engkau boleh !!

Monday, August 6, 2012

Hari Raya 2011 Kolej 16 UPM

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Tarikh : 29hb September 2011
Tempat : Dewan Putra 2 Kolej Serumpun UPM
Waktu : Malam tak malam sangat la



* Clarisha (Classmate) * Wida * Miza (Roomate) *


Majlis Hari Raya ni diadakan pada saat2 akhir bulan syawal. Al maklum la sebelum ni, senior2 kami terlalu byk komitmen. Ni pun nasib baik ada masa yg agak sesuai utk buat majlis sambutan hari raya.

Aku pergi dgn roommate aku si Miza. Tema baju of course la baju raya...tapi aku mana ada baju raya. So, aku pilih pakai baju warna gray yg aku memang lama dah tak pakai. Tudung pun sempoi je. Mula2 tu fikir macam malas nak pergi tapi dah roommate takde member so aku pun ikut juga la pergi majlis tu. Kemain meriah lagi pakaian pelajar2 lain. Aku tengok dah macam majlis apa. It's ok, ada hadiah rupanya pakaian yang paling cantik.


Lepas kami daftar nama kat kaunter, kami pun carilah tempat nak duduk. Emm...masa tu dewan hampir penuh, nasib baik aku dengan Miza sempat dapat kerusi utk duduk. Tak lama lepas aku dgn Miza sampai aku tengok b'duyun2 org masuk ke dalam dewan tp aku kesian sebab kerusi tak cukup utk diaorg duduk. Tidak sepatutnya berlaku macam tu. Sediakan tikar pun ok juga boleh pelajar2 duduk. Bukan semua pelajar tu orang bandar ada juga orang kampung, takkan la diaorg kekok nak duduk atas tikar. Berfikiran positif la. Ni cadangan aku la.

Yg datang tentu la satu kolej tapi kenapa diaorg sediakan kerusi sikit sangat. Pada aku tak patut la b'laku macam tu. Yg hadir majlis tu tentulah tetamu, cuba bayangkan kalau tetamu datang rumah kita tp tak dapat duduk. Mesti dalam hati ada sedikit rasa hampa. Ini pada pandangan aku la, jangan pula terkena batang hidung sendiri. Pengalaman mengajar kita segalanya. Dengarlah pendapat orang lain.

Sebelum ni aku pernah buat majlis hari raya, kerusi kurang waktu tu utk tetamu. Aku dgn kawan2 aku berlari cari kerusi kat dalam blok. Penat memang tak terkata tapi berbaloi menyelamatkan keadaan. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Orang yang membantu aku time tu je rasa macam mana keadaan kami waktu itu. Kami dulukan tetamu datang dan memberi kerusi yang kami dah duduk. Jangan nampak sangat kesalahan kita, so cepat2 cover apa yang patut. 


Nabiha BP Girlz
Budak sama aras aku yang hadir. 

Apabila dah b'mula majlis, ada la sedikit ucapan dan kata alu-aluan. Mcm biasa haruslah m'dengar apa yg diperkatakan.

Haa...ni nak story pasal time makan. Ya Allah aku rasa semua yg datang ni mcm k'laparan sangat. B'rebut mcm org tak pernah nampak makanan. Memang kesian sangat la. Aku time tu tengokkan dari tempat duduk aku yg tak berapa nak jauh dari dr meja hidangan makanan. Dalam hati aku cakap, kalau macam tu la keadaannya aku tak makan pun takpe. Daripada aku berebut nak dapatkan makanan.

Nama je pelajar Universiti tapi aku rasa kalau bab makan2 mcm ni memang la org akan ambil apa yg ada. Aku tengok je gelagat org yg ambil makanan tu...ada yg penuh satu pinggan, lps tu ambil sate macam org tak pernah makan sate...byk giler satu pinggan makan mcm makan untuk 3 orang walhal makan seorang. M'gucap je aku time tu...roommate aku pun sedih tengok diaorg mcm tu sambil geleng2 kepala. Aku dengan miza rasa time tu jugak nak balik bilik.

Kesian aku tengok pelajar yang bantu bagi makanan tu sampai tertolak2. Aku dengar juga diaorg menjerit cakap sabar2. Apa salahnya kalau masa daftar sebelum masuk dewan tu bagi setiap pelajar kupon makanan bagi mengelakkan berlakunya kekecohan dan tidak cukup makanan. Kalau nak buat buffet pastikan betul2 dibahagikan secukupnya. Memang sukar untuk melakukan tapi kalau ada strategi pasti berjaya dilaksanakan. Belajar dari pengalaman untuk perbaiki kelemahan.


Medna - Clarisha - Wida - Miza
Kitaorg dah kat luar dewan, memberi laluan kepada pelajar lain yang tak dapat tempat duduk. 


Medna dan Clarisha turut sama memeriahkan majlis walaupun mereka berlainan bangsa.



Sempat bergambar pada ruang yang disediakan.







Fera & Miza satu kelas


Peace!! 


Antara org yang membantu menyumbangkan tenang dalam menjayakan majlis sambutan hari raya 2011

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :