Sekarang Wida baru sedar kenapa dulu masa kat Sek Teknik BP, Wida diajar menulis atas kertas A4 kosong tanpa garisan oleh Cikgu Ahmad Sabari. Setiap kali kalau jawab soalan Teori Binaan Bangunan mesti kami kena tulis jawapan atas kertas yang tiada garisan. Banyak makna yang tersirat dan tersurat jika difikir2 kan sebab sekarang Wida rasa bangga dalam diri sendiri kerana Wida dapat tulis dengan lurus tanpa ada garisan dibawahnya.
Kebanyakkan kita dahulu di sekolah tulis dibuku garis satu atau s'umpamanya di kertas kajang. Paling tidak pun kita akan menulis atas kertas A4 dengan membuat dahulu garisan menggunakan pembaris dan kadang2 kita letak buku atau kertas yg bergaris dibawah kertas A4. Betul tak???
Tapi kami di Sekolah Teknik BP dulu specially budak Binaan Bangunan akan diminta utk menulis dikertas A4 tanpa membuat garisan ataupun dilapik bawahnya dgn kertas yg bergaris. Kami tentulah nak tulis yg cantik2 supaya tak senget2. Hari demi hari kami dilatih sebegitu. Kadang kala kami ketawa sebab tulisan kami senget pada permulaannya. Hingga akhirnya, apabila kami dapat rasa apa yang kami praktikkan boleh berubah kepada kebaikkan.
Tulisan semakin lurus dan kemas. Bila cikgu nak tanda kertas jawapan kami pun cikgu rasa senang hati. Ada sebab atas sesuatu yang berlaku. Wida kalau menulis atas kertas kosong A4, mesti bandingkan dengan kawan2 yang lain. Alhamdulillah apa yg kami buat dulu tidaklah sia2 malah ianya lebih bererti kerana dari situ kita boleh menilai perwatakkan seseorang ataupun sebaliknya. Ada makna yang mendalam bila sesuatu itu kita lakukan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Ahmad Sabari Daming kerana mengajar sedemikian rupa hingga saya kini boleh berasa bangga dan berdiri ditempat saya berada sekarang. Jasa cikgu saya takkan lupakan walaupun banyak peristiwa yang berlaku sepanjang di Sek Teknik Batu Pahat.