engkau boleh !!

Tuesday, September 25, 2012

Kawan Dalam Bas

Assalammualaikum & Salam Mesra

25/09/2012
Selasa

Memandangkan hari ni tak ada kelas perolehan, kawan Wida minta teman pergi The Mines. Wida ok je. Balik tu kami naik bot lagi. Macam penat pulak nak berjalan kaki. Macam biasa kami akan tunggu bas UPM berdekatan jejantas KTM Serdang. Nasib baik tak lama sangat kami tunggu lepas tu ada bas dah sampai. Kami turun dekat bustop depan fakulti bahasa untuk tukar bas balik ke kolej serumpun. Bukan tak boleh turun kat fakulti lain, boleh je mana2 pun tapi kalau ada bas kat fakulti bahasa nanti kami dapat tempat duduk dulu dalam baske kolej.

Wida dgn kawan cepat2 masuk dalam bas tapi kami terpisah tempat duduk, xpela kan janji masing2 dapat tempat duduk. Lepas bustop fakulti bahasa, bas berhenti kat fakulti teknologi & komputer pulak. Haaa...kat sini la cerita bermula. Ada budak perempuan ni duduk sebelah Wida kat bahagian belakang pemandu bas.

Dia berdua tapi seorang lagi kawan dia tak dapat tempat duduk. So, kawan dia terpaksa la berdiri. Mula2 kesian juga tapi nak buat macam mana lumrah la kalau tak dapat tempat duduk tu. Kawan yang dapat duduk tu terus tarik tangan kawan dia yang berdiri, siap dia bg kata2 semangat lagi supaya "bersabar la ya tak lama pun". Si kawan yang berdiri pun ok je sambil tersenyum dengan Wida.

Wida pun balas la senyuman mereka. Lepas tu Wida buat biasa2 je la. Tiba2 budak tu tegur "eh mana dapat baju M Energy DiGi tu??" sambil menunjukkan lambang pada baju Wida. "Baju ni edisi terhad tau, saya cari dari dulu sampai sekarang tak pernah jumpa pun". "Oh ye ke baju edisi terhad" sambil buat muka pelik sebab Wida ni tak tahu apa2 pun. "Susah nak dapat baju ni. Awak beli kat mana?" tanya budak yang berdiri tu pada Wida. Wida cakap je kakak yang belikan.

Berminat sungguh dia dengan baju yang Wida pakai tu. Wida rasa baju tu biasa2 je kot. Lepas tu kami terus berbual rancak. Macam2 yang Wida tanya dan bercerita. Nama apa? Sem berapa? Kelas habis kul berapa? Asal mana? Macam2 la yang Wida tanya.

Nama yang duduk tu FATIN dan yang berdiri tu namanya YANA. Sepanjang mereka ada sebelah Wida tu si Fatin tu asyik je belai2 hujung rambut Yana sebab Yana freehair. Mereka berdua duduk kat kolej Mohd Rashid. Kalau tak silap mereka berdua ni fakulti alam sekitar sebab mereka kata mereka berjalan kaki ikut laluan fakulti pendidikan untuk ke fakulti ICT sebabnya mereka nak dapatkan naik bas. Kalau mereka tunggu kat fakulti mereka confirm mereka x dapat naik bas sebab dah penuh. Lagipun maghrib la waktu itu.

Dia org pun tak lepaskan peluang tanya Wida macam2. Umur? Tahun berapa? Asal mana? Lepasan apa? Kolej berapa? Macam2 jugak diaorg tanya. Tapi Wida jujur je la bagitau takde pun sorok2. Tak elok nak tipu2. Wida senang berbual bicara dengan mereka. Harap boleh dapat berkawan dengan mereka lagi sebab mereka macam best bila dibawa berbual2. Ok la nak tidur, esok ada kelas kul8.

Friday, September 21, 2012

Jalan2 Lepas Konvo PKK

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Lepas habis konvo Wida terus pergi KK sbb mak dgn makcik nak shopping2 kat Pasar Filipine. So, Wida ikut je la sbb Wida kan jadi pemandu di sana. Antara tempat yang Wida tuju selepas konvokesyen ialah di 

Bandar KK, Yayasan Sabah and Qieqien House



Kalau datang Sabah tak sah kalau tak minum air kelapa. Berdekatan Pasar Filipine berderet kedai jual minuman air kelapa ni. Semua penjual mengharap air kelapa yang dijual laku dan laris supaya esoknya ada lagi rezeki mereka untuk menjual. Harga kelapa muda biasa RM2.50 sebiji, dan kelapa muda sejuk RM3.00 sebiji. Kalau nak yang murah mestilah yang dalam cawan RM1.00 saja.



Segarkan tekak anda dengan air kelapa muda Sabah.
RM1



It's me after konvo. Smile :)


PEMANDANGAN SEKITAR BANDAR KK











PEMANDANGAN SEKITAR YAYASAN SABAH


Seterusnya kami menuju ke Yayasan Sabah. Meninjau2 tempat sekitar situ.

   





Ramai pengunjung suka ambil gambar di sini




Kat sini ada ruang untuk bergambar. Dulu masa Wida belajar kat PoliKK tak sempat pula nak berkunjung ke sini sebab tiada kenderaan dan tiada kawan. So, sekarang baru berkesempatan nak pergi. Yang lagi best Wida dapat pergi dengan mak dan makcik. Orang yang paling Wida sayang.



QIEQIEN HOUSE


Sinilah tempat aku golek2 kat bilik Qieqien...Simple je. 

Penat berjalan terus balik ke rumah sewa Qieqien dan kami terus kemas2 baju untuk ke rumah Cik Liza di Tuaran.



Masih teringatkan bilik ni sebab setiap waktu dengar bunyi tokek jiran sebelah rumah Qieqien. 




Just Pooh for Qieqien
Only memories



Qieqien drive ...emm ingatkan penyampai radio hot fm tadi. Kami on the way pergi rumah Cik Liza kat Tuaran. Thanks Qieqien sudi bantu akak selama berada di sana. Kakak syg kamu sangat2. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi dan jasa mu adikku.

Thursday, September 20, 2012

Sekinchan : Wedding Siti Solehah & Mohd Isa

Assalammualaikum w.b.t

SELAMAT PENGANTIN BARU




Sejak pulang ke kolej pada 8hb sept 2012 pd hari sabtu, langkah semakin meluas sebab 9hb sept 2012 Wida dengan Kak Lin pergi kenduri kahwin kawan sekelas masa kat Politeknik Shah Alam namanya Siti Solehah Mohamed Noor. Perjalanan kami ke Sekinchan, Selangor.

Mak aii punya la jauh, terasasengal2 juga bila drive pergi sana. Sampaikan bertanya roommate je pasal arah laluan mana yang mesti diikut, roommate org Kuala Selangor. Maklum la tak pernah pergi sana. Masa kecil2 dulu pernah la. Nasib baik ada kawan ddk sebelah, jadi dia la yang tolong tengokkan signboard. So, jalan terus je ikut tanda Kapar, Kuala Selangor & Tanjung Karang. Akhirnya jumpa juga Sekinchan.



Singgah sebentar Petronas utk isi minyak kereta



Tak jauh dari stesen petronas tu, dalam 10 minit perjalanan akhirnya kami berdua sampai juga kat rumah pengantin. Senang je depan sekolah rendah. Masa tu pengantin lelaki dah nak berarak. Kami pun terus la mengambil makanan dan pergi tempat duduk yang disediakan. Masa kami datang tu memang ramai sangat. Berapa ribu la agaknya jemputan rumah Solleyh ni. Tak menang tangan kakak dan abang dia. Mak ayah Solleyh ni dah tak ada lagi so, abang kakak dia la yang uruskan.

Masa Wida dengan Kak Lin sampai tu, xde pula kawan2 yang kami kenal ada sama. Cuma lepas kami makan tu baru la ada kawan2 lain yang sampai. Sempat la bersalaman sebab dah bertahun2 tak jumpa.



Alhamdulillah dah kenyang makan memang sedap la nasi minyak Solleyh



Mohd Isa & Siti Soleha

Lagu ni Wida dedikasikan untuk pengantin baru. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.



Kompang Dipalu 
Izam Eye & Waheeda

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga berkekalan
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari

Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi

Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru



Pelamin yang indah...cantik sangat tapi sayang tak sempat nak bergambar dengan pengantin utk buat kenangan, tapi takpe la.



Sebelum balik dengan permintaan kakak dia, minta kami wish utk pengantin...
Kreatif la...nice :)


To My Friend



Special to Solleyh & Isa 
Lepas ni frame ok benda alah tu...buat kenangan dan gantung kat rumah 



Ok...kenangan terakhir kami.

Nasib baik sempat nak bergambar sama2 sebab Solleyh dah nak pergi dapatkan family suami dia yang dah nak gerak balik ke Johor. Jadi juga Solleyh dengan orang Johor....



Baby Atif Fahim

Baby kak ena, baru 2 bulan. Lena je dia tidur masa sampai kat rmh pengantin. Sikit pun dia tak bangun. Mengantuk sangat la tu. Biasalah baby asyik tidur je. Lepas ni Solleyh pula menyusul Kak Ena.

Gitu-gini kami bertolak pulang pada pukul 2 petang. Kami mengejar masa untuk pulangkan kereta sewa dan ada program lain. Lepas bersalaman dengan kawan2 yang Wida kenal kami menuju pula ke Klang rumah abang Wida sebab nak pulangkan barangnya yang tertinggal di kampung & pergi Shah Alam sebab nak singgah rumah Pakcik ambil barang. Kami redah je jalan mana2 pun janji sampai.


Tapi sebelum tu kami tak ketinggalan untuk singgah sebentar di Pantai Remis. Masa nak menuju ke Sekinchan tu Wida nampak signboard Pantai Remis so, memandangkan Kak Lin tak pernah singgah Wida pun bawa la dia ke situ. Wida dah pernah singgah Pantai Remis dulu masa pergi rumah housemate kat Tanjung Karang.





PANTAI REMIS

Angin kuat sangat, maklum la nama pun kat tepi pantai.



Setelah 2 tahun tak berjumpa inilah pertemuan semula kami



Sekitar Pantai Remis





Bermacam-macam barangan yang dijual




Hehehe...cak!!! adik ni kena snap dgn Wida. Time ni Kak Lin nak beli kepah dengan adik tu.



Macam2 ada...lala yang dah siap kopek pun ada. Tp x tahu brpa harganya tak sempat nak tanya.





Kerang besar2...

Lala...

Ikan Pari...


Nampak tak orang tu tengah terbongkok2 kutip lala kot. Masa Wida sampai ni air surut tak pasang lagi




Oppss...wait!!! Wida tersnap muka ni. Time tu Wida nak ambil gambar sekitar pemandangan kat tempat jualan tu. Waktu ni dalam kereta. Emm...tiba2 t'minat pula nak tengok muka dia. Ada kejutan tau...kejap2 tunggu dan lihat. Time ni Wida snap muka ni dari dalam kereta je.




Ada jual ikan kering, ikan masin dan macam2 ikan yang sudah dibungkus sebagai makanan ringan



Hahahaha ini la yang Wida katakan kejutan tu. Jeng jeng jeng Wida dpt b'gambar dengan budak ni. Kami memang tak kenal langsung antara satu sama lain. Nak dijadikan cerita Wida ckp dengan kawan Wida yg Wida suka tengok muka budak ni. Dah tu kawan Wida cabar Wida dia kata try la tegur dia dan kalau boleh ambil gambar sebelah dia. 

Wida terus turun dari kereta dan pergi tempat dia menjual. Dia terkejut juga bila Wida cakap minat tengok muka dia dan nak ambil gambar dengan dia. Mula2 tu dia malu dan family dia yang ada kat situ semuanya heran kenapa Wida nak ambil gambar. Tapi akhirnya dia bersetuju. Hahahaha

Hai saya Wahida. Awak?
Dengan slumber budak tu bagitau nama dia Shamsura. Just call me Sham Shem pun boleh juga. 
Senyum je dia masa tu. Wida pun senyum juga. Last, kami pun berjabat tangan. 

Tak banyak yang kami bual just itu sahaja. Mak dia kot jual pisang goreng kat salah satu gerai jualan kat Pantai Remis tu. Tak sempat nak kenal lebih2. Macam tu pun ok juga. Kenangan sangat.




Ok kami dah nak menuju pulang ke jalan yang benar. Selamat tinggal jumpa lagi Pantai Remis. Ada rezeki kami sampai di sini lagi. 


Akhir kata untuk Solleyh yang bergelar pengantin baru, selamat menjalani kehidupan berumahtangga semoga kekal hingga ke akhir hayat. Kita kawan sampai bila2...


Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :