engkau boleh !!

Monday, September 3, 2012

Bila Lah Nak Dapat Potong Rambut

Assalammualaikum & Salam Aidil Fitri




Tahun 2012 merakamkan pelbagai peristiwa yang suka dan duka. Tahun 2012 juga kami sekeluarga menerima orang baru menantu pada mak abah dan adik-beradik aku yang lain menerima iaitu adik ipar yang berumur 2 tahun lebih tua dari aku. Suami kepada adik bongsu aku yang baru menjejak usia 21 tahun yang telah mendirikan masjid dengan pilihan hatinya setelah 2 tahun bertunang.

Nampaknya aku je ni yang belum ada sesiapa yang tersemat dihati. Kakak sulung telah bertunang pada bulan 10 tahun 2011 dan bercadang akan mendirikan masjid pada awal tahun 2013. Aku yang kini menjejaki usia 25 tahun masih sendiri membawa haluan mencapai cita-cita di UPM. Adik aku lelaki yang sorang tu memang belum ada ura-ura mahu berumahtangga.

Emm takde maknanya aku berangan nak potong rambut aku ni sebab mak aku kata lepas kawin baru potong rambut. Aduhai...rambut yang aku kira2 hampir mencecah lantai ni tinggal tunggu lepas kawin je baru boleh potong. Aku kira dapat la aku nak potong rambut ni cepat. Dengan cara, CARI SUAMI!!

Wow wow wow!!! Ingat boleh main macam petik jari je ke? Tak semudah itu. Aku fikir 'dengan cara aku carikan calon utk mak aku maka aku akan dapat potong rambut aku yang semakin memanjang ni'. Sebenarnya ada la aku cerita sikit2 kp mak pasal kawan2 lelaki yang aku kenal.

Jawapan yang diberi mesti selalu macam ni "entah2 dia nak ambil kesempatan je pada kau". Kalau pun tidak mesti dia cakap "ala mulut manis lelaki". Memang kadangkala aku lebih mudah mendengar nasihat orang tua kerana mereka lebih makan garam dari kita yang muda ni. Mungkin banyak pengalaman yang mereka lalui untuk tidak berlaku kepada anak-anaknya.

Teringat lagi masa raya seminggu, ada la sorang kawan ni yang aku dah kenal lama dr sekolah menengah lagi walaupun kami tak sama sekolah. Kenal melalui kawan-kawan. Dia bagitau nak beraya kat rumah. So, ok la maka hari yang dijanjikan dia pun datang. Sebelum dia datang aku pernah la cerita sikit-sikit pada mak. Ok juga menepati ciri2 apa yang aku mahu.

Bila part kawan aku ni nak bersalaman dengan mak aku dia bangun la dari kerusi untuk dapatkan mak aku tiba2 mak aku senyum2. Mak aku pun terus masuk dalam rumah dan tinggalkan aku dengan dia yang bertemankan kawannya berbual2 sambil makan kuih raya yang tersedia. Dari situ aku dah tahu yang mak aku tak berkenan dengan budak tu. Lagipun aku dah bagitau mak awal2 "kalau mak tak nak berbual dengan dia, mak salam je tanda menghormati kedatangan kawan ke rumah. Tapi lepas tu mak masuk la ke dalam rumah".

Bila kawan aku tu balik, mak pun terus cakap kat aku dengan slumbernya "Alamak!!! Gemuk pendek pulak orangnya...". Huhuhu...seminggu juga aku kena bahan dengan mak aku. Mak aku ni memang sporting kalau dia rasa orang tu sesuai ke tak dengan aku dia akan menilai juga dari pelbagai aspek. Tapi sebelum aku jumpa dengan kawan aku tu, mak aku dah pesan "kalau kau tengok dia pertama kali hati kau dah berdegup2 maka dialah orangnya, tapi kalau kau tengok tanya ada rasa apa2 baik kau kawan sahaja". Itu memang ayat yang mak aku katakan sebelum dia datang rumah aku.

Secara jujur aku memang tak rasa apa2, kosong macam lagu Najwa Latif tu ...kosong..kosong..kosong...
Emm...aku rasa dialah yang akan aku pilih kerana serba sedikit dia memenuhi kehendak yang aku mahu. Mak nak orang yang tidak merokok, hobi tak suka memancing, kalau boleh pendidikan biarlah setaraf macam aku agar akan datang tidak menjadi masalah, umur tua setahun dua tiga empat dari aku, solat tidak diabaikan & bertanggungjawab itu penting. Kredit mak akan bagi pada yang mempunyai kebolehan kreatif & rajin selain orang jawa sebab abah orang jawa.

Aduhai...parah juga kalau nak cari yang macam tu. Andai ada jodoh tidak ke mana. Berdoa itu sentiasa diiringi dalam setiap solat yang ditunaikan. Moga doa kedua orang tua aku akan memberkati perjalanan aku. Memenuhi kehendak orang tua adalah menjadi tanggungjawab seorang anak. Aku belajar kini demi meneruskan perjuangan mak yang dahulunya tidak kesampaian.

Dalam masa yang sama telah aku persiapkan diri ini untuk menjadi pelengkap kepada si dia tulang rusuk aku. Memasak sudah semestinya kebolehan aku, menjahit adalah persiapan aku untuk menjimatkan kos kewangan anak2 dan suami aku kelak serta keluarga aku. Mengemas rumah dan menyediakan pakaian serta kebersihan dalam mencuci menjadi tanggungjawab aku sebagai seorang wanita dan perempuan.

Ilmu agama telah aku tuntut sejak aku kecil untuk membimbing dan terbimbing diri sendiri serta keluarga aku dimasa akan datang. Pendidikan telah aku pastikan agar menjadi panduan dan idola bagi zuriat2 aku serta orang2 disekeliling aku kerana dengan adanya ilmu pendidikan kita boleh memilih mana yang baik atau sebaliknya. Kelebihan inilah kadangkala menutup kelemahan aku. Manusia ada kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Berfikiran positif menjadi pegangan aku.

Belum sampai jodoh hidup aku untuk berumahtangga. Buat masa ini, jodoh aku hanya dengan pelajaran dan buku2 aku di kampus. Aku berdoa agar ianya seiring dengan perjalanan aku demi melalui liku2 kehidupan. Mengapa hingga kini aku tidak memotong rambut aku...kerana rambut ini akan aku jadikan penyelamat buat suami aku, ibu dan bapa kelak di akhirat. Akan aku pastikan ianya terlindung dari menerima azab diakhirat. Nauzubillah....Wassalam

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :