engkau boleh !!

Thursday, February 28, 2013

Secara Kebetulan Dengan Roommate

Assalammualaikum & Salam Mesra Abadi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Semalam teman classmate pergi The Mines. Memandangkan class hari rabu satu jam sahaja dan class kami habis pukul11 pg. Jadi kami ada la kesempatan untuk buat aktiviti selain buat assignment. 

Classmate Wida call dan ajak pergi The Mines, walhal bukan ada nak beli apa2 pun saja suka2 nak pergi sebab sem ni belum jejakkan kaki lagi pergi The Mines sem ni. 

Sebenarnya Wida dah lama tak ada perfume, so singgah la watson dengan Ikin, Fathin dan Suhaila. Diaorg cari barang2 diaorg dan Wida pun pilih haluan Wida iaitu kat ruangan wangian. Mula2 nampak perfume ni terus la ambil taster dia. Emm sedapnya bau dia. Kalau beli pun best juga ni.

Sekali pergi rasa macam berat hati nak beli sebab duit yang ada tu kalau boleh taknak la digunakan. Tapi bila difikir2kan semula, memang dah lama cari perfume cuma belum ada kesempatan nak beli. Inilah dinamakan kos melepas iaitu apa yg Wida belajar dalam subjek ekonomi semester ni. Akhirnya Wida beli juga perfume ni. 




Bila dah balik bilik tu, tak sangka rupa2nya Nurul roommate Wida pun beli perfume yang sama cuma dia beli yang kotak warna hijau, Wida beli kotak warna biru la. Emm...bila masing2 try bau perfume ni, Nurul cakap dia salah beli, sebenarnya dia nak beli perfume yang macam Wida punya sebab baunya sedap. Tup2 dia terbeli warna hijau. 

Nak buat macam mana, dah tersalah ambil terpaksa la guna je. Tapi puas juga dia buat ala2 memujuk untuk tukar perfume dgn Wida. Tapi Wida tak nak tukar. Kesian Nurul, tak dpt dia nak perfume macam Wida. Dia kata nanti dia beli lagi. Wida bukan taknak tukar, tapi Wida dapat perfume ni pun yang last kat rak jualan tu. 

Kalau tukar Wida tak sedap pulak bau perfume tu, yang biru lagi sedap baunya, hihihi...sorry roommate. T'ingat pasal kat kedai tu, masa Wida dah buat pembayaran tu Wida terus la keluar lalu dekat pintu yang ada mesin scan tu, secara tiba2 terus la bunyi alarm kat situ. Ala macam orang ambil barang tak bayar tu, kedai kan akan bunyi something. 

Mula2 terkejut la juga sebab dah bayar tiba2 bunyi. Guard kat situ dah siap2 nak tahan Wida. Belum dia sempat pegang Wida cepat2 Wida pergi kat kaunter semula. Last2 budak cashier tu minta maaf. Rupa2nya dia tak scan bar code untuk kotak tu. Malu la Wida semua orang pandang Wida. Nasib la tak apa2. So, maafkan je la budak cashier tu walaupun itu kesilapan dia.

2 comments:

memery mery said...

wahhh wida ! RM berapa satu ? :3

wahid wida said...

rm19 kalau tak silap

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :