Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia
Pada semester 2 ini Wida mengambil subjek asas keusahawanan dan Wida berkesempatan utk menjual barang2 dari kedai Wida sendiri iaitu Wida Family Enterprise yg terletak di Ayer Baloi Pontian Johor. Wida bersama 5 org lagi ahli kumpulan yang terdiri dari mastura, rasdianah, ayu, malik dan osman.
Ayu namakan syarikat kami Vintage Sweet Junkies. Kami pun setuju la...ok apa nama tu. Kami pun bukannya byk sgt idea. Paling tak pun nama kampung2 je, nama moden2 ni tak tau sgt.
Esok hari Jumaat, Sabtu dan Ahad 9,10 & 11 hb Mac 2012, Kolej 15 akan adakan karnival. So, kami dijangka akan membuat pasaran barangan kami yg terdiri dari beg, kasut, baju, seluar dan bermacam2 lagi. Sila la kunjungi gerai kami yang serba serbi ada dengan barangan ala2 bundle.
Sesiapa yg berminat boleh la datang dan tengok. Mana tau kalau ada yg berkenan di hati. Harga jgn risau sbb boleh bodek2 harga. Lgpn kami jual dgn student. So, kami letak harga yg pelajar mampu milik. Kalau pandai bodek boleh dpt RM5 satu barang.
Ini antara barang2 yg kami jual. Kasut ni pemberian dari penghuni kolej 16. Hasil dari jualan kasut ni kami akan sumbangkan pada rumah anak yatim, pusat kebajikan atau sebaliknya yg lebih memerlukan.
Terima kasih kepada penghuni kolej 16 yg sudi menyokong kami dan menjayakan program yg kami adakan ini. Moga Tuhan sahaja yg dapat membalas budi kalian. Kami tidak akan ambil 1 sen pun hasil dari jualan barangan yg ada sedekahkan kepada kami dan kami hanya membantu utk menjualkannya sahaja. Mungkin dgn cara ini, kami dapat meringankan beban anda dan org yg ada diluar sana.
No comments:
Post a Comment