engkau boleh !!

Thursday, February 14, 2013

Lab Minda Keusahawanan Part 2

Assalamualaikum & Salam Keusahawanan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Akhirnya kami tiba di Tanjung Bidara Beach Resort Melaka. Tempat ni betul2 b'sebelahan dengan Kem Terendak Melaka. Yang Wida ingat selepas bas melalui susur keluar tol baru la Wida tidur dalam bas. Sebelum tu Wida macam malas nak tidur tapi Wida pilih untuk tidur selepas beberapa minit p'jalanan. Emm...perjalanan tak la ambil masa yang lama cuma keadaan jalan yang bengkang bengkok sahaja menjadikan p'jalanan agak terasa jauh.

Nasib baik Wida tidur selepas keluar tol, kalau tidak maknanya kepala Wida akan pening. Maklum je la jalan yang mcm ular tu kalau silap hari bulan memang boleh muntah. S'panjang perjalanan melalui liku-liku tu kepala Wida ni kejap lentok kekanan kejap lentok kekiri. Wida rasa orang yang duduk sebelah Wida risau tengok Wida. Tak lama tu dia tegur "awak, kita dah nak sampai ni". Tapi slumber je Wida sambung tidur lagi hehehe...kesian dia.




Sesampai je kat sana kitaorg disuruh makan tengahari dulu sebelum mendaftar da check in bilik masing2. Restoran Mak Dara memang tempat kami berkumpul sepanjang tempoh program di sana. Tidak kira pagi petang siang malam memang situlah tempat makan disediakan.




Macam biasa nak makan kena la beratur dahulu. Teruja bila sampai disana lihat pemandangan keindahan pantai dan ada swimming pool kat tengah2 kawasan tu. Mendamaikan la. Kalau ada program lagi kat tempat yang sama pun best juga. Hehehe :)



Haa...inilah dia bakal roommate Wida di sana. Wida panggil dia Ema. Dia satu kolej Wida. 


Sempat lagi snap gambar ni


Ini la bilik kitaorg time kat sana. Best sangat2...terasa lena je bila tdo di sana. Mula2 dua katil tapi lepas kami balik dari seminar pertama dia dah sediakan 1 lagi katil memandangkan kami 3 org satu bilik.



Pintu masuk ke bilik kami. Ada satu lagi pintu yang menghubungkan dengan bilik sebelah. Kami kadang2 kacau je orang sebelah bilik kami tu. 

Kenangan terindah la kat sini bagi Wida. Memang tak menyesal ikut program ni.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :