engkau boleh !!

Friday, October 26, 2012

Teringatkan RXZ Biru

Assalammualaikum...


Wedding My Little Sister Amira


Entah kenapa malam tadi boleh pula bercerita pasal RXZ Biru pada Fatin roommate Wida yang baru tu. Tak perasan pun macam mana boleh bercerita tapi tak pe la. Sekadar berkongsi cerita sebelum melelapkan mata. Wida masih ingat lagi pada RXZ Biru sebab kenangan dengan dia banyak sangat sampaikan tak terhitung. Ada yang menarik, ada yang sedih ada yang lucu dan macam2 yang ada sepanjang perkenalan kami.

Permulaan bercerita dengan Fatin tu agak sedih sikit la sebab teringat pada perbuataan dia yang tak masuk akal. Tapi bertukar pula pada cerita yang menarik perhatian Fatin. Jika anda perasan sebelum ni Wida ada bercerita pasal RXZ Biru. Kalau baca dari awal mungkin tahu la dan ada kesinambungannya di sini.

Tak sangka Wida bila Wida bercerita dengan Fatin dia boleh gelakkan Wida gila2 la sampai tekup2 muka dia guna bantal, dah la time tu pukul 1 lbh dah nak masuk pukul 2 pagi. Tapi dia tadah telinga je dengar apa yang Wida cerita. Kalau seseorang tu memasang telinga untuk mendengar maka dia berminat la dengan cerita apa yang kita akan sampaikan.

Pendapat Fatin pada RXZ Biru "dia tak patut buat akak macam tu, sampai hati dia". Dalam masa yang sama Fatin sempat korek rahsia lagi kalau2 Wida masih sayang dengan RXZ Biru. Wida jawab YA, Wida masih sayangkan RXZ Biru dan Wida masih single sekarang kerana satu perkara itu. Wida masih menanti jawapan dari dia walaupun sehingga sekarang Wida tak pernah jumpa dia setelah dia menamatkan pengajian dia.

Kadang-kala Wida fikir kenapa perlu menunggu orang yang tidak pasti. Jawapan Wida senang, semua telah diaturkan oleh Tuhan. Macam mana juga kita buat kalau dia bukan untuk kita tak ada hasilnya juga. Malas la nak mencari, biarlah Tuhan datang dan dekatkan dia dgn Wida. Jika hati Wida kata YA maka Wida akan menerimanya seikhlas hati. Memang tiada sesiapa lagi yang Wida tempatkan di hati Wida ini. Aduh3!!! jiwang gila...focus your study Wida :) Peace!!!



Spring 

Romantis


Bagaimana
Harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka
Masa dulu

Andainya kau sendirian
Dan kau masih lagi mencariku
Di sini aku menanti mu

Kenangi saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari-lari mengejar ombak
Di pantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan

( 1 )
Sejarah cintaku yang lalu oh...
Hanyalah ujian bagimu
Seandainya kau perlukan aku
Ku masih ada di sini
Seandainya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku
Di dadamu oh... sayang

Cuba kau ingat kembali
Masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi

Andainya kau ada yang lain
Waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti

( ulang dari 1 )

Kalau aku mengelamun sendirian
Berderai airmata di pipiku
Kerana terlalu pilunya hatiku
Kau pergi dariku tanpa pesan
Di sudut hatiku yang terluka ini
Terpahat namamu Kaulah kekasih

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :