engkau boleh !!

Saturday, August 4, 2012

Puasa Di Kota Kinabalu


Assalammualaikum & Salam Ramadhan
15 Ramadhan

Dulu masa Wida belajar kat Politeknik Kota Kinabalu sempat Wida merasa berpuasa di Sabah. Ketika itu umur Wida 23 tahun pada 2010 Wida rasa sangat teruja la sebab berpuasa di salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai waktu berbuka dan bersahur yang berlainan dari semenanjung.

Masa tu Wida semester 6, nasib baik dapat roomate yang suka bersahur, so tiap hari ada la kawan nak makan sama2. Kalau kami tak makan berat macam nasi ke, kami akan makan yang ringan2 je macam biskut dan quaker oat. Kadang2 tu hentam maggie jugak, tak kira la sahur atau berbuka. Biasa la nama pun student, masanya membataskan segala2nya.

Part bersahur tu ada juga beberapa jiran bilik Wida yang turut sama2 bersahur sebab mereka kata sahur ramai2 seronok. Selalunya bilik Wida la jadi mangsa sebab bilik Wida ni ada ruang yang luas sedikit utk muat orang dalam kuantiti yang banyak. Wida tak kisah kalau diaorang nak datang bilik Wida sebab ketika itu Wida ni ketua blok so, tak jadi halangan sesiapa pun boleh datang bilik Wida tak kira waktu dan keadaan.

Bila Wida bangun awal Wida sendiri yang akan kejut diaorg, kadang2 tu pula diaorg yang ketuk bilik Wida. Selalunya, Wida tak kunci pun pintu bilik Wida sebab kalau dah penat sangat xde maknanya nak tersedar bangun sahur, tahu2 je dah cerah. Kalau Wida tak kunci pintu diaorg boleh masuk dan kejutkan kami. Maklum la kat sana pukul 6 pagi dah cerah macam pukul 8 pagi kat semenanjung. Mulanya tak biasa dengan keadaan di sana tp apa boleh buat terpaksa lalui juga.

Wida jarang sangat nak beli makanan berbuka di bazar dalam Politeknik KK tu, sbb pada Wida kalau dah banyak sangat pilihan Wida tak tahu nak pilih apa. Lagipula tak semua menjanjikan sedap. Wida paling ingat lagi makanan yang Wida suka makan di Sabah ketika itu ialah martabak goreng. Selalunya kita makan martabak daging dan ayam kan.

Martabak goreng ni isinya sayur macam kobis dan lain-lain. Kalau martabak daging dan ayam tu biasanya akan dilipat dahulu sblm letak atas kuali tapi martabak goreng ni lain. Tepung yang telah ditebar terus diletak atas kuali yang panas kemudian diletakkan sayur atasnya barulah dilipat. Nak kata mudah tak jugak nak kata susah pun tak sangat la. Wida suka makan martabak goreng ni masa Wida pergi Tamu Kota Belud. Sedap sangat la lagi2 kalau masih panas.

Kat PoliKK tu Wida tak pergi la bazar Indah Permai sebab Wida tahu kalau dah ke sana nanti susah nak dapat kenderaan balik ke PoliKK. Maklum la, ramainya orang di sana sampai sesak. Tak sanggup Wida nak sesak-sesak kat sana. Beli makanan kat cafe pun dah cukup. Sedap pulak tu. Kat Sabah ni tak tinggal dengan Sayap Ayam Bakar atau kita selalu panggil kepak ayam. Punyalah sedap...nyum2!! Lagi satu yang Wida tengok diaorg selalu beli Buntut Ayam ataupun kata nama lain tongkeng ayam.

Dekat sebulan juga la Wida berpuasa di sana sebab kami memang takde cuti, jadi takde maknanya Wida nak balik Johor. Situ la Wida berpuasa tanpa keluarga. Wida dah terbiasa sebenarnya dari dulu Wida belajar kat Sek Teknik BP, kat Politeknik Shah Alam dan di PoliKK. Nasib baik kali ni Wida dapat puasa di rumah dgn keluarga sebab UPM bagi kami cuti semester sekali dengan sambutan hari raya.


Wida masih ingat satu perkataan ni 'sungkai' ketika Wida di Sabah. Punya la tak faham apa yang diaorg cakap. Asal dah nak masuk waktu berbuka ke Wida akan dengar perkataan tu disebut2. Setelah Wida tanya dengan kawan2 lain baru la Wida tau. Ohh!!! rupa2nya sungkai tu 'berbuka'. Hem...banyak betul perkataan baru yang Wida belajar di sana antaranya :

Bahasa Sabah - Bahasa Melayu

                 Sisir - Sikat
              Siring - Tepi
          Sungkai - Berbuka

Kalau cerita pasal tarawih kat sana tidak la macam disemenanjung kerana kat Sabah ramai yang kristian. Kalau yang rajin pun paling tidak 2 saf dalam satu2 masa bagi perempuan. Kalau lelaki tu ada juga la ramai sikit. Awal2 ramadhan memang la ramai sampai tak cukup2 tempat tapi apabila pertengahan makin berkurangan pula. Biasa la tu, mana2 tempat pun sama juga.

Apa2 pun Wida dah lalui semuanya. Ada kenangan manis dan juga kenangan pahit. Yang manis biarlah Wida kongsikan bersama tapi kalau yang pahit biarlah Wida telan sendiri kerana ianya melibatkan banyak pihak. Tidak elok rasanya membuat aib pada sesama manusia. Hidup sememangnya banyak dugaan dan cabaran. Andai dugaan dan cabaran itu dapat kita laluinya maka kita sebenarnya telah diuji oleh Allah s.w.t dalam apa cara sekalipun, yang pastinya kita mendapat hikmah disebalik apa yang berlaku dalam kehidupan kita.



No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :