Assalammualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Hari isnin jadual tak padat sangat, biasa2 je ada ruang untuk rehat solat dan makan. Takde la terkejar-kejar sangat mcm semester lepas. First day kami pergi kelas BBI 2420 kat Akademik Pusat. Dah la time nak naik bas berebut-rebut. Punyalah ramai manusia yg nak naik bas pagi tu. Makanya berebut la smpi kn ada adegan b'tolak2. Dah tak kira time tu lelaki ke perempuan ke hilang k'sopanannya. Hehehehe...
Semangat kawan Wida ni bagitahu yang kelas kami di Fakulti Bahasa siap ulang2 lagi kelas kat bilik jauhari. Kami pun dengan bersemangat turun bas kat depan fakulti bahasa. Tup2 kelas kami rupanya kat Akademi Pusat. Sedih betul, terpaksa kami tunggu bas lain. Nasib la tak lama nak tunggu bas, selang 2 minit ada bas Shuttle Bas Baru lalu, terus kami naik. Nama nak jalan kaki memang tak sempat la sebab dapat naik bas je dah pukul 7.50 pg gitu-gini nak sampai dalam kelas pukul8 pg.
Bila dah tiba kat Akademi Pusat satu hal lagi kami tak tahu bilik kuliahnya dekat mana. Dalam 5 kepala antara kami satu pun tak tahu langsung tempat tu. Walaupun kami dah semester 3 tapi banyak lagi rupanya tempat yang kami tak tahu. Siap tanya dengan makcik cleaner lg kat mana bilik kuliah kami. Ternyata makcik tu lgi terror dari kami. Ok utk pengetahuan sesiapa student UPM yg cari bilik B3-10 ianya terletak berdekatan tasik dan bilim itu adalah ditingkat 3 hujung sekali blok B.
Jam sudah menunjukkan 8.15pg, dah confirm2 la kami dah lewat sangat2. Assalamualaikum selepas beri salam kami semua masuk dah tiba turn aku nak masuk aduhhhhh!!!! mak aiii terlanggar besi apa entah kat pintu masuk tu. Kenapa la masa tu pula nak kena. Sakit bahu Wida masa tu, hanya mampu mengosok2 saja kat bahu time tu sambil menahan kesakitan. Sengal betul la. Nasib baik lecturer tu senyum je, maknanya tak ada la tanda2 dia marah sebab kami lewat. Lepas kami masuk tu, ada lagi yang paling lewat. Tapi pelajar lelaki la.
Masuk kelas dah lambat so, dengar je la apa yang lecturer explain kat depan. Biasa la kelas pertama 1 jam je selepas sesi memperkenalkan diri masing2. Lecturer kami ok la cantik & muda. Tapi kata kawan2 dengan dia susah nak dapat A. Entah la, Wida ni tak pernah BI dpt A dari dulu lagi. Kenapa la susah sangat BI tu sampai Wida tak tahu nak mempelajarinya. Harap2 ada la peluang untuk meningkatkan bahasa inggeris Wida. Amin3...
Seterusnya balik bilik sebab kelas pukul 2 petang pulak. Bila kami dah datang kelas pula tak ada so, balik semula ke kolej. Wida kalau first day tu takde kelas macam dah tak bersemangat je. Harap2 lepas ni kelas sentiasa ada. Takde la kelak nak menganti kelas je. Harap semester ni dapat meningkatkan pointer Wida macam semester lepas. Sesungguhnya Wida bersyukur dengan pemberian Tuhan walaupun tak banyak.
Tajuk/Lirik Lagu: Memburu Impian
Penyanyi: Kristal
Penyanyi: Kristal
Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu impian
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
(Korus)
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Ku mula
Dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi
Dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi
No comments:
Post a Comment