engkau boleh !!

Wednesday, October 10, 2012

Persiapan Majlis Perkahwinan

Assalammualaikum & Salam Mesra

Pada 29hb Jun 2012 merupakan hari b'sejarah bagi adik bongsu Wida iaitu NURUL 'AMIRA BINTI SARBANI. Usianya baru mencecah 21 tahun pada 20hb Jun 2012. Kami dalam family panggil dia Dekmi. Semua tetamu yang datang terkejut sebab yang bongsu dah mendirikan rumah tangga dulu daripada kakak dan abangnya. Kira adik Wida ni langkah 3 bendul. Kakak Wida yang sulung, Wida No.2 dan adik lelaki Wida No.3. Dekmi anak ke-4 daripada 4 orang adik-beradik.

Ini pertama kali family Wida buat majlis menyambut menantu. Mak Abah dapat menantu orang Sg. Nibong, Semerah Batu Pahat. Dekmi ni bercinta tak nampak sangat, dia pandai simpan sejak dari sekolah menengah lagi. Tiada halangan dari family Wida dan family pihak lelaki akhirnya mereka selamat diijabkabulkan pada hari jumaat selepas asar pada tarikh 29 Jun 2012. 

Disebabkan ini majlis yang pertama sekali di langsungkan di teratak kami yang berada di Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi maka serba serbi ada kekurangannya. Kami tiada perancang perkahwinan hanya sekadar apa yang terfikir maka kami akan lakukan. Adik Wida dah bertunang selepas aidilfitri pada tahun 2012. Ketika itu Wida masih menuntut disalah satu institusi di Kota Kinabalu, Sabah. 

Family Wida ni sporting, bab yang baik kenapa perlu dilengahkan lagi maka terus la mendirikan masjid. Tak kisah la yang bongsu ke yang sulong ke kalau dah namanya jodoh, sampai seru kahwin juga. Lambat atau cepat itu urusan Tuhan. Lagipun untuk mengelakkan maksiat dan perkara yang tidak elok berlaku. Family mertua Dekmi la yang nak cepat langsungkan majlis untuk mereka. 

Bagi merealisasikan majlis perkahwinan adik Wida ni, Wida antara orang yang agak sibuk juga untuk menjayakannya. Majlis ni pun sebenarnya ikut jadual takwim belajar Wida. 3 bulan lebih kurang macam tu la cuti Wida termasuk cuti hari raya. Kebetulan habis exam cepat maka Wida pun dapat la bantu segala persiapan di rumah. Tapi maklum la orang tak ada pengalaman dalam menguruskan majlis perkahwinan, agak kucar kacir sedikit la keadaannya.



BILIK PENGANTIN

Pada pandangan Wida, bilik pengantin ni boleh disiapkan 2 minggu sebelum majlis. Kalau nak digunakan lebih dari 2 minggu, takkan la tak boleh nak siapkan bilik pengantin cepat2. 
Walaupun lihat macam sempoi je tapi rumit dan ambil masa juga nak buat. Maybe kitaorg bukan profesional so agak lambat la nak buat.



Tak macam bilik pengantin ni, entah apa yang serabut sangat adik aku ni punya fikiran. 
Kejap dialih ke sana kejap dialih ke sini, banyak sudut dah dicuba tapi tetap tidak puas dihati.


Nah...pengantin perempuan masih dok panjat sana sini siapkan kamar pengantinnya sendiri. Terpaksa la dia buat sendiri sebab orang semua sibuk dengan persiapan majlis dia.



Berkelambu bagai...ada pulak tu kawan dia bagi pinjam. Baik pula kawan2 dia nak bagi. 



Ok dah siap walaupun sempoi je. Adik saya ni tak suka yang rumit2 sangat. Orangnya pun sempoi.


PERSIAPAN RUMAH

Korang agak apa bendanya tu...aduhai kecian gril pintu rumah tak sempat nak pasang. Entah macam mana tukang rumah ni, tak ingat nak pasang kot. Last2 terpaksa buat ala2 taman kat situ dengan penuh pokok2 bunga yang dah tak tahu nak campak kat mana. 


Bahagian depan rumah kami. Masih ada pasir lagi kat depan pintu rumah, pasir baki daripada buat dinding rumah. Kalau Wida memang tak larat la nak angkat pasar tu, banyak lagi kerja yang Wida boleh buat tapi bukan kerja angkat pasir. 


Hem ni keadaan beberapa hari sebelum majlis. Jenuh juga nak fikir mana nak letak ampai kain, nak simpan barang-barang yang tidak digunakan.


See...ni beberapa hari sblm mjls. Tikar getah tak bentang lagi. Periuk2 semuanya berlambak kat situ je. Mula2 geram juga diaorg ni letak sembarang je...


Sana sini ruang rumah ada je barang2 yang bersepah. Rumah tak siap lagi. Lantai dalam rumah baru je di simen dan boleh dipijak. 


Hari Khamis baru nak pasang tikar getah. Tengok la tu masih ada lagi gulungan tikar getah kat situ. Yang bestnya, pengantin perempuan sendiri yg tolong bentangkan tikar getah ni. Esok dah ada majlis doa selamat lepas solat jumaat. Aduhai...kerja last minit. Mana tidaknya, masa tu pintu sliding tak dipasang lagi so, takkan kitaorg nak bentang tikar getah ni. Nanti kotor lagi jadi satu hal nak bersihkan lagi. Betul2 memenatkan la time ni.



Tgk apa yg beza dgn langsir tu? Sebelah labuh sebelah singkat. Siapa yang jahit? AKU!!! Sengal betul la aku ni. Last2 minit jadi mcm tu pulak. Aduhai aku ni...buat kerja tak betul. Puan Kalsom aka emak aku punya la bising cakap aku salah ukur. Ini takpe lagi cuba tgk gambar kat bawah ni... 


Sini pulak dia orang longgokkan periuk belanga semua. Aduhai...semak pemandangan mata kami. Dah takde tempat nak letak agaknya. Periuk tu kalau ringan takpe la ni tidak, sikit punya la BERAT!!! Minta nyawa bila angkat benda2 berat ni. Dengan tong catnya masih kat situ. Maklum la, ni kali pertama rumah kami buat majlis besar ni. 


Korang jangan jadi macam ni, haru biru dibuatnya. Memang cakap boleh buat tapi sampai masanya semuanya tak sempat nak buat. Sudahnya kami siapkan apa2 yang patut je la.


Ni pintu masuk rumah kitaorg tapi STOP!! Tak boleh lalu situ...tau kenapa?? Baru je di simen tu. Tengok...rmh lg 2 3 hari nak buat majlis semuanya baru dapat buat. Kawan2 kakak dan adik Wida asyik dok tanya je "rumah korang tu bila nak siap? Tak macam orang nak buat majlis kawin..."
Aduhai macam2 ragam la kat rumah aku ni. Lain pula cerita kat bawah ni.



PERSIAPAN KHEMAH

Khemah ala arabian dah siap pasang dari hari rabu lagi. Khemah baru dan nampak cantik. Terpaksa diaorg b'kerja hingga lewat mlm untuk siapkan sebab hari jumaat ruang khemah hendak digunakan.


Hanya 5 khemah yang mak tempah. Ini pun dah kira cukup untuk tetamu yang hadir. 


Hampir2 siap ruang makan untuk tetamu


Tema Pink Purple Krim. Mak dan Kak Ain yang uruskan. Adik cuma sebut je warna yang dia mahu. Khemah sewa dengan saudara dapatlah harga murah sikit. 


Aduhai ni baru sikit. Nanti aku sambung lagi la story.






No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :