Assalammualaikum w.b.t
SELAMAT PENGANTIN BARU
Sejak pulang ke kolej pada 8hb sept 2012 pd hari sabtu, langkah semakin meluas sebab 9hb sept 2012 Wida dengan Kak Lin pergi kenduri kahwin kawan sekelas masa kat Politeknik Shah Alam namanya Siti Solehah Mohamed Noor. Perjalanan kami ke Sekinchan, Selangor.
Mak aii punya la jauh, terasasengal2 juga bila drive pergi sana. Sampaikan bertanya roommate je pasal arah laluan mana yang mesti diikut, roommate org Kuala Selangor. Maklum la tak pernah pergi sana. Masa kecil2 dulu pernah la. Nasib baik ada kawan ddk sebelah, jadi dia la yang tolong tengokkan signboard. So, jalan terus je ikut tanda Kapar, Kuala Selangor & Tanjung Karang. Akhirnya jumpa juga Sekinchan.
Singgah sebentar Petronas utk isi minyak kereta
Tak jauh dari stesen petronas tu, dalam 10 minit perjalanan akhirnya kami berdua sampai juga kat rumah pengantin. Senang je depan sekolah rendah. Masa tu pengantin lelaki dah nak berarak. Kami pun terus la mengambil makanan dan pergi tempat duduk yang disediakan. Masa kami datang tu memang ramai sangat. Berapa ribu la agaknya jemputan rumah Solleyh ni. Tak menang tangan kakak dan abang dia. Mak ayah Solleyh ni dah tak ada lagi so, abang kakak dia la yang uruskan.
Masa Wida dengan Kak Lin sampai tu, xde pula kawan2 yang kami kenal ada sama. Cuma lepas kami makan tu baru la ada kawan2 lain yang sampai. Sempat la bersalaman sebab dah bertahun2 tak jumpa.
Alhamdulillah dah kenyang makan memang sedap la nasi minyak Solleyh
Mohd Isa & Siti Soleha
Lagu ni Wida dedikasikan untuk pengantin baru. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.
Kompang Dipalu
Izam Eye & Waheeda
Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu
Kami doakan moga berkekalan
Selamat sejahtera hingga akhir zaman
Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri
Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya
Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari
Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi
Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru
Pelamin yang indah...cantik sangat tapi sayang tak sempat nak bergambar dengan pengantin utk buat kenangan, tapi takpe la.
Sebelum balik dengan permintaan kakak dia, minta kami wish utk pengantin...
Kreatif la...nice :)
To My Friend
Special to Solleyh & Isa
Lepas ni frame ok benda alah tu...buat kenangan dan gantung kat rumah
Ok...kenangan terakhir kami.
Nasib baik sempat nak bergambar sama2 sebab Solleyh dah nak pergi dapatkan family suami dia yang dah nak gerak balik ke Johor. Jadi juga Solleyh dengan orang Johor....
Baby Atif Fahim
Baby kak ena, baru 2 bulan. Lena je dia tidur masa sampai kat rmh pengantin. Sikit pun dia tak bangun. Mengantuk sangat la tu. Biasalah baby asyik tidur je. Lepas ni Solleyh pula menyusul Kak Ena.
Gitu-gini kami bertolak pulang pada pukul 2 petang. Kami mengejar masa untuk pulangkan kereta sewa dan ada program lain. Lepas bersalaman dengan kawan2 yang Wida kenal kami menuju pula ke Klang rumah abang Wida sebab nak pulangkan barangnya yang tertinggal di kampung & pergi Shah Alam sebab nak singgah rumah Pakcik ambil barang. Kami redah je jalan mana2 pun janji sampai.
Tapi sebelum tu kami tak ketinggalan untuk singgah sebentar di Pantai Remis. Masa nak menuju ke Sekinchan tu Wida nampak signboard Pantai Remis so, memandangkan Kak Lin tak pernah singgah Wida pun bawa la dia ke situ. Wida dah pernah singgah Pantai Remis dulu masa pergi rumah housemate kat Tanjung Karang.
Gitu-gini kami bertolak pulang pada pukul 2 petang. Kami mengejar masa untuk pulangkan kereta sewa dan ada program lain. Lepas bersalaman dengan kawan2 yang Wida kenal kami menuju pula ke Klang rumah abang Wida sebab nak pulangkan barangnya yang tertinggal di kampung & pergi Shah Alam sebab nak singgah rumah Pakcik ambil barang. Kami redah je jalan mana2 pun janji sampai.
Tapi sebelum tu kami tak ketinggalan untuk singgah sebentar di Pantai Remis. Masa nak menuju ke Sekinchan tu Wida nampak signboard Pantai Remis so, memandangkan Kak Lin tak pernah singgah Wida pun bawa la dia ke situ. Wida dah pernah singgah Pantai Remis dulu masa pergi rumah housemate kat Tanjung Karang.
PANTAI REMIS
Angin kuat sangat, maklum la nama pun kat tepi pantai.
Setelah 2 tahun tak berjumpa inilah pertemuan semula kami
Sekitar Pantai Remis
Bermacam-macam barangan yang dijual
Hehehe...cak!!! adik ni kena snap dgn Wida. Time ni Kak Lin nak beli kepah dengan adik tu.
Macam2 ada...lala yang dah siap kopek pun ada. Tp x tahu brpa harganya tak sempat nak tanya.
Kerang besar2...
Lala...
Ikan Pari...
Nampak tak orang tu tengah terbongkok2 kutip lala kot. Masa Wida sampai ni air surut tak pasang lagi
Oppss...wait!!! Wida tersnap muka ni. Time tu Wida nak ambil gambar sekitar pemandangan kat tempat jualan tu. Waktu ni dalam kereta. Emm...tiba2 t'minat pula nak tengok muka dia. Ada kejutan tau...kejap2 tunggu dan lihat. Time ni Wida snap muka ni dari dalam kereta je.
Ada jual ikan kering, ikan masin dan macam2 ikan yang sudah dibungkus sebagai makanan ringan
Hahahaha ini la yang Wida katakan kejutan tu. Jeng jeng jeng Wida dpt b'gambar dengan budak ni. Kami memang tak kenal langsung antara satu sama lain. Nak dijadikan cerita Wida ckp dengan kawan Wida yg Wida suka tengok muka budak ni. Dah tu kawan Wida cabar Wida dia kata try la tegur dia dan kalau boleh ambil gambar sebelah dia.
Wida terus turun dari kereta dan pergi tempat dia menjual. Dia terkejut juga bila Wida cakap minat tengok muka dia dan nak ambil gambar dengan dia. Mula2 tu dia malu dan family dia yang ada kat situ semuanya heran kenapa Wida nak ambil gambar. Tapi akhirnya dia bersetuju. Hahahaha
Hai saya Wahida. Awak?
Dengan slumber budak tu bagitau nama dia Shamsura. Just call me Sham Shem pun boleh juga.
Senyum je dia masa tu. Wida pun senyum juga. Last, kami pun berjabat tangan.
Tak banyak yang kami bual just itu sahaja. Mak dia kot jual pisang goreng kat salah satu gerai jualan kat Pantai Remis tu. Tak sempat nak kenal lebih2. Macam tu pun ok juga. Kenangan sangat.
Ok kami dah nak menuju pulang ke jalan yang benar. Selamat tinggal jumpa lagi Pantai Remis. Ada rezeki kami sampai di sini lagi.
Akhir kata untuk Solleyh yang bergelar pengantin baru, selamat menjalani kehidupan berumahtangga semoga kekal hingga ke akhir hayat. Kita kawan sampai bila2...
No comments:
Post a Comment