Assalammualaikum & Salam Mesra Abadi
Tarikh : 7hb Oktober 2012
Hari : Ahad
Tempat : Desa Pinggiran Putra, Kajang
Masa : 12.30 hingga lewat petang
SELAMAT PENGANTIN BARU FITH & KHAIRI
Alhamdulillah akhirnya seorang lagi sahabat Wida mendirikan masjid. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan dan berbahagia hingga keakhir hayat. Wida tumpang gembira bila lihat kawan Wida tersenyum pada hari bahagianya. Dia antara salah seorang sahabat Wida semasa bersekolah di Teknik Batu Pahat. Wida dengan Fith satu dorm masa kat asrama Sekolah Teknik. Lama dah kami tak bersua muka dan baru semalam kami bertemu semula dihari berbahagia dia.
Wida pergi ke majlis dia dengan Fatin roommate Wida dan Roza satu sekolah teknik juga yang sekarang sama2 belajar kat UPM. Lepas Wida sewa kereta Wida terus ambil Roza kat rumah dia sebelah UPM je. Kalau mengikut peta dalam kad kahwin xde la jauh sangat tempat tu dengan UPM, tapi disebabkan kami salah laluan terus la tersesat ke ceruk mana entah kami pun tak pasti.
Bila kami rasa kami silap laluan kami akan berhenti dan tanya pada orang. Sebenarnya kami takde la sesat masa menuju ke rumah fith cuma kami ikut laluan yang jauh dari yang sebenarnya. Betul dah laluan yang kami ikut cuma alahai papan anda ke rumah pengantin tu kecil sangat la sampaikan Wida terpaksa slow kan kereta untuk lihat papan tanda ke rumah pengantin.
Adalah dekat 1jam setengah juga kami pusing2 walhal takde la jauh mana lepas kami ikut laluan pulang tu. Tak sampai pun setengah jam perjalanan kami dah selamat sampai di UPM. Lepas ni moga2 ingat jalan yang kami ikut. Kalau ikut peta je memang sesat la kami macam Diana kawan Wida satu dorm juga masa kat Teknik BP. Kesian dia entah mana laluan yang dia ikut. Wida nak explain pada dia pun Wida tak tahu.
Kami bertiga tiba je kat rumah pengantin tu dah nak berarak pengantin lelakinya. Dalam pukul 2.15ptg bunyi kompang dipalu. Kami pun apa lagi ikut juga la berarak. Fuh!! meriah gila la majlis kawan aku ni, gilang gemilang. Entah berapa ribu orang datang sebab kami yang nak ambil makanan ni terpaksa beratur, sikit baik punya beratur nasi pulak habis. Alahai menunggu lagi kami di situ.
Ruangan makan berdamai
Beratur bila nak ambil makanan. Punya la ramai orang masa ni sampai nasi dalam tong pun habis.
Suasana sepanjang majlis berlangsung. Meriah sangat2.
Nasib ada tempat kosong dapat la kami duduk kat meja yang jauh dari pelamin. Masa tu pengantin dah naik atas pelamin ada tepung tawar. Setiap tempat atau negeri mempunyai kelainan dalam majlis perkahwinan. Kalau di Johor pengantin perempuan hanya perlu duduk di atas pelamin dan menunggu pengantin lelaki menuju ke pelamin tapi kalau di tempat lain pengantin perempuan pergi mendapatkan pengantin lelaki di pintu utama rumah dan sebagainya. Emm... macam2 kalau cerita pasal kawin ni.
Kek untuk pengantin 3 tingkat
Sesi Memotong Kek
Wida & Roza
Fith dengan rakan-rakannya
Wida bila lagi???? Entah la bila pun tak tahu...bayang2 pun tak nampak lagi. Tak dapat la nak cerita. Mak pengantin siap bergurau lagi masa kami bersalaman "yang ini bila lagi nak kawin? cepat2 la kawin" ...tergelak2 mak Fith dengan makciknya yang sporting habis. Lepas puas kami bergambar Wida, Roza & Fatin pun beransur pulang memandangkan kami sewa kereta dan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kalau lambat pulang maka kena bayar lebih la.
Gambar Sepanjang Majlis Fith
Smile
Selamat Pengantin Baru
Apa la agaknya yang Fith gelakkan tu...
Smile...moga berbahagia hendakNYA
Fatin Syazwani anak jati Terengganu
Rozalina anak jati Johor
Kat pintu masuk khemah
Gerbang Perkahwinan
Peace :)
Sempat lagi bergambar dengan anak jiran rumah Fith
Malu2 tapi mahu
Sasaran balik ke UPM. Tapi sebelum nak balik ke UPM sempat juga la kami singgah kat Putrajaya ambil gambar. Punya la senang menuju jalan kembali. Kenapa masa pergi tu sampai sesat barat. Orang tua2 kata kalau kita baru pertama kali ke sesuatu tempat yang kita tak pernah pergi tu, perjalanan kita akan terasa jauh sebab pokok2 dan alam sekitar semuanya bertanya antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment