Assalammualaikum
Hari isnin mcm biasa kelas aku full, tp hr ni kelas anatomi dah dibatalkan so, sempat aku balik kolej. Pukul2 ptg amali dendrologi aku pergi fakulti lagi. Hari ni pergi kelas saing dgn Miza roommate aku, tp dia berhenti kat FBMK dan aku pula kat fakulti perhutanan. Entah mcm mana bila smpi dpn fakulti aku terus turun bas. Aku tak t'ingat yg aku ada bawa fail. So, nk dijadikan citer fail aku t'tinggal dlm bas. Itupun aku perasan bila aku rasa tangan aku kosong bila aku melangkah ke fakulti.
Cepat2 aku lari nak kejar bas tu. Aku ikut jalan belakang fakulti so boleh tembus kat pusat inovasi. Aku dah berkira2 bila smpi situ nanti bas belum lepas lagi. Punya laju aku lari mcm org gila, dari fakulti perhutanan smpi la ke fakulti pendidikan. Aku tak sempat nak toleh kanan kiri tgk kenderaan lalu lintas. Aku lari je...Bila aku nampak bas yg aku naik tadi aku tahan la kat depan pusat inovasi tu sbb aku dah tak larat nak lari lagi.
T'mengah2 jgk la aku sbb tak cukup nafas. Bila aku tahan bas tu, hampeh!!! taknak berhenti langsung. Dia berhentikan bas kat pondok bas depan dewan. Terpaksa aku lari lagi dgn kudrat yg ada smpi la kat pondok bas area fakulti pendidikan tu. Dia buka pintu bas yg bhgn blkg tp aku tak naik pun sbb kalau aku naik nanti dia jalan pula. Aku terus pergi pintu bhgn depan. Bila dia buka aku cakap "sorry encik, saya tertinggal barang. Terima kasih". Terus aku turun dari bas. Aku langsung tak pandang muka pemandu bas tu dan aku malas nak persoalkan kenapa dia taknak berhenti bas bila aku tahan. Apa susah sgt ke. Tak fikir apa2 kemungkinan ke kenapa aku tahan bas kat tmpt yg tak sepatutnya. Mesti la ada sebab kenapa aku tahan.
Punya la sopan ayat aku bagi. Takde plak niat kat hati aku nak marah pemandu bas tu. Aku ni tak la bodoh sangat utk tahan bas sesuka hati kalau bukan kat pondok bas. Yg aku terkilan tu, tak boleh ke dia berhenti walau sesaat dua, dengar dulu penjelasan aku kenapa aku tahan bas kat sebelah pusat inovasi tu. Aku cuma nak ambil fail aku itu shj. Tak salah kalau dia nak berhenti sekejap lagipun aku tengok takde pulak kenderaan kat belakang bas tu yg boleh menghalang laluan dia drpd berhenti.
Setakat ni tak pernah aku jumpa dgn pemandu bas UPM yg roommate aku selalu ceritakan yg pemandu tu baik, bertimbang rasa dan ada tolak ansur. Nak jugak aku tahu pemandu yg mana satu. Sedih juga la bila keadaan aku seperti tadi. Dah la time aku lari tu hujan renyai2, basah la juga aku dibuatnya. Sampai kelas aku dah rasa pening2 kepala. Berdenyut2 lagi tu. Sakit sangat. Kat dalam kelas hubungan etnik tadi pun aku rasa mcm dah nak muntah sbb pening, sejuk kat aircond lagi, dengar pensyarah terangkan kat depan lagi. Aduhai...sedih gila. Tapi semua tu dalam hati. Malas aku nak share dgn classmate aku.
Nasib juga tadi keluar class awal sikit. Aku sempat pinjam bahu Sabariah Ariffin dalam bas sepanjang smpi ke kolej 13. Hampir2 aku tertidur lena, nasib la aku tidur2 ayam je. Thanks Sabariah. Apa2 pun dalam dunia dan kehidupan kita ini ada budi bicara walaupun kita tidak berada di mahkamah tapi cubalah mengerti keadaan sekeliling. Tak apa, aku yakin setiap perbuatan itu ada pembalasannya. Hari ini hari aku, hari lain hari dia...hanya Tuhan sahaja yg membalasnya. Sekian...
Assalammualaikum...Saya anak ke-2 berasal dari Batu Pahat kini menetap di Pontian. Masih menuntut disalah sebuah universiti tempatan. Suka berangan, suka berbual dengan orang yang suka bercakap sbb kalau dia senyap mmg dia taknak berbual la tu, atau dia takde modal.
engkau boleh !!
Monday, March 12, 2012
Berlari bagai nak giler kejar bas UPM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zone Wida Tersayang
LIKE
: Wida love to talk :: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :
No comments:
Post a Comment