi ni Wida nak bawa balik tapi tak larat la. Cukup la satu troli je. Ni pun Wida nak tolak gunkan tenaga juga. Macam biasa Wida sorang2 balik ke Pontian tanpa ditemani sesiapa sebab Wida memang selalu sorang2 bila balik kampung. Tapi dalam bas kan ramai so takde hal la.


Tunggu kat gate 10. Selalunya tunggu kat gate satu or dua. Tapi sebab waktu pagi kot sebab tu kat gate hujung2.



Asyik ambil gambar troli dengan beg je. Biasa la rutin bila balik kampung. Takde kerja tengah tunggu bas datang Wida snap sana sini la. Muka Wida je tak sempat nak snap. Malu kat orang lalu lalang tengok. 




Seat 1C. Memang itu je la tempat yang Wida selalu tempah. Duduk depan senang nak bagitahu driver suruh berhenti depan kampung. Kalau duduk belakang susah takut pulak tertidur. 





Lonely


Kejap pusing kanan kejap pusing kiri. Duduk sorang2 dekat seat paling depan.




Macam ni la Wida selalu balik kampung. Duduk sorang2 kat depan. Lagi la bas bergerak waktu pagi memang kurang la penumpang nak ke Johor. Tapi bas Maju Express yang Wida selalu naik ni akan berhentikan penumpang kat Muar pertama, kedua kat Batu Pahat dan last sekali kat Pontian la tempat Wida. Kadang kala Wida sorang je dalam bas ke Pontian lepas semua penumpang dah turun depan kampung. 


Tapi sekarang Wida dah tak naik bas lagi. Ini kira last la Wida naik bas sebab Wida dah ada kereta. So, Wida drive dari Pontian ke UPM la. Sorang2 pun jadi la. Kalau ngantuk berhenti. Rindu naknaik bs lagi. Bas UPM pun Wida dah jarang naik. Tak rasa dah berebut naik bas ketika pagi dan waktu kemuncak macam masa nak balik dari kelas petang.

Saturday, October 19, 2013

Meetball Ikea Damansara

Assalammualaikum w.b.t & Salam Keriangan 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


 Now, i am here at Kidzania Damansara


Semata-mata nak rasa makan meetball yang diperkatakan oleh Nadia, Fatin dan Fikri maka Wida sampai juga akhirnya di Ikea Damansara pada tarikh 19/10/2013 hari sabtu petang. Petang tu Wida drive ke sana dengan diberi arahan oleh Nadia dan adiknya. Kami pergi sana 5 orang termasuk adik Nadia dua orang. Punya la ramai manusia hujung minggu tu sampai susah nak cari parking.


Last2, Wida parking kereta kat Kidzania. Kat situ ramai betul budak2 sekolah. Ada rombongan rasanya. Naik segan pulak Wida bila berjalan lalu dekat budak2 sekolah tu. Dah takde laluan lain so terpaksa la lalu kat situ juga untuk pergi ke Ikea. Rasa dah macam budak2 pun ada juga, tak pun rasa macam cikgu sekolah. Hihihi



Sampai je kat Ikea tu Ya Allah lagi ramai manusia berbanding kat Kidzania tu. Tiba2 tengok barisan panjang gila untuk beli makanan. Nak tak nak terpaksa la beratur. Tapi Wida tak beratur pun Wida cari meja kosong untuk duduk. Nanti kalau tak cari tempat duduk dah susah bila dah beli makanan. Takkan nak bersila bawah meja atas lantai. Kurang sopan la pulak kan.


Cari punya cari tempat akhirnya jumpa terus Wida cepat2 duduk. Copkan untuk semua. Fatin dah ambil giliran untuk beratur panjang. Wida dah drive kan so takkan nak beratur pulak tak pe la bagi kat Fatin yang beratur. Wida order je dengan dia.


Tengah duduk2 sambil tunggu diaorg beli meetball ada orang duduk sebelah table Wida. Muda juga orangnya. Handsome lagi bergaya walaupun cuma ber t'shirt dan seluar jeans. Lepas tu datang pulak seorang pakcik duduk sama di meja sebelah Wida. Pakcik tu senyum2 dekat Wida. Wida dengar dia punya loghat tak macam orang Malaysia. 


Rupa2nya betul dia bukan orang Malaysia. Dia datang dari Jakarta dengan isteri dan dua orang anak lelakinya. Kami bersembang la sekejap sambil tunggu makanan sampai. Nadia mula2 dengar juga apa yang Wida dan pakcik tu bualkan tapi lepas dah dapat panggilan dari Fatin suruh bawa troli untuk ambil makanan, tinggal la Wida sorang2 berbual dengan pakcik tu. 


Lama juga Wida berbual dengan pakcik tu. Dia cakap dia pergi Melaka. Jalan2 ada orang Johor bawa dia pergi sana sini. Pakcik tu siap cakap lagi nanti dia tanya orang tu Johor area mana. Tak lama tu, makanan pakcik tu sampai. Ada la isteri dia dan anak dia. Muda juga tapi kata pakcik tu anak dia dah tahun keempat belajar di universiti Indonesia. 


Pakcik tu siap kenalkan Wida lagi dengan isteri dia, Wida pun senyum la. Bila dia tunjuk mamat yang asal dari Johor tu Wida pun senyum la. Gulp!! dia tak senyum langsung siap buat muka blur dia. Ok sabar Wahid sabar. Mr Arrogant no 2 la dia ni. Kalau no 1 tu Mr Arrogant kat tv3. Dalam hati Wida ada juga orang Johor sombong macam dia. Wahai Mr Arrogant, siapa pun awak, tinggi mana pun jawatan awak tapi nama orang Johor takde yang sombong ok. Takkan nama org JB je sombong.



Terus mood Wida berubah. Malas dah nak pandang. Pakcik tu nak hulurkan chicken wing pada Wida tapi Wida tolak dengan baik "takpe encik makan la, saya tunggu kawan saya". Wida duduk kat situ macam dah panas je. Kejap Wida tengok luar tingkap kejap Wida tengok handphone. Lama juga kawan2 Wida beratur. Tapi lepas dah nampak kawan Wida sampai Wida pun terus bangun bantu bawa pinggan ke meja. 





 Jeng jeng jeng!!!! 
Ini la meetball yang Wida pesan. 5 ketul je taknak banyak2 nanti tak habis membazir je. Bila Wida dah dapat makanan Wida ni Wida terus tak pandang langsung orang2 yang duduk sebelah Wida tu. Wida perasan juga dengan ekor mata Wida yang pakcik tu tengok2 tempat Wida tapi Wida buat2 tak tahu je. Malas dah nak bertentang mata sebab kan Mr Arrogant No.2 tu.



Wida pun berbual2 la dengan kawan Wida. Tiba2 Fatin bisik "dah habis berbual ke dengan orang tu?".... Wida terus la cakap "amboi cepat betul gosip tersebar. Nad bagitau apa je dekat Fatin?" hahahaha jealous la tu Wida berbual dengan orang. Lepas tu masing2 khusyuk dengan makanan masing2. 



Wida makan tak banyak sangat so cepat la habis. Wida pun perasan orang sebelah meja Wida dah habis makan. Tak lama tu pakcik tu dah bangun. Dia sempat sapa Wida "moga ketemu lagi". Wida senyum je sambil balas "selamat jalan". 


Nadia siap cakap lelaki tu tengok2 dan bisik2 kat anak lelaki pakcik tu. Alah ada aku kesah. Menyampah pulak. Kami berlima pun habiskan sisa baki makanan kami. Lepas tu, kami pilih untuk balik tapi sempat lagi Nadia dengan adik2 dia jalan2 sekitar The Curve. 




 Lepas makan meetball bertambah gemuk Wida. Hahahaha




Ok nak balik dah. Pening kepala tiba2. Maybe kena renyai2 hujan time angkat kain kat ampaian. Sensetif betul Wida ni. Sawat di ka. Khap khun ka. Tata 

Selamat Pengantin Baru Rafeah Aziz

Assalammualaikum w.b.t & Salam Kebahagiaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



CONGRATULATION!! 
Wedding Rafeah & Aqif

 Nak tergelak sorang2 bila tengok gambar ni sebab time ni Wida tengah jeling sorang mamat tu yang dari tadi Wida sampai asyik dok tengok2 Wida dari jauh je. Wida perasan sebab bila Wida tengok ke arah dia, dia pun tengah tengok Wida. Eeee...gatal betul mata ni nak tengok2 orang. Last2, bila dah bertentang mata Wida angkat2 kening je. Tau pulak dia segan.



 Alhamdulillah akhirnya sahabat Wida yang sorang lagi ni melangsungkan perkahwinan. Actually, pengantin perempuan yang Wida panggil dia Kak Peah ni pernah duduk satu rumah dengan Wida masa kami belajar kat Politeknik Shah Alam dulu. 


Kak Peah ni pun merupakan kakak pada kawan Wida iaitu Jamilah masa Wida bersekolah kat Teknik Batu Pahat. Kak Peah pun pernah tinggal di rumah Wida masa kami sama2 belajar jahitan kat Giatmara Sri Gading. 


Kak Peah sekarang berkerja di Politeknik Kulim. Suami dia pun bekerja di tempat yang sama. Walaupun lambat sikit jodoh Kak Peah sampai tapi terus dapat kahwin dengan pensyarah. Kelas kau Kak Peah. Setiap jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya pasti yang terbaik untuk kita. Alah 28 tahun masih muda lagi la Kak Peah. 



Kak Peah, Wahid rasa Kak Peah ada harapan nak dapat anak yang macam akak idam2kan. Baby yang comel2 gebu2 tembam2...terkedek2 jalan kearah akak sambil panggil "mama ... mama...." hahahaha. Good luck Kak Peah.



 Sedapnya nasi minyak Kak Peah ni. Alhamdulillah kenyang makan kenduri Kak Peah yang diadakan di Dewan Orang Ramai Yong Peng.


Sekarang buat majlis kat dewan je senang. Sini la destinasi hentian Wida selepas 4 jam drive.


Actually, Wida dari UPM pagi tu bertolak pukul 10 pagi dengan kawan2 Wida yang sama kolej. Naik 4 orang dari UPM. Sampai Ayer Keroh turunkan 2 orang. Lagi seorang Wida drop kan dekat Muar. Lepas tu Wida drive sorang2 sampai ke Yong Peng. Punya la mengantuk Wida masa drive tu sampai rasa macam terlelap sebenarnya tapi berlagak taknak berhenti kat mana2.



Tapi lepas ni janji dah tak buat lagi. Kalau Wida rasa mengantuk Wida akan berhenti dan rehat sekejap. Apa2 pun boleh berlaku kalau Wida terlelap. Ya Allah jauhkan la daripada perkara yang tidak diingini. Nasib baik Wida dapat attend wedding Kak Peah sebab kebetulan Wida balik Johor sempena raya aidil adha. Balik 3 hari je la sebab hari jumaat tu ada kelas sampai petang. Nak balik malam dah takde kawan.



Tema purple jadi pilihan Kak Peah. Lenggang je nampaknya kan. Sebenarnya Wida dah jadi orang yang last2 juga la yang datang. Tetamu jauh la kononnya. Hahaha... 


Sebenarnya orang catering tu pantas dan cekap bila bersihkan meja angkat pinggan dan cawan sebab tu nampak kemas dan bersih je. Ok juga Wida datang lewat sikit sebab dapat la bersembang dengan pengantin perempuan lama2.  Rindu dengan Kak Peah sebenarnya sebab dah lama sangat kami tak berjumpa. Last jumpa tu pun rasanya masa Wida pergi Kedah wedding Hanim housmate kami dulu.




Terima kasih Kak Peah


Lepas dah habis bersembang dan bergambar bagai. Wida pun minta izin nak balik. Tak larat dah rasanya nak drive ke Pontian pulak balik ke rumah. Sempat lagi bersalaman dengan Kak Peah. Akhirnya Wida rasa sebak tiba2 bila bersalaman dengan Kak Peah. Maklum la Kak Peah ni dulu banyak bantu Wida, akhirnya dia dah jadi milik orang. 


"Kak Peah, Wahid nak peluk akak sikit"...Wida minta izin. Bila Wida peluk dia erat2 tu Wida rasa kehilangan pulak. Dia yang baik hati. Tapi kan yang peliknya suami dia tetiba cakap "lepas ni rajin2 la contact2 Peah sebab taknak Peah rasa sunyi takde kawan pulak lepas kahwin". Sungguh memahami betul la suami Kak Peah ni.



Dulu masa Hanim kahwin pun macam tu juga. Rasa sedih bila terkenangkan majlis akad nikah Hanim yang berwalikan adik lelaki dia sebab ayah Hanim dah takde. Tapi alhamdulillah adik lelaki Hanim dapat mengatasi situasi akad nikah tu. Semua dengan izin Allah berjalan dengan lancar. 


Wida doakan semoga perkahwinan Kak Peah dan Encik Aqif berkekalan sehingga akhir hayat. Dikurniakan zuriat yang comel2 macam Kak Peah mahukan. Hahahaha...tinggi betul angan2 Kak Peah dulu. Harapannya agar menjadi kenyataan la. Amin3...



Last2 tau tak pasal lelaki yang dok pandang2 Wida tu, dia minta no tel Wida. Time tu Wida tanya dia ada duit untuk tukar tak. Dia kata ada tapi time tu dia cakap terus minta no tel Wida boleh ke tak, so pasal nak tukar duit tu juga untuk beri mak pengantin salam keruk Wida pun bagi la no tel Wida pada dia. Nama dia Syakirin. Ok Encik Syakirin...terima kasih banyak2 sebab bagi tukar duit tu.
 

Secret Recipe Alamanda Putrajaya

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Alhamdulillah diberi rezeki daripada Allah akhirnya dapat juga Wida rasa makan kat Secret Recipe. Sebelum ni mana pernah Wida makan2 kat sana. Dengan adanya dua org kawan Wida ni Fatin & Nadia, diaorg la yang tunjukkan jalan and ajak makan kat Alamanda, Putrajaya. Fatin la tu dah mengidam nak makan kek kat Secret Recipe so, alang2 dah ada kereta terus la kami bertiga pergi ke sana.


Perjalanan yang tidak la jauh sangat dari UPM hanya mengambil masa beberapa minit je. Kami pergi ni waktu malam lepas maghrib kami gerak ke sana. Kiranya kami pergi ni untuk makan malam la. 


 My classmate Nadia
Busy la sangat asyik dok mesej je dengan husbund dia.



 My classmate too
Ini org kedua busy Fatin, mesej dengan tunang dia la tu apa lagi.



 Yummy...time tu eat anything hahaha



 Ini pulak classmate Fatin & Nadia. Hahaha nak jugak...saya tak busy macam dua orang lagi tu sebab saya single lagi. Belum berpunya maka saya bawa diri saya sendiri la tak perlu nak mesej dengan sesiapa. 



 Muka happy dapat makan kat Secret Recipe...tapi lepas tu muka tak happy la sebab tengok harga makanan tu punya la mahal. Tapi untuk mencari pengalaman nak makan kat sini Wida redha je la. Last2, Fatin belanja Wida makan. Katanya upah hantar dan ambil dia pergi LRT Sg. Besi. Terima kasih Fatin, moga dimurahkan rezeki.




 Sepotong kek untuk Fatin...
Wida tak la terasa pulak time tu nak makan kek, tapi Fatin suruh juga rasa kek yang dia dah order tu, jadi Wida rasa la sikit. Sebenarnya Wida dah rasa banyak juga perisa kek Secret Recipe sebab anak saudara Wida pernah bekerja kat Secret Recipe maka banyak la dia bawa kek untuk kami rasa. 



 Still waiting for my food. Today i want to eat Tom Yam. My favourite food. 



 Ok Puan Nadia dah dapat dulu Tom Yam yang dia order. Actually, we all order the same food. Senang kan, semua makan makanan yang sama. Lagipun time ni hujan, maka semuanya nak order makanan yang berkuah dan boleh dihirup2. Segar la sikit tekak ni.




 Satu mangkuk besar ni mahal juga harganya tapi demi merasakan keenakkanya Wida order juga. 



 Seriously sedap gila. Penuh satu mangkuk besar pulak tu. Kuah dia pedas2 yang boleh masuk tekak Wida. Dalam tu ada potongan ayam sikit, mee dia macam mee laksa tapi mee dia leper macam mee teow. So, dapat bayangkan apa yang Wida sampaikan ni. 


Dalam tu juga ada kubis bunga dan cendawan. Memang kenalah dengan citarasa Wida yang memang sukakan kubis bunga dan cendawan. Sedap2...berbaloi drive pergi Alamanda semata-mata nak makan kat Secret Recipe.



 Perlahan-lahan makan panas tu...



 Alhamdulillah akhirnya selesai juga. Terima kasih Ya ALLAH diatas rezeki Mu ini. Emm...lepas Fatin makan kek dia dah tak habis nak makan tomyam yang dia order. Alamatnya Wida la kena habiskan makanan dia. Nadia pun tak habis. Tapi Wida punya licin habis lagi. Lagipun Wida bukan suka tinggalkan makanan, wajib habiskan. 


Kekenyangan juga la malam tu sebab Wida habiskan dua mangkuk tomyam. Nadia punya tomyam Wida tak larat nak tolong habiskan. Maaf la...



Lepas ni Wida suggest la kalau sesiapa yang tak kuat makan sangat tu beli satu mangkuk je lepas tu share dua orang, Tak jadi salah mana pun daripada membazir kan tak elok tu. Wida rasa kepada peminat tomyam boleh la mencuba keenakkannya tomyam di Secret Recipe. 



 Sedar tak sedar hampir pukul 10 malam juga kami disana. Makan tak ingat dunia sampai kedai dah nak tutup. Sempat lagi kami pusing2 kat Alamanda yang rata-rata memang kedai dah tutup. 


Wida sempat beli subang silver. Maklum la lubang subang Wida dah nak tertutup. Daripada tertutup so cepat2 la Wida pasang subang kat telinga. Subang pun tak mahal mampu la Wida nak beli.


Ambil gambar kat kedai yang ada jual air tebu. Esok lusa Wida kena present pasal hampas tebu maka Wida ambil kesempatan la ambil gambar kat tebu yang dijual kat Alamanda.

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :